CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12192|Reply: 68

[Tempatan] Update.Haram kenakan caj tukar kredit eMadani kerana RIBA.Kerajaan Sekat akaun hak penerima jika pindah kredit RM100 eMadani.Anda dah tebus?

[Copy link]
Post time 4-12-2023 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 8-12-2023 05:02 PM

SHAH ALAM – Mengenakan caj perkhidmatan bagi pertukaran eMadani kepada bentuk tunai atau pemindahan ke bank simpanan termasuk dalam perbuatan riba yang diharamkan syarak.

Pejabat Mufti Wilayah Kuala Lumpur dalam satu hantaran di laman sosial, Facebook berkata, hasil caj dikenakan daripada pertukaran itu merupakan wang tidak patuh syariah yang haram untuk digunakan.

Menurut kenyataan itu, perbuatan mengeluarkan bantuan itu secara tunai dikira menyalahi terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

IKLAN
“Keredaan si pemberi adalah berdasarkan syarat yang ditentukan. Sekiranya syarat tersebut dilanggar, maka hilang reda atas pemberian tersebut dan mengakibatkan pemberian itu tidak sah mahupun terbatal kerana berlaku tanpa keredaan.

“Perbuatan ini juga dianggap melanggar undang-undang yang mana perkara tersebut ditegah syarak tidak kira transaksi itu melibatkan riba atau tidak,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Sebelum ini, ramai pengguna media sosial mengambil kesempatan terhadap insentif diberikan kerajaan dengan mengenakan caj kepada mereka yang mahu mengeluarkan bantuan itu secara tunai.

Mengulas lanjut, Pejabat Mufti Wilayah Kuala Lumpur memaklumkan bahawa, isu penebusan kredit eMadani terkait dengan elemen riba yang sudah jelas diharamkan oleh syarak.

Melihat kepada situasi dalam pengeluaran tunai bantuan berkenaan, institusi agama tersebut memberitahu terdapat beberapa jenis riba yang telah dikenal pasti berlaku.

“Pertama, ‘riba al-Fadhl’ iaitu riba disebabkan berlaku jual beli yang tidak sama kuantiti sedangkan kedua-duanya daripada jenis item sama.

“Seterusnya, ‘riba al-Nasi’ah’ yang berlaku disebabkan terdapat syarat penangguhan dalam penyerahan item ribawi ataupun duit pembayaran secara sengaja kemudian dikenakan caj tambahan,” jelasnya.

Pada masa sama, Pejabat Mufti Wilayah Kuala Lumpur menegaskan, orang ramai wajib untuk mematuhi segala arahan daripada kerajaan selagi ia tidak bertentangan dengan syarak.

Katanya, pihak kerajaan telah melarang sebarang kegiatan penebusan duit eMadani daripada aplikasi e-dompet untuk membantu perniagaan runcit dan mengelakkan penyalahgunaan wang bantuan serta penipuan.

PUTRAJAYA – Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMadani.


Kementerian Kewangan menerusi kenyataan memaklumkan, langkah itu diambil jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Ujar kementerian tersebut, program eMadani diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

IKLAN
“MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” kata kementerian itu pada Isnin.

Menurut kementerian itu, kredit eMadani tidak boleh digunakan antaranya bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

“Ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit dan perniagaan di seluruh negara,” katanya.

Justeru, orang ramai dinasihati untuk sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penebusan tunai atau pemindahan ‘peer-to-peer’ kredit eMadani oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMadani daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit mereka.

“MOF tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada perbuatan tersebut,” katanya.

eMadani iaitu tawaran kredit tunai RM100 secara sekali bayar akan dibuka mulai hari ini hingga 20 Februari depan.

Ia akan memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak melibatkan peruntukan RM1 bilion

SumberSinaHarian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 07:25 AM | Show all posts
Touch&Go...beres
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 5-12-2023 08:09 AM

Aritu ada ustaz kan ckp haram kalau tukarkan tunai wang tu sama mcm masa e wallet belia rahmah ke apa tah yg rm200 tu
Btw iols tak cuba claim pun lagi, tah layak ke idok pun tak taulaa
Shopee punya vc yg katanya hingga 600 tu bukan menarik sgt pun.
Lain la kalau claim dapat 10k coins ke ok la juga
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 08:32 AM | Show all posts
masuk angin keluar asap
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:12 AM | Show all posts
aku dah dapat pon rm100 tu guna TnG.. tapi takleh transfer ke acc lain eh? So klau aku nk transfer ke anak.. camne? kena make sure balance lebih dr RM100 la kot..  ke acaner?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 09:13 AM | Show all posts
Semalam dpt qr 1 kedai je, lepas tu pegi MR Diy tak lepas unsuccessfull we have communiation error

Jenuh la nak habis kan RM 100 dah semua tak lepas
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-12-2023 10:01 AM | Show all posts
jadi boleh beli apa je rm100 ni?
aku ingat bley la bayar tol tp x bley kan
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 10:19 AM | Show all posts
alahai lupa plak nk claim. kalu dapat ni aku belasah beli tea live lah, watson
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Banyak je benda boleh beli guna ewallet ni tapi kalau dah sejenis tak reti bersyukur tu, no komen la... you do you kaedahnya
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
talapia replied at 5-12-2023 09:12 AM
aku dah dapat pon rm100 tu guna TnG.. tapi takleh transfer ke acc lain eh? So klau aku nk transfer k ...

Benda tu cuma utk qr code fizikal je.bukan utk online,pindahkan antara apps lain pun tak boleh.pukul berapa ko claim laju dapat ye.aku baca  yg byk problem apply ni mae.ada yg duit dah masuk tapi tak bole buat payment
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
dewi_rina replied at 5-12-2023 09:13 AM
Semalam dpt qr 1 kedai je, lepas tu pegi MR Diy tak lepas unsuccessfull we have communiation error

...

Lama lagi ko nak habiskan menda alah ni.byk je kedai ko boleh claim.mungkin smlm first day sistem kelam kabut dan ramai guna .bersyukurlah.aku belum try lagi dan belum tentu dapat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah claim tapi tak dapat lah.. annual income tu income sekeluarga eh.. kaka takde income sendiri pun .. sebelum ni yang 30 ringgek tu kaka dapat
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 12:18 PM | Show all posts
masuk asap keluar angin
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Sekat je. Padan muka geng2 cakap pandai kat fb. Menyampah aku sekor2 komen mcm pandai sgt konon org lain semua lemah xtau cara nak cash kan.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 12:30 PM | Show all posts
aku claim kat tng.. rupanya tak boleh guna utk toll.. sbb tng aku byk guna utk toll. kalau tahu aku claim kat setel, so boleh guna utk minyak sepenuhnya.

so petang ni nak pi tgk brg2 kat watson & tealive.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 12:35 PM | Show all posts
unsuccessful...hampehhhhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2023 12:45 PM | Show all posts
alesandra replied at 5-12-2023 10:44 AM
Benda tu cuma utk qr code fizikal je.bukan utk online,pindahkan antara apps lain pun tak boleh.puk ...

aku claim pagi semalam..  sejenis gigih. haha..
okla jugak dia buat camtu.. takdela orang sesuka beli benda bukan2.. mentang2 duit free kan..
so okla.. aku bole guna utk makan kat mamak. Eh jimat dah 100. Alhamdulillah. Tapi lom cuba lagi buat payment.
Jangan sangkut depan kaunter mamak sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak akan aku tebus emadani ni..
Beri pun tak ikhlas..
Sekadar mau data jer ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Br submit form smlm kat tng ewallet. Ktnya ambik Ms 5 Ari processing.

Btw nak abeskan x susah pun. Beli Starbucks 5 cup abes lah dia.
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2023 12:48 PM | Show all posts
guna mae payah. last2 pakai tng cepat je masuk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.251328 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list