CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6954|Reply: 0

[Pahang] 'Arwah ayah berat hati nak ikut...' - Anak

[Copy link]
Post time 9-6-2024 04:31 PM | Show all posts |Read mode

Siti Zulaikha Hamzah menunjukkan gambar bersama ayah dan ibunya. FOTO Asrol Awang

Kuantan: Pembantu operasi Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka yang maut di Jalan Kuantan-Segamat, Muadzam Shah, Rompin, hari ini akan bersara bulan depan.

Perkara itu dimaklumkan anak perempuan sulung Allahyarham Hamzah, Siti Zulaikha, 25, ketika ditemui di perkarangan Bilik Mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

"Ayah akan pencen pada 7 Julai depan dan sebenarnya dia berat hati mengikuti rombongan ke Terengganu, tetapi saya dan mak (Shamsiah Khamis, 55) pujuk untuk kenangan sebelum pencen.

"Ayah jarang nak pergi ke mana-mana. Ayah juga cakap nak fokus ternak ayam selepas pencen dan lebih banyak berada di masjid.


"Tetapi memandangkan arwah akan menamatkan perkhidmatan bulan depan, ayah menyertai rombongan itu. Saya tidak sangka ayah meninggal dunia kerana pada awalnya difahamkan ayah hanya mengalami kecederaan," katanya.

Sementara itu, kakak ipar mangsa, Sharifah Khamis, 58, berkata Allahyarham Hamzah adalah seorang yang sangat baik dan warak.

"Masjid itu memang tempat arwah dan Allah SWT sayang dia. Cuma apa yang kami perasan, arwah jadi pendiam dan tidak banyak bercakap seperti selalu.

"Kali terakhir saya jumpa arwah semalam (kelmarin) dan dia pergi ke sekolah sendiri dengan menaiki kereta dan parkir di sekolah.

"Adik saya (isteri arwah) tidak sangka dan masih terkejut dengan kejadian yang berlaku," katanya.

Hamzah meninggalkan seorang isteri dan dua anak perempuan, Siti Zulaikha dan Siti Wardah, 24.

Jenazah Allahyarham Hamzah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Londang, Masjid Tanah, Melaka.

Dalam kemalangan itu, bas persiaran yang membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan merempuh sebuah treler.

Bas itu dilaporkan dalam perjalanan membawa guru dari SK Jeram ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.

Hamzah antara tiga yang maut selain guru Hasnatul Adilah Hassan, 48, dan pemandu bas kedua Mohd Adi Hasan, 29.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -hati-nak-ikut-anak

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
berita malam seram:pocong parit buntar tumpas.jadi bahan jenaka Public Health Malaysia
YgBenarberita malam seram:pocong parit buntar t
Views : 26424 Replies : 24
Kaka Sotong2..What happened to you??Lupa tukar MN ke?
Julia_RaessKaka Sotong2..What happened to you??Lupa
Views : 14203 Replies : 288
Najib 'sangkut' ke semua tuduhan kes 1MDB
maklukpenggodaNajib 'sangkut' ke semua tuduhan
Views : 67148 Replies : 48
Najib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
MahathirinaNajib Masih Mahu Jadi Tahanan Rumah
Views : 1522 Replies : 10
EPSTEIN FILES PT.2:  Nama Trump naik lagi bersama Tok Arab, David Copperfield, founder Victoria Secret...etc
Tumpang-SibokEPSTEIN FILES PT.2: Nama Trump naik lag
Views : 12148 Replies : 1
Welcome to The Holy Land...
Tumpang-SibokWelcome to The Holy Land...
Views : 23710 Replies : 9
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 57513 Replies : 1092
WUTHERING HEIGHTS
SY_MumiWUTHERING HEIGHTS
Views : 350 Replies : 3
THE BRIDE!
SY_MumiTHE BRIDE!
Views : 281 Replies : 2
Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 17 kondominium
ultra78Guru tuisyen wanita maut jatuh tingkat 1
Views : 30822 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2026 07:53 AM GMT+8 , Processed in 2.528493 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list