CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5644|Reply: 44

Ina Naim Yang Lamar Suami, Jatuh Cinta Pada Suhaimi Saad Kerana Agama Bukan Harta

[Copy link]
Post time 20-11-2023 10:23 AM | Show all posts |Read mode
Selepas Suhaimi Saad meninggal dunia Rabu lalu, tular sebuah video Allahyarham yang berkongsi tentang kisah percintaannya dengan isteri, Ina Naim.


Menerusi rakaman video siaran langsung di TikTok tersebut, Suhaimi mendedahkan Ina yang terlebih dahulu jatuh hati di awal perkenalan mereka.


Foto: IG




“Ina terus terang beritahu dia suka kepada saya. Bukan saya melamar Ina, dia yang melamar saya dan kemudiannya saya pergi masuk meminang.


“Saya tanya kenapa suka saya? Dia kata sama macam Ina pilih tunang yang pertama dulu, bukan sebab harta tapi tengok kebaikan yang ada pada saya.


“Pandai solat, mengaji… Saya terus teringat kata Nabi SAW, beruntung seseorang itu jika dia dipilih kerana agama. Kalau dia mahu orang yang kaya, dia tak akan pilih saya,” kongsinya.







Pada masa sama, dia turut menyimpan perasaan sama terhadap Ina dan menyifatkannya sebagai wanita yang baik dan lemah lembut.


“Dia bukan wanita materialistik, tak pandang harta. Dia memang betul-betul ikhlas sebab saya ni tak ada apa-apa.


“Saya pun terus terang kepadanya saya memang suka Ina sebab dia seorang yang baik, lembut dimana ada ciri-ciri isteri yang taat.







“Jadi, saya katakan padanya kita kawan dulu dan kalau ada jodoh kita kahwin,” ujarnya.


Suhaimi dan Ina mula berkenalan sewaktu sama-sama bernaung dibawah syarikat rakaman yang sama dan saling bertukar nombor telefon.


Untuk rekod, Suhaimi dan Ina mendirikan rumah tangga pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Salman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadqah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.










Rabu lalu, Suhaimi meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam paru-paru di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.


Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 4 November lalu sebelum ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU). -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2023 10:32 AM | Show all posts
ok baik..berita diterima
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Ontah lee.. leh pakai ke tak pndg harta.  Aku pilih agama dan juga harta.. harta tak byk tak pe tp mesti ade secoet.. plg penting prangai..

Konclusion aku pilih agama.. prangai nak maju dan harta ade secoet pun ok ..

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Erm yelahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Dannnn bermula lahhhh kisah....mmg begini lah asal je ada yg mati mula lah dibuat kisah2 gini balik ...penat makkk
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 11:10 AM | Show all posts
amboi nama anak dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2023 11:17 AM | Show all posts
buat cerita ina uuuiii. tutuplah aib arwah suami tu sebulan ni. masuk disember nnt, silalah keluar dr kepompong.. xyahlah nak meratap hiba lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak lelaki no 2 tu aku tak tahu Kenapa aku tak berkenan betul tgk muka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2023 11:21 AM | Show all posts
uikss perlu ke citer ni di saat2 ni? dah basi kot siap berkepam lg
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Terpaling beragama
Kat FB ramai kagum sbb anak dia imamkan solat jenazah
Tak pnh tau ke kat luar ni ramai org2 lvl tinggi kat ofis.. anak2 diorg pun bagus boleh imamkan jenazah ahli keluarga sndr
Baru la seimbang dunia & akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 12:23 PM | Show all posts
yg ni mmg diakui, ina tu mmg kategori pompuan baik..masa clash ngn mawi dlu pon ramai mempergunakan dia..buat lagu lah, make over dia lah..bagus jgk la dia jumpe dgn arwah ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 01:01 PM From the mobile phone | Show all posts
TabletSusu replied at 20-11-2023 11:17 AM
buat cerita ina uuuiii. tutuplah aib arwah suami tu sebulan ni. masuk disember nnt, silalah keluar d ...

Ina memang duduk diam2 pun kat kampung tu. Yg viralkan ni netizen kat tiktok, siap pegi korek live lama2 diorang. Ambik kesempatan sungguh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
dkt TT punya la byk video org puji memuji betapa baiknya arwah...entah la aku nmpk je psl ni terus aku block org tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 02:35 PM | Show all posts
mula2 mawi bukak mulut...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 02:56 PM | Show all posts
ni follower dorg yg gali balik psl ni kan dari live dorg sebelum2 ni.. bukannya si ina yg gigih dok cerita dgn reporter pun.. banyak je je video2 dorg anak beranak peminat share lepas arwah meninggal..video2 klip lagu nasyid dorg anak beranak semua adalah..yg tak pernah tengok sebelum ni..

ina ni mmg jenis perempuan yg naif, lurus, jenis hati baik..masa artis realiti tu tinggalkan dia dulu kesian gak aku tengok.. arwah ni lah yg ganti kehilangan tu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 03:03 PM | Show all posts
udohhh le tuuu..bosan kome weyyy
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2023 03:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi aku pulak, takde harta sangat takpe, janji rajin kerja..
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 03:32 PM | Show all posts
takyah la kuarkan citer lama, doakan arwah dah la. btw, nama anak anak diaorang mmg eja complicated sampai belit lidah nak sebut eh
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm kan aje. Lainlah kalau betul2 dpt hibah jota2. Dalam mimpi ajelah. Takutnya org x jadi derma sbb ingat yina kaya.


Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2023 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bosan... Harta pun takde
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 02:44 AM GMT+8 , Processed in 0.046207 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list