View: 32501|Reply: 131
|
Azizulhasni mungkin tak jadi bersara? Mohon ruang diberikan kepadanya berbincang bersama ahli keluarga
[Copy link]
|
|
Sepang: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang memohon ruang diberikan kepadanya berbincang bersama ahli keluarga bagi menimbangkan semula keputusannya untuk bersara.
Jelas Azizulhasni, beliau menerima permintaan daripada beberapa pihak termasuk rakan sepasukan, Muhammad Shah Firdaus Sharom dan ketua jurulatih berbasikal trek kebangsaan, John Beasley, yang memintanya agak meneruskan karier.
"Beberapa hari selepas perlumbaan, Shah, John dan pasukan saya memang berharap kalau boleh mempertimbangkan semula sehingga ke Los Angeles 2028. Tapi bagi saya, saya perlukan masa untuk duduk bersama keluarga, kosongkan fikiran saya daripada apa yang berlaku.
"Apa yang berlaku ini, di luar kebiasaan dalam karier saya tetapi bagi saya, mereka tahu, kalau saya berhenti pun saya masih akan aktif dengan sukan terutama berbasikal.
"Akan terus berkayuh tetapi paling penting, kalau mereka perlukan bantuan saya, kalau Shah perlukan rakan sepelatih, bantu dia atau ada pelumba muda mahukan rakan sepelatih, saya boleh pertimbangkan.
"Namun buat masa sekarang, saya rasa saya perlukan masa kerana untuk kali ini, sangat mencabar. Bukan sahaja fizikal, latihan keras saya sudah biasa tetapi mental, saya ada keluarga, anak yang sedang membesar dan sentiasa bertanya kepada saya.
"Dua tahun lalu, bila tahu masalah jantung itu, memang keluarga sudah meminta saya berhenti sebenarnya dan tak ada lagi nak capai tapi saya kata, saya berjanji bagi saya satu lagi Olimpik. Olimpik terakhir. Itu saya janji pada keluarga, ibu saya, isteri, anak..hanya mahu lakukan untuk negara, saya terkilan tetapi masih perlukan masa," katanya.
Pelumba berusia 36 tahun itu berkata demikian dalam nada sebak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang (KLIA) dari Paris, hari ini.
Jelas Azizulhasni, beliau mengakui masih tidak dapat menerima kegagalan meraih pingat emas selepas tersingkir seawal pusingan pertama acara keirin kerana kesalahan mendahului pacer pada Sukan Olimpik Paris 2024.
"Saya masih tak boleh terima sepenuhnya apa yang berlaku kerana kebiasaannya kalau saya kalah dalam perlumbaan, saya masih boleh ekspresikan lagi kekuatan dalam perlumbaan saya... itu saya boleh terima.
"Tapi ini (di Paris 2024), saya tak dapat buat apa-apa, saya memang tak tahu bagaimana nak gambarkan perasaan itu. Kalau kita sebagai atlet ini, kita makan, tidur kita, kita hidup untuk sukan, untuk negara.
"Bahkan saya sendiri pun, saya letakkan keluarga saya nombor dua... apa-apa memang sukan dulu, saya cuti pun saya masih lagi berlatih. Saya fikir untuk Olimpik," katanya.
SUMBER: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Dia haritu paling tua kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Meols tgk Live ni tadi, meols pun ternangis yach masa dia nangis. Part dia ckp dia terpaksa letak family nombor 2. Cedeyyy, huhuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Bersara jela sebelum orang start menyampah |
|
|
|
|
|
|
|
Sokong jangan bersara. Lepas Olimpik LA 2028 baru berenti. |
|
|
|
|
|
|
|
Bam jijo boleh bersara. Meols setia tunggu di katil. Bam jijo boleh kayuh meols. Gituw |
|
|
|
|
|
|
|
sokong!!!! selagi dia rasa boleh dan pelapis belum ada
|
|
|
|
|
|
|
|
Tgk masa interview tadi.. i feel you. Mmg boleh nmpak dia punye semangat dan nmpak ready mental dan fizikal kat sana. Kita kecewa, dia berganda kecewa. Sbb faktor umur dan kesihatan, lebih baik bersara. |
|
|
|
|
|
|
|
Jibun dulu dulu pun camtu x nak letak jawatan..tapi tu lah kan bodow..ujung banduan klepto tersohor kannn
|
|
|
|
|
|
|
|
Shah firdaus dah ada pelapis ke belum |
|
|
|
|
|
|
|
Azizul bukan duk ostolia ke? So dia balik juga la ye Malaysia?
Dia ni kahwin muda,masa baru 21 kot lepas 1st debut dia kat olimpik dia kahwin.
Tabah betul la bini dia yaa harus la tak suami tak selalu ada kat umah sana sini bertanding tp bagusnya takde la merudum prestasi walau kahwin.
So sapa yg ckp lepas kahwin prestasi makin malap tu? Kalau dpt pasangan yg tepat insyaAllah tak merudum.
Yang penting bini jenis memahami dan tak byk kerenah sentiasa support kerjaya laki.
|
|
|
|
|
|
|
|
bottompro replied at 13-8-2024 11:20 PM
Bam jijo boleh bersara. Meols setia tunggu di katil. Bam jijo boleh kayuh meols. Gituw
Masa ni uols tak taste ke?
Olimpik beijing 2008, pestime azizul join olimpik.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
yang sebenarnya, heols masih belum puas sebab belum terlaksana ultimate goal dia untuk dapat emas olimpik. Tu je. Kalau dia dah betul2 nekad nak bersara, takdanya la nak ragu2 lagi. Baik fokus pada kesihatan dan family, sebab umur pun masuk 40 masa LA olimpik nanti. Better fokus jadi jurulatih misalnya. |
|
|
|
|
|
|
|
terhegeh hegeh , takde org muda ke msia ni , punya la ramai rakyat , nk bg yg tua juga , kalau menang xpe gak , ni gagal membazir je |
|
|
|
|
|
|
|
Kat mesia mmg takde pelapis ka mcm mana? Org2 muda tak berminat ka mcm mana? |
|
|
|
|
|
|
|
cerita nye macam ko lah..main forem ..bertenet sampai terlupa berus jamban kak tie oiii.
|
|
|
|
|
|
|
|
manop replied at 14-8-2024 01:37 AM
cerita nye macam ko lah..main forem ..bertenet sampai terlupa berus jamban kak tie oiii.
Tak paham
|
|
|
|
|
|
|
|
kemaruk replied at 13-8-2024 11:05 PM
Bersara jela sebelum orang start menyampah
Aku dengar harga basikal yg dia gunakan boleh beli sejibik rumah kt mont kiara ? Apa betul kew? Dengarnya kali ini kalah dia salah khen org lain ?
Kalau dia tak nak bersara, suruh dia tanggung training makan berak semua sendiri ler hingga next olimpik...apa dia ingat dia sorang saja layak utk terima sokongan bantuan to excel? Aku rasa bagi anak anak ko sponsorship lagi pekdah kimarkruk...khen?
|
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 13-8-2024 11:19 PM
Sokong jangan bersara. Lepas Olimpik LA 2028 baru berenti.
Sampai bila nak makan minum berak allowance kerajaan nak tampung? Tak tahu malu keww? Beri ler peluang bakat bakat baru...dah berapa kali olimpik kau diberi peluang? Selfish twerp...bila kalah, salahkhen pelumba lain.Meluat tau... |
|
|
|
|
|
|
| |
|