View: 58221|Reply: 85
|
[Jenayah]
"We Need You!!" - Disuruh Balik Malaysia Guna Duit Sendiri, Sekumpulan Pelajar Helok Meminta Untuk Diselamatkan!
[Copy link]
|
|
Tangkap layar hantaran Akmal yang cuba memohon bantuan daripada Wisma Putra di platform X pada Sabtu
SHAH ALAM - Pelajar Malaysia mendakwa tidak mendapat akses untuk meminta tempat berlindung di kawasan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, Bangladesh susulan pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis semasa protes terhadap sistem kuota dalam sektor kerajaan pada awal Julai ini.
Perkara tersebut dikongsikan pengguna platform X, Akmal Azizan atau @akmalazizan8 menerusi hantaran pada Sabtu.
Menurut Akmal, ada juga pelajar lain telah cuba meminta penempatan di bangunan tersebut bagi tujuan keselamatan namun dipaksa berpatah balik.
“Dah minta tempat untuk berlindung di kawasan kedutaan tetapi katanya tidak ada akses untuk buat semua itu.
“Cuma disuruh balik Malaysia guna duit sendiri sahaja. Jalan ke lapangan terbang tutup, ada pelajar Malaysia sangkut dan dipaksa untuk berpatah balik.
“Saya lawan untuk penempatan yang selamat saja. Semua kedutaan negara lain dah panggil pelajar mereka untuk berlindung di kedutaan masing masing,” katanya dalam hantaran di platform X pada Sabtu.
Sebelum ini, media melaporkan beribu-ribu pelajar Bangladesh berdemonstrasi sejak Julai selepas mahkamah mengembalikan kuota untuk pekerjaan kerajaan yang dimansuhkan pada 2018
Susulan itu, negara berkenaan mengumumkan penutupan semua universiti awam dan swasta mulai semalam susulan protes berkenaan semakin memuncak minggu ini.
Pada Sabtu, menurut laporan Agensi Berita Jerman, kerajaan Bangladesh mengenakan perintah berkurung di seluruh negara dan mengerahkan tentera susulan pertempuran antara penunjuk perasaan dan polis semasa protes pelajar, umum tentera.
Menteri Dalam Negerinya, Asaduzzaman Khan mengumumkan bahawa tentera akan dikerahkan di ibu kota Dhaka dan daerah-daerah lain.
Lebih daripada 100 orang terkorban dalam protes itu sejak keganasan tercetus pada Selasa. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ala jap lg pmx acah2 jd hero la tu selamatkan engkorang |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo tolong psl visa haram haji,umrah laju je kan.padahal haji tu jemaah tahu risiko dan menyalahi undang2 saudi.tok mat bebal |
|
|
|
|
|
|
|
Diorang lagi sanggup belajar di Bangladesh dari belajar di @nusaraya |
|
|
|
|
|
|
|
Tunjuk perasaan di dhaka sahaja atau seluruh bangladesh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko belajar apa dekkk kt Dhaka sana |
|
|
|
|
|
|
|
Belajar apa di Bangladesh ni eh..tak pernah dengar pulak...at least Pakistan ada gak deobandhi |
|
|
|
|
|
|
|
mrsamz replied at 21-7-2024 02:56 PM
course apa adik2 ni
course medic |
|
|
|
|
|
|
|
tukul replied at 21-7-2024 03:00 PM
Belajar apa di Bangladesh ni eh..tak pernah dengar pulak...at least Pakistan ada gak deobandhi
mostly medical students. belajar medic. indonesia, india dan bangladesh kos murah untuk belajar medic |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 21-7-2024 02:55 PM
Tunjuk perasaan di dhaka sahaja atau seluruh bangladesh?
seluruh bangladesh. tengah darurat. isu tentang kuota kemasukkan bekerja di sektor awam
di bangladesh, siapa yang kerja kerajaan kiranya financial stable, kerja tetap dan dapat pencen. rusuhan sebab akta yang dorang merusuh ni pilih kasih. main dengan politik. kiranya nak masuk sektor kerajaan kena ada cable. bukan berdasarkan kelayakkan. jadi, pelajar adakan rusuhan supaya akta kuota tu dihapuskan. supaya yang masuk kerja di sektor awam disebabkan kelayakkan bukannya disebabkan kable/parti politik |
|
|
|
|
|
|
|
at least bangladesh buat kuota terang2 depan2. x selindung2. they got guts. lol |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan dorang dah diberikan pelindungan ke di bangunan suruhanjaya tinggi?? |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya bakal doktor aset negara ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
|