View: 9585|Reply: 29
|
Kakak Sengaja Ambil Dadah Sebab Nak Masuk Penjara Jumpa Adik
[Copy link]
|
|
KOTA KINABALU – “Saya memang sengaja ambil dadah supaya dimasukkan ke dalam penjara untuk bertemu adik bongsu.
“Mungkin ia tindakan tidak masuk akal, namun itu cara saya menebus rasa bersalah kepada adik perempuan kesayangan kerana sering mengabaikannya selama ini ekoran kesibukan dengan tugas selama kira-kira 15 tahun sebagai anggota tentera di Semenanjung.
“Biarlah orang di luar sana mahu kata saya bodoh, tetapi secara peribadi tindakan itu berbaloi disebabkan dapat melihat sendiri keadaan adik yang berada di dalam penjara,” kata seorang banduan wanita yang dikenali sebagai Angah, 40.
Anak kedua daripada empat beradik itu menyatakan dia mula dijatuhkan hukuman penjara sejak Disember tahun lalu atas kesalahan dadah di bawah Seksyen 15 Akta Dadah Berbahaya, manakala adiknya kini sedang dalam reman di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya.
Angah berkata, dia mahu adik bongsunya itu melihat pengorbanan seorang kakak sekali gus menunjukkan masih ada ahli keluarga yang menyayangi dirinya.
Terpilih sebagai salah seorang banduan mengikuti Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) ‘Ihsan Madani’ Kepulangan Yang Dinanti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, Angah bersyukur peluang tiga bulan berada di dalam penjara banyak mematangkan diri dan mampu memberi teladan terbaik buat adik dan banduan wanita lain.
Sementara itu, Pengarah Penjara Negeri Sabah, Nora Musa memaklumkan, seramai 142 Orang Bebas Berlesen (OBB) terlibat dalam PBSL di semua penjara seluruh Sabah sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
she did what???
again, what????
|
|
|
|
|
|
|
|
Kasih ibu bawa ke syurga,
Kasih bapa sampai ke hujung nyawa,
Kasih kakak hingga ke penjara. |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh difilemkan.
Mesti kakak dia hebat gila kawad dalam penjara sebab bekas tentera Malaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Belibis at 5-4-2024 10:20 AM
Tau pulak nak kena kurung kat penjara yang sama?? Kalau sorang kat kajang,sorang kat penor lagu mana??
Memang otak orang ambik dadah bijak dalam buat alasan,janji dia jer betul. |
|
|
|
|
|
|
|
dah dia kne tahan kat kk, adik pun kne tahan kat kk msk penjara kk la xdenye msk ke kajang plak
|
|
|
|
|
|
|
|
Boleh buat iklan raya ni, based on true event, pasti ada suka dan duka |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke penjara boleh dtg melawat. dah tak boleh ker |
|
|
|
|
|
|
|
lightheaded67 replied at 5-4-2024 12:47 PM
bukan ke penjara boleh dtg melawat. dah tak boleh ker
Melawat sebulan sekali jer.ni dia nak tidur sebilik macam sewa home stay gitu..kena la duk dalam jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Belibis replied at 5-4-2024 02:51 PM
Melawat sebulan sekali jer.ni dia nak tidur sebilik macam sewa home stay gitu..kena la duk dalam ...
iyelah kan, 3bulan je masuk nye yek. kadg mmg tak paham, tp itulah dia |
|
|
|
|
|
|
|
dok penjara sekali pun blh ke berjmp bergurau senda kalau lain blok?
ke time bersukan beraktiviti tu mmg canpur je semua???
dah 2 org dlm fmly jadi bekas banduan. |
|
|
|
|
|
|
|
Either ini auta minah pet atau dia ni betul2 naif. Either way not a good thing la.
|
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 5-4-2024 10:13 AM
Kasih ibu bawa ke syurga,
Kasih bapa sampai ke hujung nyawa,
Kasih kakak hingga ke penjara.
terbaik la tagline baru ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 5-4-2024 03:10 PM
dok penjara sekali pun blh ke berjmp bergurau senda kalau lain blok?
ke time bersukan beraktiviti tu ...
Boleh bertepuk tampar dan bersukaneka macam family day hari hari. |
|
|
|
|
|
|
|
lightheaded67 replied at 5-4-2024 03:09 PM
iyelah kan, 3bulan je masuk nye yek. kadg mmg tak paham, tp itulah dia
Cara komando kot |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 5-4-2024 03:35 PM
Cara komando kot
punca yg dikatakan adelah dia rasa bersalah sbb kerja 15 tahun tak bela adik.. ok... jnji happy |
|
|
|
|
|
|
|
Kau dah kenapa perempuan? Time melawat kan ada, kau pindah sebelah penjara tu, hari2 time melawat kau pergi la tengok dia. Cakap je la kau pun kaki dadih kan sebenarnya. |
|
|
|
|
|
|
|
sendiri hisap dadah, adik jadi mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Ni macam drama Rindu Kasih la ni.. Anak sanggup masuk penjara sebab nak jumpa mak dia dalam tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|