View: 18161|Reply: 50
|
[Tempatan]
'Beg kuning' punca pasar malam kian sepi?
[Copy link]
|
|
Edited by Abahmung at 29-10-2024 01:36 PM
Susah jual pakaian, barang mainan di pasar malam
Sinarharian.com.my
NORAFIZA JAAFARNORAFIZA JAAFAR
27 Oktober 2024
Meletakkan harga rendah selain bateri percuma antara cara digunakan Ulaganayaki untuk menarik pelanggan.
SELAYANG - Barangan kering seperti alat permainan dan pakaian kurang mendapat sambutan kerana kebanyakan pengunjung pasar malam lebih tertarik untuk membeli makanan dan minuman.
Seorang peniaga, Hasnadewi Sari Usman, 32, berkata, dia terpaksa menghentikan jualan tudung selepas menanggung kerugian dan kini hanya membantu ibu bapa berniaga buah-buahan.
Hasnadewi
“Berniaga di pasar malam sudah tak semeriah dulu, berniaga aksesori atau pakaian susah untuk bertahan. Adik saya yang menjual barang kosmetik turut alami situasi sama, hasil jualan kurang memberangsangkan.
“Ini disebabkan kebanyakan yang datang hanya tertarik beli barang makanan saja, kalau barang kering sedikit rancak hanya pada musim perayaan, kalau hari-hari biasa keadaannya lesu,” katanya sewaktu tinjauan Sinar Ahad di Pasar Malam Selayang Baru.
Katanya, keadaan itu didorong oleh peralihan pembelian secara dalam talian sejak penularan Covid-19 pada tahun 2000.
Jualan jenis makanan mampu bertahan di pasar malam sementara barangan lain kian suram ekoran peralihan pembelian atas talian.
“Apa yang kami boleh lakukan ialah jual dengan harga rendah, tetapi untungnya tidak banyak. Tidak apa asalkan jualan habis dan buah-buah tersebut tidak terbuang,” katanya.
Seorang peniaga barang permainan, K Ulaganayaki, 51, berkata, hasil pendapatannya merosot sekali ganda ketimbang sebelum ini susulan peredaran zaman.
“Dulu boleh dapat RM700 sehari tapi sekarang nak dapat RM300 pun susah. Pernah dapat RM50 sahaja terutama kalau hari hujan.
“Kalau jual barang mainan mahal-mahal tiada yang mahu beli, jadi saya hanya jual yang murah-murah. Paling mahal pun kereta kawalan jauh RM100, yang lain di bawah RM30,” katanya.
Laporan muka depan Sinar Ahad.
Ulaganayaki berkata, pendapatan kurang memberangsangkan itu menyebabkan suaminya terpaksa kembali bekerja makan gaji.
Katanya, hasil berniaga pasar malam kini tak cukup menampung keluarga kerana terdapat tiga anak belajar di kolej, selain komitmen bank serta menyara ibu telah berusia.
“Dulu saya bersama suami berniaga pasar malam tapi apabila hasil pendapatan merosot, suami kembali kerja makan gaji sementara saya teruskan berniaga pasar malam enam hari seminggu.
“Kalau dulu hasil pasar malam boleh sara keluarga, bayar upah pekerja tapi sekarang semua saya urus sendiri. Cuma kadangkala anak bantu berniaga,” katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
'Beg kuning' punca pasar malam kian sepi?
29 Oktober 2024 08:10am
Kebanyakan peniaga di pasar malam kini hanya sekadar meneruskan survival seadanya dengan hasil jualan semakin merudum. Gambar hiasan
SUATU ketika dahulu, sebelum wujudnya jualan dalam talian, pasar malam memang menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk membeli pakaian, aksesori dan barang keperluan rumah kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding pasar raya.
Sudah tentu kita juga tidak dapat melupakan kenangan ketika tertunggu-tunggu kedatangan hari beroperasinya pasar malam di kawasan perumahan, biasanya pada hujung minggu, untuk datang bersama seisi keluarga sambil membeli pelbagai juadah dan barangan menarik.
Namun keterujaan itu sudah semakin terhakis semenjak trend jualan secara online seperti Shopee dan Lazada hadir menawarkan pelbagai jenis produk menarik dengan harga boleh dikatakan setara dengan pasar malam.
Apabila aplikasi TikTok lahir dan memperkenalkan 'beg kuning' - merujuk khidmat beli-belah di platform tersebut, kegilaan pembeli semakin menjadi-jadi sehingga ia digelar 'racun' oleh warga maya kerana platform itu menjual terlalu banyak produk pada harga terlampau murah.
Justeru laporan Sinar Harian pada Ahad lalu tentang keadaan pasar malam kian malap bukanlah satu isu yang mengejutkan, malah telah dijangka dari awal.
Kebanyakan peniaga pasar malam masih boleh dapat untung jika menjual makanan dan minuman, apatah lagi jika ia sedang viral.
Namun bagi penjual pakaian, kasut, beg, kosmetik, mainan dan pelbagai barangan lain, gerai mereka mula sepi tanpa ada pelanggan yang singgah.
Realitinya, kebanyakan peniaga di pasar malam kini hanya sekadar meneruskan survival seadanya dengan hasil jualan semakin merudum.
Siapa yang hendak keluar rumah kalau boleh beli kasut, baju atau mainan anak sambil berbaring di rumah dan scroll telefon bimbit sahaja?
Apa yang kita kurang sedar, bahaya beg kuning ini sudah dikesan dari awal lagi, malah tahun lepas, Indonesia mengambil tindakan tegas menghentikan sebarang aktiviti jualan di TikTok.
Hasilnya, negara jiran kita itu berjaya memberi nafas semula kepada peniaga konvensional yang betul-betul berniaga di kedai dan jalanan, selain berupaya mengekang penjualan barang tiruan yang berleluasa di platform berkenaan.
Jika kita mahu pasar malam ceria semula seperti sebelum ini, mungkinkah sudah tiba masanya Malaysia juga mengkaji baik buruk beg kuning?
Atau mungkin ada mekanisme lain yang boleh difikirkan kerajaan untuk menyelamatkan survival peniaga kecil ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
nampak wording 'ketimbang' telah diguna pakai oleh sinar
kan elok kekal ayat lama - berbanding
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 28-10-2024 01:53 PM
Jalan jem maka x sempat sampai pasar mlm
Harga maknn mahal target spend rm10 dah habis utk mknn maka lain2 x dpt beli
Kelahiran budak kurang dan terkurung hidup xde lagi main basikal jalan2 rumah jiran main skateboard tv x tgk |
|
|
|
|
|
|
|
Barang mainan yg juai kat pasar malam tu cepat rosak. Beli tak berapa hari dah jahanam. Anak iols pula jenis suka baling2 mainan. Dah rosak dibaling, lepas tu bila nak main balik nangis2 dia pasal mainan dah tak berfungsi. Time tu pening pala iols pikir nak cari mainan yang jenis tahan lasak. Survey kat shopee ada brand vtech dengan fisher price. So try beli tengok, memang betul tahan lasak. Beratus kali dibaling pun masih menten bunyik sampai sekarang anak pun dah masuk darjah 1. Cuma kena menten tukar bateri aje la. |
|
|
|
|
|
|
|
Pasar malam sesuai makanan dan minuman macam bazar ramadhonn |
|
|
|
|
|
|
|
kena selit jgak pakaian2 sukan, sayur, ikan, ayam.... mainan kadang2 buat sakit hati bila anak mengamuk nak beli... kita bajet nak beli makanan...
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols suka beli pakaian bundle kat pasar malam. Jumpa jeans joe fresh kat pasar malam. Cari kat carousell pun xde. Dont talk about website jf.
|
|
|
|
|
|
|
|
zaman blh beli online ni mmg la
aku pun dah lama tak beli pakaian kat kedai atau pasar malam
beli online je senang
|
|
|
|
|
|
|
|
uols dah kertu pun masih minat pakai jeans ye |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sharlenetexas at 28-10-2024 06:05 PM
Jitu replied at 28-10-2024 06:02 PM
uols dah kertu pun masih minat pakai jeans ye
Masa bbnu dulu iols x minat pakai jeans. Rasanya ada sehelai dua je kot. Iols selalu pakai dress atau skirt pendek. Tapi bila kertu rasa minat pulak pakai jeans. Tambah pulak kat pasar malam tempat iols ada jual barang bundle. Rasa berbaloi jugak beli bundle kat pasar malam. Murah dan boleh tgk keadaan sebenar pakaian tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
oh patut la
mmg pun benda yg kita biasa melaram lama2 jd bosan nak tukar2 pulak
murah ke bundle ni lama dah tak pergi
nnt nak try la tengok2
seluar iols bt kerja pomen ni pun dah mcm tunggu masa nak expired je
|
|
|
|
|
|
|
|
sekarang ni bukan je pasar malam je terjejas, upline-upline MLM pun terjejas teruk sebab ramai dok beli produk MLM dekat shopee. |
|
|
|
|
|
|
|
harga pasar malam pun serupa masuk kedai, baik beli kat kedai terus..
harga pun bukan keling keling..
dulu ye la orang suka gi pasar malam sebab murah..
nijam kedai pun ada lagi murah dari pasar malam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi kenapa makcik juga tidak menjual secara online? |
|
|
|
|
|
|
|
makanan pasar malam mahal...seropa harga influencer meniaga..tak sedap pun ye jugak |
|
|
|
|
|
|
|
yer barang ctech dan fisher price mmg tahan lama...anak i olls sampai darjah 1 pon masih elok siap boleh diturunkan ke adik2 nya 2 org lagi...mmg berbaloi berbanding beli mainan yg mur2 xnampak lgsg dah kemana..sbb rosak terusla buang
|
|
|
|
|
|
|
|
p pasar malam paling koman habes rm30...tu belum kalau beli macam2 lg..dah x p sgt da..skarang byk shoppee online je...dkt shoppee 3x ganda murah dr kedai.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|