|
Post Last Edit by tomet05 at 29-3-2011 12:26
Share Pasangan Pelakon Bersekedudukan, Tunggu Masa Orang Nak Report!
Kredit to Ohbulan!
Nak kata pasangan pelakon ni popular sangat, tidaklah. Tapi, kalau Ai sebut je nama 2 pelakon ini, memang rata-rata tahu dengan kelibat mereka berdua. Menurut sumber juga jiran artis ini berkata, mereka sebenarnya sudah jemu & jelak dengan perangai kedua-dua pelakon ini. Hampir setiap hari, sumber ini nampak si pelakon lelaki ini keluar masuk daripada rumah pelakon wanita ini.
Ada satu pagi tu, ketika orang sibuk keluar rumah nak pergi kerja, sumber ini nampak si pelakon lelaki ini buang sampah di luar rumah. Kalau nak kata si pelakon lelaki ini baru datang, memang tak logik. Sebab muka si pelakon lelaki ni macam baru bangun tidur. Tak mungkin’lah si pelakon lelaki ini tidur dalam kereta, lagipun si kekasih hati dalam rumah cun melecun orangnya.
Sumber ini siap berikan alamat penuh rumah pasangan pelakon ini dengan niat untuk membanteras gejala maksiat. Katanya, penduduk sekeliling kondominium pun sudah perasan dengan mereka, cuma tinggal masa je nak laporkan pada pihak berkuasa.
Sebelum ini, pasangan pelakon ini yang sibuk nak berkahwin, tapi tak pernah jadi-jadi. Kalau betul dah ‘tak tahan’ sangat, langsungkan sahaja pernikahan cepat-cepat. Kalau tak silap, pelakon lelaki itu pernah berkata bahawa dia nak kumpul duit banyak-banyak sebelum berkahwin.
Tapi pada Ai, apa gunanya kumpul duit banyak, tapi pada masa yang sama dosa pun makin menimbun. Kan?
P:S: adakah normiang dan memek ?
Hiasan semata-mata .. |
|