Edited by Vellfire at 15-3-2024 10:01 AM
MADIUS
KUALA LUMPUR: Konsep 'floating holidays' masih tidak diamalkan di Malaysia buat masa ini.
Ahli Parlimen, Datuk Seri Panglima Madius Tangau (UPKO Tuaran) berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam satu jawapan bertulis terhadap Soalan Lisannya di Persidangan Dewan Rakyat di sini, kelmarin.
“Menurut KESUMA, undang-undang berkaitan cuti di Malaysia secara umumnya diperuntukkan di bawah Akta Kerja 1955 dan Akta Hari Kelepasan 1951.
“Floating holidays' merupakan suatu kaedah pengurusan cuti di mana ia memberi pekerja keanjalan dalam menguruskan cuti mereka dengan mengambil kira kepelbagaian latar belakang pekerja yang menyambut perayaan atau hari-hari kebesaran mengikut bangsa dan agama tertentu,” katanya.
Madius yang juga Pengerusi Eksekutif WISDOM Foundation berkata demikian dalam satu kenyataan di sini.
Bagaimanapun beliau berkata, KESUMA mengambil maklum berhubung cadangan itu dan akan menentukan kesesuaian pelaksanaannya di negara Malaysia pada masa hadapan.
Terdahulu dalam soalannya, Madius meminta KESUMA menyatakan sekiranya terdapat rancangan untuk memperkenalkan 'floating holidays', seperti yang dilaksanakan di pejabat United Nations dan disyorkan oleh WISDOM Foundation.
Ia bagi memastikan golongan minoriti dapat menggantikan cuti am dengan hari perayaan agama dan kebudayaan masing-masing yang bukan cuti am di negeri mereka.
|