CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 24739|Reply: 53

[Tempatan] RM1000 Harga tiket penerbangan Kota Kinabalu-Kuala Lumpur 'cekik darah' - Aliakbar

[Copy link]
Post time 19-2-2024 12:12 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KOTA KINABALU – Sudah tiba masanya kerajaan harus campur tangan dan bertindak lebih serius dalam mengawal harga tiket penerbangan di Sabah yang terlalu mahal serta membebankan rakyat.



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik Sabah, Dr Aliakbar Gulasan menyifatkan harga tiket penerbangan ketika ini seperti 'cekik darah' dan menzalimi serta menindas rakyat.

“Sebagai contoh tiket penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur telah mencecah lebih RM1,000 sehala pada satu-satu masa.

“Situasi seperti musim perayaan, cuti sekolah dan universiti tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menaikkan harga tiket. Pemegang taruh tidak seharusnya memikirkan keuntungan dan pulangan komersial semata-mata,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau yang juga Pesuruhjaya Pas Sabah menggesa syarikat penerbangan supaya tidak mengambil kesempatan pada musim perayaan dan cuti sekolah.

“Kerana pada waktu inilah rakyat pulang untuk menziarahi keluarga dan kunjung-mengunjung mengeratkan silaturahim.

“Jangan disebabkan tiket mahal, ramai pelajar tidak dapat pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dan kebajikan rakyat mesti menjadi keutamaan dalam menentukan harga tiket penerbangan,” tegasnya.

Beliau juga berharap syarikat penerbangan perlu bertimbang rasa dan tidak mengambil kesempatan atas sebab yang tidak munasabah.

“Kerajaan juga sewajarnya bertindak menangani isu yang membelenggu sekali gus memikirkan kebajikan rakyat, sesuai dengan slogan dan prinsip Malaysia Madani iaitu kesejahteraan dan ihsan.

“Harga tiket hendaklah dikawal dan dipantau sepanjang tahun kerana banyak pihak yang perlu menggunakan penerbangan sebagai kaedah penting seperti urusan pekerjaan dan pendidikan.

“Harga mampu milik akan memudahkan banyak urusan kerja, menggembirakan rakyat serta menggalakkan pelancongan dalam negeri,” katanya.

Sehubungan itu, Aliakbar berkata, kerajaan dan pemegang taruh mesti bersama-sama menyelesaikan isu harga tiket penerbangan antara Sabah dan Semenanjung.

“Usah mendiskriminasi serta mengambil kesempatan lebih-lebih lagi dalam krisis dan kegawatan ekonomi pada masa ini,” tegasnya.

Isu tiket penerbangan yang mahal sebelum itu telah disuarakan menerusi laman sosial Facebook miliknya beberapa hari lalu dengan berkongsikan tangkap layar harga tiket yang melebihi RM1,000 bagi perjalanan Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2024 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Go Stacy go! Go baby go!
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 19-2-2024 12:13 AM
Go Stacy go! Go baby go!

Paki hasil projek ic?

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 12:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Pergi jakarta bru rm200 one way

Oh Malaysiaku
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 05:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Tiket CNY or sempena school holidays ka? Memang la harga gitu. Yang murah2 awal lagik dah kena rembat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 05:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Isu dah lebih 20 tahun iya. ZAMAN MAS KONGKER SORANG2 DULU JAUH LAGIK TERUK IYAAAAAAA
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2024 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
ANTHONY LOKE to the rescue....

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 04:38 PM | Show all posts
tambah rm2.5K leh pegi balik londong naik mas kalau book last year nokssss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2024 05:07 PM | Show all posts
orang mana aliakbar gulasan ni..
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian org sabah, diorg bukan semua nya kaya2, 1000 tu byk tau. G Indon pon lagi murah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 05:16 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 19-2-2024 12:21 AM
Paki hasil projek ic?

Paki/Bajau.

Ayah paki, mak bajau.



Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by LadyCarefree at 19-2-2024 04:38 PM

Dah duit ringgit jatuh. Nak pi Sabah Sarawak kena lalu airspace yg Singapore manage. Memang overflight fees jadi mahallah.






edited sbb jumpa dah article mudah difahami kalau chuols nak tahu
https://thevocket.com/kenapa-har ... ng-perlu-anda-tahu/

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 06:07 PM | Show all posts
muka dia mcm pakistan

sabah mmg rmai pakistan kn..dr 90an ke awl lg
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 19-2-2024 05:18 PM
Dah duit ringgit jatuh. Nak pi Sabah Sarawak kena lalu airspace yg Singapore manage. Memang overflig ...

bkn aritu ada x-pilot jelaskan xde kaitan pon..depa dh bincang benda ni dlu..katanya ler...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 19-2-2024 06:13 PM
dua_chzy replied at 19-2-2024 05:24 AM
Tiket CNY or sempena school holidays ka? Memang la harga gitu. Yang murah2 awal lagik dah kena remba ...


kalo depa 1 kapai(Airasia pi borneo la...)yg beli mahai duk(seat) mana..yg beli murah duk mana pulok???
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 06:11 PM | Show all posts
yes, memang sebab faktor FIR dan laluan intenesenel antaranya, sebab tu harga mahal. Lainlah kalau guna laluan domestik, sure boleh dapat harga rm89 gitu agaknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2024 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 19-2-2024 12:31 AM
Pergi jakarta bru rm200 one way

Oh Malaysiaku

Udah seluruh Msia..TERmasuk Sabah,Swak...tu yg mahai...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
hyie replied at 19-2-2024 06:11 PM
yes, memang sebab faktor FIR dan laluan intenesenel antaranya, sebab tu harga mahal. Lainlah kalau g ...

Awat pi LONDON lg murah...ikut 'jalan tikus' ka???
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Orix replied at 19-2-2024 12:31 AM
Pergi jakarta bru rm200 one way

Oh Malaysiaku

mas kapainya ikut 'jalan tikus'...pak.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2024 06:30 PM | Show all posts
Skuau replied at 19-2-2024 06:16 PM
Awat pi LONDON lg murah...ikut 'jalan tikus' ka???

bila lagi kapitalis nak buat duit dikkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 08:39 PM GMT+8 , Processed in 0.456380 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list