CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 50481|Reply: 13

[Jenayah] Kes sedang disiasat- polis

[Copy link]
Post time 7-12-2024 10:01 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 8-12-2024 02:26 AM

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) -- Polis sedang menyiasat dakwaan seorang penyanyi rap wanita tempatan dirakam secara rahsia ketika serbuan oleh Bahagian Operasi Majlis Perbandaran Subang Jaya (MBSJ) di sebuah pusat kecantikan dan kesihatan di Subang Jaya pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat berkata pihaknya telah menerima dua laporan mengenai kejadian itu, masing-masing oleh MBSJ berkaitan serbuan yang ditularkan di media sosial oleh penyanyi tersebut dan laporan oleh penyanyi terbabit mendakwa dirakam ketika dirinya tidak berpakaian semasa diurut.

Beliau berkata semasa serbuan dilakukan, pengadu (MBSJ) telah mengarahkan anggota serbuan untuk merakam video dan mengambil gambar untuk membuktikan aktiviti yang berkaitan urutan selain daripada pemeriksaan perniagaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen perniagaan sah MBSJ dan menyalahi undang-undang di bawah Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan 2013," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Wan Azlan berkata polis juga menjalankan siasatan kes menghalang penjawat awam berhubung seorang wanita tempatan tidak mengemukakan kad pengenalan diri kepada pasukan serbuan, selain mempertikaikan tindakan dokumentasi yang dijalankan.

"Siasatan awal mendapati wanita terbabit turut melakukan provokasi dan merakam tugas pihak serbuan menggunakan telefon bimbit miliknya.

Pengadu kemudian bersama suspek turut membuat pemeriksaan telefon bimbit anggota yang didakwa merakam video sebelum mendapati tiada gambar video atau gambar wanita itu yang dirakam," katanya.

Beliau berkata pengadu turut menjelaskan telah mengikuti prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan mengikut peruntukan undang-undang kepada wanita berkendan.

Wan Azlan berkata polis juga sedang menyiasat laporan wanita itu berhubung rakaman rahsia yang didakwa, bersama-sama dengan laporan daripada MBSJ.

Beliau berkata siasatan akan dijalankan terhadap laporan yang dibuat oleh kedua-dua pihak di bawah Seksyen 186/509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas kesalahan menghalang penjawat awam daripada menjalankan kerja-kerja jawatannya, mengaibkan kehormatan pelanggan serta penularan video penugasan operasi yang dijalankan pihak MBSJ.

Baru-baru ini tular satu video dimuat naik di media sosial oleh seorang penyanyi rap tempatan mendakwa beliau telah dirakam oleh seorang pegawai MBSJ secara rahsia ketika tidak berpakaian semasa menjalani perkhidmatan urutan di sebuah pusat kecantikan dan kesihatan di Subang Jaya.

--BERNAMA


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-12-2024 08:11 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Masat-masat b2b
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa, tak kenal
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2024 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada dengar asal ni kat berita tadi. Tapi tak diberitahu nama. Tengok sini, ekkk...who r yussss kakakkk???
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
'majlis' pong 1...ada jer pusat urut tak berapa nak betul....'urutannya'....'bahagia tak kena kacau'....pung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2024 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by bpbbppbp at 8-12-2024 12:52 AM

Polis victim blaming ke ni.. prempuan record x mnghalang pun mbsj nk jlnkan tugas.
.Jlnkan jelah tugas mcm biasa. Bkn dia buat roadblock punn. Skejap mbsj kata anggota kena record utk dokumentasi, tapi dlm phone xde pulak. Jdi anggota x jlnkan tugas ke apa. Tapi prempuan tu kata yg record tu org lain.
Dia bkn xnk bgi ic, dia siap ajk lagi utk ke balai. Xjdi masalah pun. lgipun dia rasa dah violated. Dan prempuan tu tanya je. Sbb dia nmpak ada org record dia. Mmg hak dia utk brsuara. dh dia rasa dia drecord dlm keadaan mcm tu. Dlm private space dan tnpa consent dia. maruah dia lagii
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 06:43 AM | Show all posts
jadi penyanyi pun tak tau nk check ke tmpt urut tu ada lesen majlis sah ke tk?
ko bukan keje angkat taik pun smpai tk reti nk baca tgk sijil majlis bandar kt premis tu

tmpt2 urut x sah ni mmg slalula kene serbu klu tk sah, psl byk sgt servis 'urut' benda lain plak smpai jadi tmpt maksiat

pikirla dgn akal , grow up sket, jgn mcm budak2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2024 07:24 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau minah ni bukan artis, kata lah she org biasa mcm kita, dan kite kena bnde sama, boleh ker? kdg2 corporate/sykt ke ape bila ade isu, jd defensive sgt, pdhal yg buat perangai ni bukan satu opis mbsj, sorg dua je kan yg buat perangai, so katuk yg buat perangai tu saje.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Pegawai pbt tu pun manusia biasa ada pelir. Aku percaya je kalo dia rekod utk buat modal
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingat dia dah pindah US. Ada lagi kat sini Z ni? Suara dia sedap
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 09:41 AM | Show all posts
xpernah plk beria nak check sijil bagai semata2 nak gi mengurut kat spa..
lgpun kalau nak rush rumah urut pun, mmg betul ke SOP diorg kena rakam habis semua org2 yg tgh berurut.. mcm cilakak je sop gitu..

Klu jantan tgh berurut alat sulit tu ye la..ni perempuan pon nak dirakamnya.. seswatu sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana mau ngaku nyer..
Ada yg dah byk kali buat gitu ke?

Betul ke SOP kena rakam tgh berurut? Gila kalau smp kena rekod camtu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2024 01:47 PM | Show all posts
siapakah sheols? tak kenal...

kalau rekod serbuan tu untuk tujuan documentation dan report okay kut... dia rekod tang tengah menoron ke apa? hahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2026 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.426937 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list