CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16842|Reply: 62

Tidak Terkalahkan! Ziana Zain Diva Terulung Di Hati Rakyat Malaysia, Masih Berbisa Di Usia 56 Tahun

[Copy link]
Post time 28-5-2024 09:58 PM | Show all posts |Read mode






Spektakuler dan tidak terkalahkan! Itu lah perkataan yang paling sesuai bagi menggambarkan kehebatan seorang diva terulung bernama Ziana Zain menerusi kejayaan Ziana Zain Konsert 2024 yang berlangsung di Mega Star Arena, Plaza Sungai Wang, baru-baru ini.


Ziana Zain Konsert 2024 yang dihadiri 5,000 penonton bukan sekadar persembahan atau konsert, tetapi ibarat sebuah perjalanan seni pemilik nama Siti Roziana Zain yang penuh memori, kisah suka dan duka.


Meskipun kali terakhir menganjurkan konsert berskala besar 21 tahun lalu, ternyata Ziana masih berbisa dan mempunyai kelas tersendiri dengan gaya nyanyian yang memakau terus menusuk ke kalbu penonton.








Ziana yang ditemui usai konsert yang dibawakan oleh CSA Academy itu berkata dia bersyukur segalanya dipermudahkan selain berasa puas dapat menghiburkan kelab peminat kesayangannya, Ziana Folks.


"Alhamdulillah, walaupun bukan mudah untuk jayakan konsert di usia 56 tahun, namun saya bersyukur. Hampir seminggu saya tidak tidur malam memikirkan tentang konsert."


"Apa pun Allah makbulkan doa saya, semoga semuanya terhibur dan terima kasih kepada penonton terutama kelab peminat yang sentiasa menjadi tulang belakang saya."


Dua jam konsert berlangsung bagaikan tidak terasa menonton persembahan pemenang tempat pertama pertandingan Voice Of Asia di Kazakhstan pada 1995 itu dibawah pimpinan pengarah muzik, Aubrey Suwito.


OhBulan! berkesempatan menjadi saksi kepada satu lagi kejayaan yang berjaya dicatat dalam kerjaya seni ibu tunggal kepada empat cahaya mata itu, jom recap persembahan Ziana di Ziana Zain Konsert 2024.








Sewaktu tirai konsert dibuka dengan lagu rancak berjudul Ada Suara Ada Cinta, Ziana berdepan masalah ear monitor yang tidak dapat berfungsi dengan baik. Namun dengan sikap profesional, Ziana kekal tenang mengawal situasi tersebut.


Sepanjang konsert, Ziana telah menyampaikan 20 buah untaian lagu hits miliknya yang sentiasa menjadi siualan peminat dari dahulu hingga kini.


Antara lagu yang dipersembahkan adalah Tiada Kepastian, Kasih Ku Pertahankan, Anggapanmu, Senja Nan Merah, Setiaku Di Sini, Kekal, Bersama Akhirnya, Setiaku Di Sini, Berpisah Jua, Madah Berhelah dan banyak lagi.


Ziana juga sudi dan terbuka berkongsi kisah peribadi yang penuh suka dan duka sepanjang bergelar anak seni kepada penonton termasuk menceritakan pembabitan awalnya menjadi pelakon selepas dilamar oleh pengarah dan penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam.


Penonton juga disajikan di skrin besar yang memaparkan pencapaian Ziana sepanjang menjadi penyanyi, anugerah yang diterima dan klip-klip filem lakonannya.


Dalam selingan persembahan, ada ketika Ziana mengalirkan air mata menceritakan mengenai pengorbanan ibu bapanya yang sentiasa menyokong kerjaya seninya.


Berlaku juga satu momen indah di mana bapa Ziana membuat panggilan video secara langsung untuk memastikan anaknya dalam keadaan baik.


Ziana kelihatan anggun menggayakan tiga busana mewah rekaan pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Ruzaini, Datuk Rizalman dan Ezuwan Ismail.





Turut kelihatan beberapa rakan artis yang hadir memberikan sokongan iaitu Ernie Zakri, Syamel, Anuar Zain, Rozita Che Wan, Erra Fazira, Hael Husaini dan ramai lagi.


Ketika persembahan lagu Berpisah Jua, penonton memberikan ‘standing ovation’ kepada Ziana kerana persembahan tersebut bikin merinding bulu roma. Malah, dalam lagu itu, Ziana masih mampu ‘hold’ notasi panjang. Memang hebat!





Manakala, ketika lagu Senja Nan Merah dinyanyikan, Ziana meminta penonton menyanyikan bahagian rakan duetnya iaitu Datuk Awie. Sewaktu momen ini berlaku, seluruh dewan bergema.








Di akhir konsert, Ziana memgumumkan berita gembira apabila dia bakal menganjurkan konsert di Singapura pada 28 September ini.


Sumber : OhBulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2024 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia lahir 1968??? Ingatkan 1970!
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah sis. Masih berbisa nyanyiannya
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 04:41 PM | Show all posts
syahdu nya setia ku disini tu..ok lagi dia bwk utk umur dia..yg paling ingat konsert unplugged dia dulu
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Best iols tgk kt ig. Sedap dan feel zz bawa lagu
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi umur kak ziana sebaya dgn mak neelofa?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2024 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
scarflicious replied at 29-5-2024 06:59 PM
Jadi umur kak ziana sebaya dgn mak neelofa?

Serious r… tini peti ais tu nampak rupa nenek2 sangat. Zz ni nampak akak2 jek.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
galleria23 replied at 29-5-2024 07:06 PM
Serious r… tini peti ais tu nampak rupa nenek2 sangat. Zz ni nampak akak2 jek.

jauh nau beza acik jenna dgn tini petiais..jenna nampak muda belia acik tini hmmmm apa nak kata anak ramai…urat putus byk terus nampak tua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2024 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 28-5-2024 11:10 PM
Dia lahir 1968??? Ingatkan 1970!

Ada beza ke..Masih age bracket yg sama
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 10:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Walau aiols x pergi concert sheols ni tp yakin sore sheols memang sedap dan mantap. Tahun lepas pergi puas hati dgn zz sedap sgt first time dgr dia nyanyi live x pancit langsung
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
jihyomelly replied at 29-5-2024 09:27 PM
jauh nau beza acik jenna dgn tini petiais..jenna nampak muda belia acik tini hmmmm apa nak kata an ...

Kak jena anak 4 agak ramai juga. Maybe disiplin as stewardess tu kak jena maintain cun dan awet muda.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 07:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Meols antara yang terpekik terlolong menonton konsert ni yach. Spjg2 meols jd concert goer ni meols boleh simpulkan konsert ni antara yg plg best dan paling berbaloi utk ditonton selain konsert ella dan m nasir. Epitome haritu pun meols pg, vocal wise mmg power tp selection lagu hazabedah sgt, byk yg xboleh sing along. Whereby konsert ziana mlm tu, semua lagu peminat bersorak n sing along yach? Mula2 kak gee nampak lost n takut2, tp bila dia dh mula naik sheikh daripada sorakan mcm penyokong harimau malaya dh sekor2 dlm tu, terus she pny momentum naik tinggi n hold note panjang2 mcm zaman muda. She patut buat konsert back to back mcm Ella n Siti tp harga tix tu kalau boleh rendahkanlah sikit sbb peminat she rata2 golongan adik2 kertu yg kerja pn biasa2 n ramai jgk yg freelancer ala2 ada job adalah duitnya. Ziana Zain no. 2 pun xda sbb she plak kerja kilang kan. Agak mahal rega tix tu bg golongan bforti mcm she.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 08:42 AM | Show all posts
Dato seri NR is watching
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
bedahmenjuyah replied at 29-5-2024 11:12 PM
Kak jena anak 4 agak ramai juga. Maybe disiplin as stewardess tu kak jena maintain cun dan awet mu ...

Dia kta jaga utk laki dia dulu,skali laki kta xheran ke dia...
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Di hati pondan2 malaya nek na nyanyi pun tersekat2 yih
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
jihyomelly replied at 29-5-2024 09:27 PM
jauh nau beza acik jenna dgn tini petiais..jenna nampak muda belia acik tini hmmmm apa nak kata an ...

Bandingkan dgn Ella rasa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2024 10:29 AM | Show all posts
tengok kat tt mmg best giler la kak ziana...

...dagu pun kemain runcing ehhhhh....
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 11:15 AM | Show all posts
memang best......berbaloi pergi
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 11:32 AM | Show all posts
rasa rugi plak tak beli tiket hari tu
tak sangka plak kt hall ni meletup jgk

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2024 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah dgr kat youtube mmg power...sebak menusuk jiwa dgr ZZ menyanyi lagu2 dia...terbaik...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.271558 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list