CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6557|Reply: 0

'Jangan lelong lesen Liga Super'

[Copy link]
Post time 2-3-2024 12:57 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam. - NSTP/OWEE AH CHUN

KUALA LUMPUR: Pasukan Liga M3 yang bakal mendapat lesen kebangsaan untuk beraksi di Liga Super musim 2024/25 tidak boleh sewenang-wenangnya 'melelong' lesen itu kepada pihak lain yang mahukan tempat di saingan utama bola sepak negara itu.

Peringatan itu diberikan Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam yang menegaskan badan pengendali itu berkuasa untuk menarik balik lesen terbabit jika pasukan itu dijual dan mereka akan bermula kembali dari kosong.

Malah, Stuart turut menjelaskan MFL berhak untuk tidak meluluskan sebarang pengambilalihan oleh sesuatu pasukan oleh pihak ketiga sekiranya pembeli tidak menepati kriteria yang ditetapkan.

"Proses pelesenan ini diberikan kepada sesuatu pasukan menerusi permohonan yang dikemukakan oleh pasukan itu. Jika pasukan itu dijual, MFL ada hak untuk menarik balik lesen jika saya tidak luluskan pengambilalihan terbabit.



"Bagi pengambilalihan itu, kita kena buat proses ketekunan wajar (due diligence) terhadap pihak yang akan membeli pasukan itu, latar belakang mereka dan sumber kewangan mereka untuk memastikan kestabilan pasukan itu.

"Kalau hanya beri lesen, itu bermakna pasukan itu perlu bermula dari kosong, jadi adakah ia sesuai untuk liga kita. Lesen yang diperolehi bukan untuk dijual tetapi boleh dipindah milik dengan kelulusan MFL.

"Bukannya kita bagi (lesen) dan kemudian ia dijual ikut pasukan itu," kata Stuart.

Dalam perkembangan lain, Stuart turut memaklumkan proses temuduga untuk keempat-empat pasukan yang mengemukakan permohonan untuk beraksi di Liga Super terpaksa dianjakkan pada Isnin depan.

"Itu adalah waktu untuk jawatankuasa berjumpa dan kita akan adakan temuduga dengan keempat-empat pasukan terbabit. Jadi kita akan maklumkan selepas First Instance Body (FIB) selesai membuat keputusan," katanya.

Sebagai rekod, MFL membuka kembali permohonan bagi lesen luar biasa kepada pasukan Liga M3 yang berminat bagi mengisi satu kekosongan dalam Liga Super selepas Kelantan FC tidak mendapat lesen kebangsaan untuk beraksi di Liga Super musim 2024/25.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ng-lesen-liga-super
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.093112 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list