CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21943|Reply: 0

Mohd Nasri pemangku Pengarah JSPT

[Copy link]
Post time 8-4-2024 12:06 PM | Show all posts |Read mode

RAZARUDIN Husain menyaksikan serah terima tugas antara Datuk Mohd Azman (kiri) bersama Datuk Mohd Nasri (kanan) di PULAPOL Kuala Lumpur. FOTO Asyraf Hamzah

Kuala Lumpur: Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) 1, Datuk Mohd Nasri Omar ditugaskan memangku jawatan Pengarah JSPT.

Beliau menggantikan Datuk Azman Ahmad Sapri yang bersara wajib hari ini, selepas berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) lebih 36 tahun.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Turut hadir, Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Azmi Abu Kassim, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Seri Azri Ahmad serta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin.


Majlis serah terima tugas di Dewan Tan Sri Abdul Rahman Hashim, Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, hari ini, dimulakan dengan upacara menandatangani dan pertukaran dokumen serah terima tugas antara Azman dan Mohd Nasri.

Razarudin dalam ucapannya berkata, Azman meninggalkan legasi yang tersendiri dalam lipatan sejarah PDRM khususnya di JSPT.

"Biarpun hanya menduduki kerusi nombor satu JSPT selama lima bulan, beliau berjaya melaksanakan beberapa transformasi dan penambahbaikan kepada proses kerja dalam memantapkan hala tuju JSPT menjelang 2030.

"Antaranya, mentransformasikan Bilik Gerakan Trafik kepada Federal Traffic Control Center (FTCC) menjadi pusat untuk menyalurkan laporan menarik perhatian berkaitan kemalangan dan kesesakan jalan raya kepada Malaysia Control Center (MCC)," katanya.

Sementara itu, Azman dalam ucapannya berkata, peluang diberikan selama lima bulan menerajui JSPT adalah detik manis sepanjang berkhidmat bersama PDRM.

"Saya bersyukur di atas kepercayaan yang diberikan oleh pucuk pimpinan sehingga ke peringkat ini.

"Kejayaan ini satu pencapaian yang cukup bermakna sepanjang karier di dalam pasukan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Razarudin berkata, pihaknya akan berbincang dengan Menteri Dalam Negeri mengenai calon Pengarah JSPT termasuk Ketua Polis Pulau Pinang baharu.

"Insya-Allah dalam masa terdekat selepas perbincangan akan diisi jawatan Pengarah JSPT dan Ketua Polis Pulau Pinang," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... angku-pengarah-jspt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15853 Replies : 10
Salam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
telracsSalam RAMADAN MUBARAK 1447 Hijriyyah
Views : 6113 Replies : 35
Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Cecair Macam Nanah." [ Ibu Mahu Saman Doktor! ]
^CUN_GILA~.Gen Z : "Doktor, Kemaluan Saya Keluar Ce
Views : 20214 Replies : 19
Edisi Luahan Warga Threads:Kecoh di Threads, penonton kecam sistem bunyi Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella... “Macam pembesar suara sekolah”
Skyline_84Edisi Luahan Warga Threads:Kecoh di Thre
Views : 14036 Replies : 24
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 20477 Replies : 41
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44559 Replies : 668
Kisah goreng ayam
budi_jentayuKisah goreng ayam
Views : 26046 Replies : 107
[SBS/viu 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon Seok, Esom ~ 13 March 2026
Rahah[SBS/viu 2026] PHANTOM LAWYER - Yoo Yeon
Views : 459 Replies : 6
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 367708 Replies : 3565
Maruah Tetap Saya Jaga ~ Ada Pakai Tube & Seluar Pendek
beggMaruah Tetap Saya Jaga ~ Ada Pakai Tube
Views : 9502 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2026 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.092737 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list