CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10123|Reply: 22

[Tempatan] Pasangan muda pilih tunai haji, tangguh berbulan madu

[Copy link]
Post time 28-5-2024 09:32 PM | Show all posts |Read mode
Pasangan muda pilih tunai haji, tangguh berbulan madu

Oleh Husain Jahit - Mei 28, 2024 @ 9:05pm
husain@hmetro.com.my


MAKKAH: Pasangan muda Muhammad Rabbani Roslan dan Nur Izzati Thaqifah Samsol Bahari menangguhkan keputusan untuk berbulan madu, sebaliknya menerima tawaran menunaikan haji tahun ini.

Muhammad Rabbani, 27, dan isteri, Nur Izzati, 25, yang berkahwin pada September tahun lalu itu, mengambil keputusan untuk menangguhkan bulan madu mereka kerana isteri melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (USM), hinggalah isteri menerima tawaran kali ketiga daripada Tabung Haji.

"Saya mendapat tawaran pertama ketika wabak COVID-19 dan kemudian dapat semula pada 2022 tetapi saya minta tangguh kerana hendak mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah pada tahun ini dapat lagi tawaran," kata Nur Izzati kepada Petugas Media Tabung Haji, pada majlis perasmian Sahabat Maktab, di sini baru-baru ini.

Perasmian disempurnakan oleh Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman yang turut dihadiri Pengurus-pengurus Maktab dan Petugas-petugas Haji.

Apabila mendapat tawaran haji, Nur Izzati berkata, beliau berbincang dengan suami yang kemudiannya turut bersetuju untuk membuat rayuan sebagai mahram.

"Alhamdulillah, suami pun memang ada simpanan sejak kecil, walaupun ketika melangsungkan perkahwinan tempoh hari kami banyak menggunakan wang simpanan," katanya lagi.

Muhammad Rabbani yang juga Jurutera Teknologi Maklumat di sebuah agensi kerajaan, berkata sudah membelanjakan wang simpnan untuk majlis perkahwinannya sehingga terfikir adakah cukup untuk pergi haji nanti.

"Namun, saat terakhir, rezeki Allah datangkan dan alhamdulillah duit cukup dan terus bayar," kata pasangan muda yang turut menjadi Sahabat Maktab 83.

Sementara itu, tiga beradik Muhammad Adam Aiman Mohd Amizul Fazley, 21, Muhammad Edrish Ell-Fateh, 17, dan Muhammad Nouh Ebdansyakur, 15, dari Kelantan sangat bersyukur kerana dapat menjadi Duyufurrahman pada usia muda.

Walaupun tanpa kelibat kedua orang tua mereka, tiga beradik itu sentiasa kelihatan ceria ini, pandai menjaga diri selain turut ringan tulang dengan membantu jemaah yang lebih berusia dalam kalangan warga emas dengan menolak kerusi roda untuk ke masjid.

"Mama papa pun ada pesan untuk selalu bantu orang tua apabila tunai haji, " kata Muhammad Adam selaku anak sulung yang juga penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Disebabkan itu juga, katanya mereka bertiga memilih untuk menyertai Sahabat Maktab, satu daripada inisiatif bagi membantu jemaah lain kerana selain dapat menolong lebih ramai orang dengan kudrat muda yang ada, mereka juga dapat mengeratkan silaturahim dengan jemaah lain selain mengumpul lebih banyak pahala.

"Memang kami bertiga selalu bantu orang sebelum ini, jadi apabila dengar ada Sahabat Maktab, kami bertiga bincang dan sertai untuk membolehkan kami tolong lebih ramai lagi. Selain itu, kami juga boleh eratkan hubungan silaturohim dengan jemaah yang lain," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2024 11:32 PM From the mobile phone | Show all posts
untung la.. ni mesti parents yg tolong daftarkn time kecik2 dulu
Reply

Use magic Report

Post time 28-5-2024 11:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga mendapat haji yang mabrur. Amin.


Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 12:51 AM | Show all posts
moga dapat haji yg mabrur
seronok tgk org dpt pergi beribadah

1 pesanan, jadi sahabat maktab tu, tolong buat bakti sewajarnya bukan utk sarung vest saja ya terutamanya masa masyair
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Bestnya muda2 dah setel rukun islam. Lg best dari dpt beli rumah
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 07:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Mcm mana ek budak semuda dia dpt 3 kali tawaran berturut2 wpun asyik tolak je. Tak ke patutnya TH offer kat yg dh tua2 kali pertama?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2024 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Rezeki budak2 muda dapat tunaikan haji
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 07:54 AM | Show all posts
skrg ni rasenye makin ramai yg muda2 dapat peluang sebab antara syarat nak tunaikan haji kena sihat dan simpanan dh mencukupi
kalau duit ckup pn tapi fail tang kesihatan tu rasenye TH tak consider
meols rase la sebab sepupu pun muda lg dah selamat sampai dah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2024 07:59 AM | Show all posts
krustykrab replied at 29-5-2024 07:29 AM
Mcm mana ek budak semuda dia dpt 3 kali tawaran berturut2 wpun asyik tolak je. Tak ke patutnya TH of ...

rasanya ni jenis masa kecik2 parent da start bukak akaun tabung haji utk dorang...kawan2 meolss yg muda2 ramai dah pegi sbb da lama parents dorang bukak akaun & menabung...
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
A-Are replied at 29-5-2024 07:59 AM
rasanya ni jenis masa kecik2 parent da start bukak akaun tabung haji utk dorang...kawan2 meolss yg ...

Rasanya kena tukar la sistem pemilihan tu. Priority kat yg dah berumur & tk prnh pi lagi.
Ni kes budak ni, sampai 3 kali offer. Mcm tk masuk akal punya pemilihan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Senang betul terpilih sampai berkali². Mil iols 60an, duit berkepuk dlm th habuk pun tarak. Masih sihat, jogging petang² area taman perumahan.
Arwah ibu iols pulak dapat pegi haji sbb ikut pakcik iols yg terima tawaran, buat surat utk pergi dgn mahram 15thn lepas.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
baguslah muda2 pegi haji..masih sihat..masih larat nak berjalan sana sini tu cabarannya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 08:50 AM | Show all posts
krustykrab replied at 29-5-2024 08:22 AM
Rasanya kena tukar la sistem pemilihan tu. Priority kat yg dah berumur & tk prnh pi lagi.
Ni kes  ...

yer...i olls pon sedih jugak tgk MIL tiap2 tahun buat rayuan, tp xdapat jugak panggilan...umor da nak masuk 60s....
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 29-5-2024 08:22 AM
Rasanya kena tukar la sistem pemilihan tu. Priority kat yg dah berumur & tk prnh pi lagi.
Ni kes  ...


Bukan ke kalo tolak tawaran, nama akan masuk line semula dari bawah.. so giliran makin lambat.. ni macam berturut2 plak nama naik?
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawin september honeymoon hapanye..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 29-5-2024 07:29 AM
Mcm mana ek budak semuda dia dpt 3 kali tawaran berturut2 wpun asyik tolak je. Tak ke patutnya TH of ...


I pun terpikir benda yg sama..bleh plak tolak sesuka hati..mcm ada org dalam je .. yg dpt panggilan tahun 2022 tu katanya minta tangguh sbb nak kawen..tapi kawennya tahun 2023..yg panggilan pertama tu, ruginya x pegi..haji time covid tu, jemaah haji x ramai.. ntah lah yer, nak cakap lebih2 kang org kata jgn argue rezeki org dpt panggilan haji..tapi member i penah citer, ada je yg pakai kabel utk panggilan haji tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2024 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
mizzmimi replied at 29-5-2024 08:56 AM
Bukan ke kalo tolak tawaran, nama akan masuk line semula dari bawah.. so giliran makin lambat.. ni ...

Haaaa tu yg muskil tu. Dah la muda lagi, 3 kali berturut2 dpt panggilan wpun mudah2 je tolak. Sedangkan kalau ikut kata TH berpuluh riban lagi dok q tak dapat2. Tunggu punya tunggu sampailqh org tu kena 3 serangakai
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 29-5-2024 10:07 AM
I pun terpikir benda yg sama..bleh plak tolak sesuka hati..mcm ada org dalam je .. yg dpt panggi ...

Agakny kalau kita bg DAP yg buat sistem.pemilhan..dah ramai org berumur dah lepas. Sorang sekali je dpt pegi
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 29-5-2024 11:29 AM
Haaaa tu yg muskil tu. Dah la muda lagi, 3 kali berturut2 dpt panggilan wpun mudah2 je tolak. Seda ...

Kan.. Bukan nak dengki ke apa.. cuma pelik lah 2020, 2022, 2024 dapat offer.. kalo mak pak or sedara keje th adjustkan memang ko saja mengundang le. Tak fair tau orang lain lagi lama tunggu turn ko tolak dah bape kali pastu kecoh plak tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2024 11:43 AM | Show all posts
krustykrab replied at 29-5-2024 07:29 AM
Mcm mana ek budak semuda dia dpt 3 kali tawaran berturut2 wpun asyik tolak je. Tak ke patutnya TH of ...

famili dia register masa lahir tu kottt.....
bertuah sangat kan... sampai dapat offer 3 kali tu wooo...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.081811 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list