View: 16387|Reply: 35
|
[Tempatan]
Potong gaji bila cuti sakit dan pergi tandas,Restoran Ramen ambil tindakan pembetulan polisi potong gaji pekerja
[Copy link]
|
|
Rangkaian restoran menjual ramen, Kanbe Group berkata pihaknya telah mengambil tindakan pembetulan berikutan kontroversi yang timbul terhadap polisi pemotongan gaji yang dikenakan ke atas sebarang pelanggaran oleh kakitangan mereka.
"Kami ingin memberi jaminan bahawa kami telah mengambil tindakan untuk menangani kebimbangan ini.
"Bergerak ke hadapan, kami kekal komited untuk menyediakan gaji yang kompetitif dan mengekalkan kepercayaan yang anda letakkan kepada kami," katanya melalui kenyataan di Facebook, hari ini.
Bagaimanapun, tiada perincian diberikan berhubung langkah-langkah yang diambil.
Rangkaian restoran itu mengkhususkan masakan sup daging babi Jepun dan mempunyai dua cawangan di Kuala Lumpur iaitu di 163 Kiara Kiara dan Tun Razak Exchange.
Ia menjadi kontroversi selepas senarai penalti pemotongan gaji bagi pelbagai pelanggaran disebarkan dalam talian. Denda penalti yang dikenakan itu termasuklah pemotongan gaji untuk perkara seperti mengambil cuti sakit atau cuti tanpa gaji, merokok dalam waktu kerja dan mendapat ulasan negatif satu bintang di platform dalam talian.
Penalti yang dikenakan itu boleh menjangkau sehingga RM500 dan boleh dikenakan terhadap kesalahan individu atau keseluruhan kakitangan termasuk yang bercuti pada hari tersebut.
Netizen telah mengutuk hukuman tersebut sebagai melampau atau berlebihan dan menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan.
Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dilaporkan berkata pemotongan gaji selain daripada yang dibenarkan secara khusus di bawah Bahagian IV Akta Pekerjaan 1955 adalah haram, dan isu disiplin kakitangan haruslah diatasi melalui langkah-langkah seperti siasatan dalaman.
Dia turut menggesa kakitangan yang terkesan boleh tampil membuat aduan kepada Jabatan Buruh supaya tindakan lanjut boleh diambil, kata Sim seperti dilapor New Straits Times pada 20 Feb lalu.
Kesalahan di bawah Akta Pekerjaan boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 jika disabit kesalahan.
Dalam kenyataannya hari ini, bagaimanapun, Kanbe menjelaskan pemotongan tersebut merupakan sebahagian daripada pakej pampasan yang merangkumi gaji di atas kadar pasaran dan insentif awal.
"Perbincangan tertumpu kepada pemotongan dalam insentif ini.
"Hasrat kami adalah dengan sistem ini ia akan mewujudkan persekitaran yang adil dan saksama di mana kakitangan kami diberi ganjaran sewajarnya atas usaha mereka. Semua kakitangan baru telah diberi penerangan penuh mengenai sistem ini semasa proses pengambilan kerja," katanya.
m.malaysiakini.com/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by LadyCarefree at 23-2-2024 11:33 PM
Malaysians do not deserve good things.
Restoran ni bayar gaji RM5k, 6k kat waiter2nya. Dia macam bagi pre-approved bonus2. Kalau kau buat salah yang mana dah diberitahu apa2 kesalahannya, gaji (bonus) ditolak.
Better tak payah buat sistem reward gini kat msians yg bodoh2 kerja waiter ni semua. Bayar je gaji 1.5k ikut law. Bayar OT jika perlu.
Tak payahlah nak reward diorang siap2 agar diorang motivated nak kerja keras dan komited. Diorang takkan faham dan tak hargai. Diorang hanya nampak part potong 'gaji'. |
|
|
|
|
|
|
|
Wah2 kompeni kuku besi ke apa ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Wow, minum masa working hours tu lama kene tahan haus. Kurang2 tahan 4 jam baru leh minum |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 24-2-2024 12:31 AM
Malaysians do not deserve good things.
Restoran ni bayar gaji RM5k, 6k kat waiter2nya. Dia macam ba ...
Wow tinggi nye gaji waiter. Patut le penalty nye pun tinggi sampai rm500. Tapi kalau 10x penalty rm500 tinggal berapa je. |
|
|
|
|
|
|
|
kitaserupaaa replied at 25-2-2024 10:41 AM
Wow tinggi nye gaji waiter. Patut le penalty nye pun tinggi sampai rm500. Tapi kalau 10x penalty r ...
Dah kenapa asyik nak buat benda salah? Kalau gitu adan uke lah kan? Org dah bg peluang bagus ganjaran tinggi, taknak berdisiplin. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by LadyCarefree at 25-2-2024 12:12 PM
Mary_jane replied at 25-2-2024 09:22 AM
Wah2 kompeni kuku besi ke apa ni?
Nope. Company ni innovative cara reward employees. Generous in a win-win kind of way bukan saja utk majikan-pekerja tapi benefit kepada customers juga. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo 'dah difahami dan dipersetujui' kedua belah pihak masa tandatangan 'kontrak'....sepatutnya xde isu..melainkan..'xde bgtau pon'.(sebelum tandatangan) |
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 25-2-2024 09:31 AM
Wow, minum masa working hours tu lama kene tahan haus. Kurang2 tahan 4 jam baru leh minum
Ada cara dan peraturan.
Sebagai customer walau bukan di restoran, I am very annoyed kalau pekerja makan masa duty apatah lagi kalau sambil mengunyah nak attend to customers. |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 25-2-2024 12:12 PM
kalo 'dah difahami dan dipersetujui' kedua belah pihak masa tandatangan 'kontrak'....sepatutnya xde ...
Alaaaa biasalah pekerja bbnu nowadays bukan prihatin. Dahtu komplen. |
|
|
|
|
|
|
|
Maap la ye budaya kerja Jepun ni sbnrnye sgt toksik. Sedangkan org jepun sendiri pun takde work life balance sampai tak teringin nak berkeluarga. Korg ingat jepun tu rajin sgt ke pun bekerja, diorg tu sbb dah dicondition jadi robot je sbnrnye. Pastu nak bawak budaya mcm ni ke Malaysia plak. Perlu ke dibanggakan mati di tempat kerja mcm org Jepun tu. Gaji rm5-6k konon, tapi takde work life balance. Tgh sheet tu pun MC pun nak kene tolak gaji, pdhal kt malaysia ni nak MC kene ada slip doctor. Kalau kene covid kuarantin nak kene potong smpi rm700 ke? Mohon melingkup la bos mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
List ni nampak macam tulisan Jepun dan ada broken English. Ni memang orang Jepun punya list adapted to Malaysian branches agaknya? |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 25-2-2024 01:12 PM
kalo 'dah difahami dan dipersetujui' kedua belah pihak masa tandatangan 'kontrak'....sepatutnya xde ...
Kalau benda yang langgar undang2 pekerjaan, masih tak boleh walaupun dah bersetuju dalam kontrak sekalipun sebab prinsip undang2 you cannot contract out of the law. Maksudnya tak boleh menghalalkan apa yang ditegah undang2. Misalnya masuk perjanjian kerja dengan majikan, tak mau carum KWSP, tetap boleh dakwa dan dihukum jika tak mencarum. |
|
|
|
|
|
|
|
So utk yang berdisplin nak keje boleh la dapat 5-6k. Yang main2 kne potong gaji. Ok la kan utk yg berdisiplin . Yang tak berdisiplin cari keje 1.5k pastu tayah potong gaji. |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 25-2-2024 04:08 PM
Maap la ye budaya kerja Jepun ni sbnrnye sgt toksik. Sedangkan org jepun sendiri pun takde work life ...
LOL. Nampak sangat betapa tidak bijaknya komen hang in relation to the issue at hand. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by LadyCarefree at 25-2-2024 06:27 PM
cmf_almondpecan replied at 25-2-2024 04:54 PM
Kalau benda yang langgar undang2 pekerjaan, masih tak boleh walaupun dah bersetuju dalam kontrak s ...
Benda boleh buat supaya tak langgar undang2. Gaji pun hanya kena ikut minimum saja. Allowances dan incentive serta bonus up to the company. Kalau dia potong incentive xde hal pun. Or tak bagi (non-contractual) bonus. |
|
|
|
|
|
|
|
Radzor replied at 25-2-2024 05:21 PM
So utk yang berdisplin nak keje boleh la dapat 5-6k. Yang main2 kne potong gaji. Ok la kan utk yg be ...
Kalau tengok pada list of offences, lagi senang nak dpt imbuhan banyak dari buat banyak kesalahan. |
|
|
|
|
|
|
|
LadyCarefree replied at 25-2-2024 01:11 PM
Nope. Company ni innovative cara reward employees. Generous in a win-win kind of way bukan saja ut ...
Mcm dejavu pulak..bukan ke ari tu staf gomen nak buat system mcm nih ..markah annual appraisal 100..pastu tolak kalau buat salah...so staff gone gi bfast berjam jam...tolak markah...aii suka |
|
|
|
|
|
|
|
wirazam replied at 25-2-2024 06:10 PM
Mcm dejavu pulak..bukan ke ari tu staf gomen nak buat system mcm nih ..markah annual appraisal 100 ...
Ooooo ada ya gomen nak buat? |
|
|
|
|
|
|
|
Klo nak terberak kena tahan dulu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|