CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7296|Reply: 2

[Kedah] Kongsi rezeki di bulan mulia

[Copy link]
Post time 21-3-2024 11:30 AM | Show all posts |Read mode
Kongsi rezeki di bulan mulia


Sudirman Mohd Tahir
[email protected]



SUKARELAWAN memasak bubur lambuk. FOTO Sadiq Sani




















Alor Setar: Program Titipan Kasih Ramadan Harian Metro bersama McDonald's diteruskan di lokasi kedua yang diadakan di Masjid Rafaeh Taman Uda, di sini, kelmarin.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) antara Harian Metro dan McDonald's Malaysia kali ini memberi fokus kepada penduduk setempat yang terdiri daripada golongan memerlukan seperti asnaf, B40 dan pesakit kanser.

Sama seperti di lokasi pertama, sebanyak 100 penerima sumbangan kotak rezeki diberikan berupa barangan keperluan harian bagi meringkan beban harian mereka.

Pengarah Komunikasi Korporat McDonald's Malaysia Shamsidar Yahya berkata, pihaknya komited menjalankan pelbagai program pada bulan Ramadan dan ia sudah memasuki tahun ke-10 pelaksanaan sejak mula dijalankan pada 2015.

Menurutnya, inisiatif itu termasuklah menjalankan Program Titipan Kasih Ramadan bersama Harian Metro.

"Inisiatif ini adalah komitmen berterusan dan tanggungjawab kami kepada komuniti Muslim sebagai syarikat 100 peratus milik orang Islam yang dimiliki oleh Datuk Azmir Jaafar selaku Pengarah Urusan dan Pemilik syarikat Gerbang Alaf Restaurant.

"Program bulan Ramadan menjadi antara keutamaan kami pada setiap tahun kerana ia adalah bulan mulia kepada kita sebagai umat Islam. Selain itu, kami juga konsisten dalam pembayaran Zakat Korporat sejak 2017.

"Hampir RM12 juta sudah dizakatkan kepada setiap negeri di Malaysia melalui pusat pungutan zakat. Usaha ini bukan sahaja dilaksanakan kerana kewajipan sebagai perniagaan yang dikendalikan oleh orang yang beragama Islam, tetapi juga didukung atas teras syarikat untuk membantu golongan yang memerlukan," katanya.

Menurutnya, kerjasama dengan Harian Metro menerusi program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) yang sudah memasuki tahun keempat dapat diteruskan pada masa akan datang.

"Harian Metro melalui TKHM sudah menjadi rakan kerjasama McDonald's sejak 2021 atau lebih tepat memasuki tahun keempat.

"Kami amat tersentuh dan terharu apabila masyarakat berasa senang dan gembira dengan inisiatif yang kami jalankan.

"Kerjasama ini diteruskan kerana kedua pihak mempunyai matlamat yang serupa, iaitu untuk memberikan kesan positif kepada masyarakat.

Insya-Allah, kerjasama ini akan diteruskan pada masa akan datang," katanya.

Menurutnya, selain program seumpama itu McDonald's juga pada setiap tahun menjalankan lebih 19,000 aktiviti kemasyarakatan.

"Setiap tahun, dianggarkan lebih 19,000 aktiviti kemasyarakatan berjaya dijalankan antaranya Sambutan Hari Jadi bersama anak-anak yatim, sumbangan minuman untuk jemaah masjid pada setiap hari Jumaat, bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur dan banyak lagi," katanya.

Selain itu, McDonald's Malaysia juga menyumbang RM1 juta kepada Dana Kemanusiaan Palestin di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Pengarang Kumpulan Harian Metro merangkap Pengerusi Projek TKHM Husain Jahit berkata, Program Titipan Kasih Ramadan Harian Metro kali ini membawakan pengisian berbeza sesuai dengan situasi semasa.

"Alhamdulillah, program Ramadan kali ini berlainan sedikit kerana menjemput penceramah jemputan yang popular dalam kalangan masyarakat.

"Kehadiran mereka juga menjelaskan lebih terperinci bagaimana dan secara umum untuk kita menjalankan ibadah puasa. Macam di sini, kita memilih Datuk Ustaz Kazim Elias.

"Alhamdulillah, beliau mengupas secara jelas mengenai Ramadan, sedekah dan sebagainya. Dalam erti kata lain isu yang dekat dengan masyarakat dan kehidupan seharian kita," katanya.

Program Titipan Kasih Ramadan Harian Metro bersama McDonald's dimulakan seawal jam 8 pagi dengan aktiviti memasak bubur lambuk membabitkan sukarelawan Harian Metro, McDonald's dan ahli qaryah masjid.

Pada acara kali ini, penganjur turut menyerahkan bubur lambuk kepada beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen (JIM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Masjid As Solihin dan Surau Fajar.

Majlis disusuli tazkirah Ramadan oleh Datuk Ustaz Kazim Elias, iftar bersama penerima sumbangan, solat Maghrib, Isyak dan Tarawih serta diakhiri dengan sumbangan Moreh Mekdi.



Disiarkan pada: Mac 21, 2024 @ 11:16am






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-3-2024 11:31 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-3-2024 11:33 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 07:36 AM GMT+8 , Processed in 0.052184 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list