Seorang pelakon dan pengacara popular dikhabarkan berani memarahi ibu mentuanya berhubung isu harta yang berjumlah ratusan ribu ringgit.
Kerana tidak berpuas hati, dia tanpa fikir sesaat mengeluarkan kata makian terhadap orang tuanya.
Menerusi laporan Utusan, sumber mengatakan dia ada berbincang dengan keluarga mentuanya berhubung dana yang bakal digunakan bagi membantu pemasaran produk keluarannya.
Namun perangai palatau (serba serbi tahu) si pelakon itu membuatkan diskusi itu jadi panas. Lantas, berlakulah perang mulut. Cuma si pelakon itu melebih-lebih sehingga mengeluarkan kata kesat.
Akhirnya, si mentua mengalah sahaja dan membiarkan menantu hantunya itu menggunakan dana tersebut untuk memasarkan produk yang sehingga kini, tidak nampak batang hidungnya dalam pasaran.
Dakwaan tersebut sukar dipercayai kerana selebriti itu memang baik dan penuh kesantunan. Pijak semut pun tak mati ya. Cakap lemah lembut, ayu sahaja bunyi.
Rupa-rupanya barannya boleh tahan juga dan tanpa segan silu, boleh sahaja maki sesiapa depan muka termasuk ahli keluarganya sendiri.
Sumber: Utusan
|