View: 9697|Reply: 20
|
Datang lawat cucu, Jatt Ali ex Shiera Joy dikecam pakai kasut dalam rumah
[Copy link]
|
|
Gara-gara foto disunting menggunakan artificial intelligence (AI), penyanyi Jatt Ali dikecam netizen di media sosial Facebook.
Ia berikutan gambar tersebut memperlihatkan Jatt atau Tahir Ali, 69, memakai kasut di dalam rumah ketika melawat anak sulungnya Tallisya yang baru melahirkan cahaya mata pada 20 Disember lalu.
Tampil menjelaskan perkara sebenar, penyampai radio Suria FM iaitu Sharifah Shahira memberitahu perkara tersebut adalah fitnah semata-mata.
Merasakan fitnah yang dilemparkan itu lucu, Sharifah atau mesra disapa Shiera, 51, berkata mujur foto asal masih disimpan kerana dialah orang yang mengambil gambar berkenaan.
"Muat naik gambar cakap Jatt pakai kasut dalam rumah buat fitnah, rajin betul yang sunting.
"Ingatkan guna AI ni untuk sunting gambar menggiurkan, tapi kaki pakai kasut pun boleh!
"Kelakar pula bila netizen di Facebook percaya hidup-hidup, cakap Jatt kurang ajar, mujur kita yang ambil gambar masa tu masih simpan yang asli," katanya.
Shiera berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran di Instagram miliknya pada malam Sabtu.
Bagaimanapun Shiera tetap berasa kasihan kepada Jatt kerana tidak semena-mena namanya menjadi buruk akibat fitnah.
Namun Shiera berharap Jatt memandang apa berlaku dari sudut positif seperti mendapat pahala secara percuma hasil tohmahan diterima.
"Kesian Jatt pening dengan netizen yang komen, dengan Jatt pun nak sunting gambar reka cerita buruk.
"Peninglah kepala orang tua, tidak mengapalah, Jatt dapat pahala Allah bagi," ujarnya.
Untuk rekod, Shiera dan Jatt berkahwin pada tahun 1993 namun berpisah pada tahun 1999.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak iaitu Tallisya, 27 tahun.
Shiera kemudiannya berkahwin dengan pelakon Ijoy Azhari pada 2003 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Airel, 21, Airra, 18, Audra, 16 dan Adeena, 9 tahun.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yg part selempang kuning sama mcm jalanraya tu kelakar. |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi.. tergelak gi hospital nak dapat Dato' ye.. haha.. |
|
|
|
|
|
|
|
Page tu dah buat permohonan maaf terbuka lepas Jatt dm deyols kan. Nak buang text kat situ, deyols guna AI. AI removed text tapi ganti Jatt pakai kasut plak. Pastu yg bingai nya page tu pegi post. Dari nak remove text, kau crop je la gambar buang area kaki tu. Yg penat2 nak ber AI bagai ganti kasut buat apa?? |
|
|
|
|
|
|
|
Saje je nak naik page tu.. Rajin lak nak edit bagai.  |
|
|
|
|
|
|
|
Camne jatt ni leh jumpa shiera ye |
|
|
|
|
|
|
|
cantik anak sulung shiera ni….
|
|
|
|
|
|
|
|
Mula2 tgk segak berselempang depan hospital aiol pelik. Baca captions adusss... Pecah gelak aiol hhhahaha
Gigih ye gi ambik pingat kat spital tp yg bestnya pingat ni lg besar maknanya |
|
|
|
|
|
|
|
umur 51 da jadi nenek dahh. comel sungguh neneknye ponn |
|
|
|
|
|
|
|
Muka anak dia mcm muka Kinah , kulit sama |
|
|
|
|
|
|
|
Shiera sebaya dengan kak ratu rupanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
supersudoku replied at 13-1-2025 01:43 PM
Camne jatt ni leh jumpa shiera ye
Kan ke akaknya sharifah haslinda dulu husbennya yantzen. Sesama rockers mestilah members gitew. Lepas tu, boleh lah gugel sendiri yer ceritanya. Ytjt |
|
|
|
|
|
|
|
Bende mcm tu pun org nak fitnah. Mcm xde kerja sangat |
|
|
|
|
|
|
|
Cutenya baby.
Kelakar gambar dan caption ambil title Datuk Nenek kat hospital  |
|
|
|
|
|
|
|
Dah besor anak diorg ni ya
Dulu2 ada bdk ni dlm urtv..comel n cantik sgt...lg cantik dr ecah anak jen seden tu
Ms tu tokti nak amik anak sheira ni jd anak angkat dia la |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan anak yg ni. Adik dia yg tokti nak ambik anak angkat masa tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Zeelalala replied at 14-1-2025 05:23 PM
Bukan anak yg ni. Adik dia yg tokti nak ambik anak angkat masa tu
Oh bukan dia ni ke..lerr..mati2 aku ingatkan selama ni budak ni..tp dia mmg lawa la ms kekecik dulu |
|
|
|
|
|
|
|
sherry da jd oyang! muka ank shiera ni mcm kinah.. hrp dia tak berapa biol mcm makciknye.. hahaha |
|
|
|
|
|
|
| |
|