CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16604|Reply: 86

Tak Ada Faedah Apa-Apa Pun, Ramai Tak Senang Tengok Murid Sekolah Nyanyi Lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia

[Copy link]
Post time 1-12-2023 03:33 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Lagu ‘Cintaku Sampai Ke Ethiopia’ nyanyian Ria Resty Fauzi  dinyanyikan sekumpulan murid sebuah sekolah kebangsaan (SK) meraih perhatian ramai selepas dimuat naik di media sosial.


Bagaimanapun, persembahan tersebut menerima reaksi kurang sebang dengan rata-rata berpandangan ia tidak sesuai untuk murid sekolah susulan konteks yang terdapat dalam lagu itu.


Menerusi perkongsian Syahr Musafir di Facebook, dia berkata, anak-anak perlu dididik jauh daripada topik cinta meskipun ia bertujuan untuk hiburan.




Foto: Kosmo




“Lirik lagi Cintaku Sampai ke Ethiopia ini mengenai ‘boyfriend girlfriend’ (pasangan). Tak ada faedah apa-apa pun untuk murid sekolah.


“Saya dengar video ni, murid diajar nyanyi lirik asal langsung tak diubah. Walaupun melodi lagu (menarik), tetapi bukan tiket untuk halalkan lagu ini dinyanyikan apatah lagi oleh murid sekolah rendah,” katanya.


Menurutnya, terdapat banyak pilihan lagu lain lebih layak didendangkan yang mempunyai nilai lebih bermakna dan bersesuaian.


“Sekolah kena jadi institusi yang didik anak-anak. Kalau nak berhibur, kena berhibur cara yang betul. Tak boleh sekadar baik, tetapi kena betul,” ujarnya.


Terdahulu, tular satu klip video memaparkan sekumpulan murid sekolah SK membuat persembahan membawakan lagu ‘Cintaku Sampai Ke Ethiopia’ yang kini mencatat lebih 170,000 tontonan.


Persembahan itu yang turut diiringi dengan gerak tari dipercayai mirip persembahan koir pelatih jururawat Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah (KSKB) yang pernah tular sebelum ini.


Menjengah di ruangan komen video berkenaan, rata-rata berpendapat bahawa guru di sekolah perlu lebih cakna dengan memilih lagu yang mempunyai nilai-nilai murni.


“Cari lah lagu yang ada semangat patriotik sedikit. Ada banyak lagu komersil yang baik dan beri semangat atau boleh ubah lirik lagu,” kata Mirzan .


“Tak ada faedah untuk murid, seakan bimbing murid ke arah percintaan usia muda begini,” jelas Syawal. – CARI


Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2023 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa tak nyanyi lagu..'hoi hoi ya hoi...siapa sokong penyamun??? Lagu ini sangat PATRIOTIK sekali.Pelik la...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 03:48 PM | Show all posts
ni mesti cikgu yg bg idea ni suka tengok nurse nyanyi lagu ni ramai-ramai dalam tiktok
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak pernah suka budak2 menyanyi lagu2 cinta lelaki perempuan ni. Geli dengar
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang terikut2 tu kenapa? Biar la koir nurse je nyanyi lagu tu, kau cari la lagu lain. Nak jugak ikut trend..cikgu yg hadap viral kan
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 04:08 PM | Show all posts
Cikgu kaki benda2 viral, lemahhhh...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2023 04:11 PM | Show all posts
xde lagu lain ke yg blh bakar semangat bdk2

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
"Jangankan ke Kemboja.... la la la" what's wrong with Kemboja?

- Makcik Kemboja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2023 04:16 PM | Show all posts
aku x kisah kalau manusia yg nyanyi,
kalau saka yg nyanyi susah wow,kuat gila cengkaman hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 04:17 PM | Show all posts
betul...tak sesuai..bagi lah lagu2 rakyat ke, dikir barat ke...pekdah juga la bagi budak kenal budaya kita..ni lagu indon juga yang kau hadap..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 04:19 PM | Show all posts
baik nyanyi lagu2 islam...kejadah nak gie ethiopia
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang chuols serius sangat tu dah kenapa sissy2 sekalian alam? Bitter persis hari2 PMS gayyyytuh akak mencerca sis.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 04:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas nyanyi buka atlas cari ethiopia kat mana.


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 1-12-2023 04:19 PM
baik nyanyi lagu2 islam...kejadah nak gie ethiopia

Saudara sesama Islam ada kat Ethiopia. Sambil tu boleh belajar sejarah Islam. Eritrea (Habsyah) kat sebelah tu.




Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
pooh~key replied at 1-12-2023 04:23 PM
Yang chuols serius sangat tu dah kenapa sissy2 sekalian alam? Bitter persis hari2 PMS gayyyytuh akak ...

Kan sister?
Best je sengar dorang nyanyi.
Entah2 yg kecam tu lagi teruk layan lagu dangdut,hindustan yg lirik entah pape tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 04:33 PM | Show all posts
sharlenetexas replied at 1-12-2023 04:26 PM
Saudara sesama Islam ada kat Ethiopia. Sambil tu boleh belajar sejarah Islam. Eritrea (Habsyah) ka ...

but Ethiopia is a majority Christian country...banyak lagi negara2 Islam di Africa...knp tak buat Cintaku Sampai ke Sudan? Morocco? Algeria?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2023 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 1-12-2023 04:33 PM
but Ethiopia is a majority Christian country...banyak lagi negara2 Islam di Africa...knp tak buat  ...

Nak pergi Sudan pun boleh. Nice country.


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh.. tengah viral ke lagu ni.. patut laa nenek lampir pprt pakai lagu ni buat video tiktok.. semak tengok orang tua nak mampos esok lusa acah2 muda buat video tiktok
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 04:42 PM | Show all posts
patutla iols scroll IG ada je org buat lagu ni as a background. sbb iols tak layan tiktok. emm lagu ni popular masa iols kecik2 dulu. Tiktok ni tempat up lagu2 lama ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2023 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada satu lagu tu movie lakonan SRK. Mmg sedap lagu tu. Kalau faham lirik elakkan la dengar. Gila ke hapa punya adorekan isteri smpai samakan dgn tuhan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:24 PM GMT+8 , Processed in 0.289902 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list