CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2953|Reply: 26

Anak Mahu Pakai Barangan Peribadi Ridzuan Hashim Semasa Hari Nikah- Didie Alias Risau, "Takut Dia Tak Mampu Kawal Emosi"

[Copy link]
Post time 15-5-2023 03:56 PM | Show all posts |Read mode
Didie Alias memberitahu lima orang anak mereka masih lagi bersedih terutamanya Muhammad Dhanial, 29, yang bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi selepas hampir dua minggu  Allahyarham Ridzuan Hashim meninggal dunia.


Meskipun Dhanial sedang sibuk menguruskan persiapan majlis pernikahannya yang akan diadakan di Tawau, Sabah pada 20 Mei ini, Didie, 52, berkata kesedihan masih jelas terpancar di wajah anak lelakinya itu.


Foto: IG




Dhanial turut menyuarakan hasrat ingin memakai barangan peribadi arwah seperti jam tangan dan samping pada hari pernikahan dan majlis persandingannya nanti.


"Sebagai seorang ibu saya boleh lihat sendiri dia (Dhanial) masih belum okey. Dia masih dalam tempoh terkejut dan bersedih.


"Untuk persiapan perkahwinan, Dhanial ada cakap tidak mahu terlalu berbelanja, malah dia mahu pakai barangan yang ada dalam almari arwah ayahnya untuk hari pernikahan dan persandingan.


"Selain itu dia juga mencari sepasang sut arwah dah mahu dikecilkan saiznya untuk dipakai jika ada majlis menyambut menantu di Kuala Lumpur nanti," katanya kepada mStar.




  



Didie memberitahu keluarga bakal menantunya juga telah mengambil keputusan membatalkan beberapa acara melibatkan adat seperti majlis berinai.


"Kalau ikutkan majlis di sana memang meriah tetapi keluarga bakal menantu telah batalkan beberapa acara lain. Hanya majlis nikah dan bersanding sahaja.


"Kami sekeluarga sentiasa memberi semangat buat Dhanial. Tapi sekarang ini yang paling saya risaukan adalah detik dia bernikah nanti. Takut dia tidak dapat kawal emosi," ujarnya.


  



Berkongsi sambutan ulang tahun kelahiran Dhanial yang diraikan pada Sabtu lalu, Didie tidak menyangka detik gembira itu bertukar air mata apabila anak lelakinya menerima hadiah berupa minyak wangi yang sama seperti arwah.


"Dia ada cakap nak perfume yang baunya sama macam ayah. Jadi adik-beradik hadiahkan minyak wangi yang sama.


"Tak sangka detik gembira itu bertukar sedih, kami semua terdiam apabila Dhanial menangis," kongsinya.


  



  



Untuk rekod, Didie dan Allahyarham Ridzuan pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 1991 namun rumah tangga mereka hanya bertahan sehingga 2002.


Selain Dhanial, mereka dikurniakan empat lagi cahaya mata perempuan iaitu Nur Dhaniyah, 30, Nur Dinie, 27, Nur Danie, 25 dan Nur Diana, 24 tahun. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2023 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa potong bawang niii
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Chef Wan..mak dia meninggal..mmg xde semangat nak sambut raya...
Ini dah lain.. buat utk konten ke? Tanya je ni jgn marah ye
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus family ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 15-5-2023 10:50 AM
Chef Wan..mak dia meninggal..mmg xde semangat nak sambut raya...
Ini dah lain.. buat utk konten ke?  ...

Chef1 tu lepas mak dia meninggal dia dah berjimba2 dgn geng2 Ahso T20 kat Cape town ,siap smbut CNY lagi.
Becmpur lelaki pompuan bukan mahram bergambar pun berpeluk2 dik.

Didi tu sambut birthday sesama anak beranak dia aje. takat makan2 anak beranak.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2023 09:36 PM | Show all posts
wirazam replied at 15-5-2023 06:50 PM
Chef Wan..mak dia meninggal..mmg xde semangat nak sambut raya...
Ini dah lain.. buat utk konten ke?  ...

Ini raya last Arwah dgn family sebelum meninggal .
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2023 03:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh lah ank lelaki tunggal
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 07:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Belah sabah mmg meriah kan kenduri, karoke berhari2 katanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2023 07:44 AM From the mobile phone | Show all posts
zmn dah berubah
dah x mcm dulu2 kenduri tahlil jer seminggu
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 07:58 AM | Show all posts
potong bawang la pagi2 ni
moga kuat semangat anak laki dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 08:01 AM | Show all posts
iolls xtau k didie ni penah nikah arwah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 08:13 AM | Show all posts
kalau pergi mendadak dan tiba2 gini memang terasa weh
tambah2 kalau parents kita or atok nenek ke sedara ke
macam baru jumpa tetiba dah tau takde dah
or lagi 2 3 hari nak jumpa tetiba dapat khabar takde dah
memang fasa terkejut sangat
sampai ada rasa arwah tu masih ada lagi. cuma tak jumpa je.
gitu la perasaan iols kat nenek iols.
rasa macam ada lagi tapi tak jumpa.
padahal kekadang nenek iols masuk mimpi iols baru aiols teringat dia dah arwah.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 08:41 AM | Show all posts
ala bnci la tgk cmni sedihhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 08:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak pernah nangis klu ada artis yg meninggal, tpi tiap kali vid arwah ni lalu di ig atau tt mmang aku nangis. Aku nangis bgi pihak anak² arwah ni. Nmpk depa sayang sangat dgn arwah. Ank yg bungsu tu selalu post whatsapp² dgn arwah. Sedih weyy. Buat aku teringat ayah sendiri. Ayah aku masih hidup tapi nk jalan jauh tak bolh dah. Kaki tak kuat. Sama cam arwah RH, akhir² ayat tak bolh dah jln jauh². Ada masalah kaki. Ruginya pasangan² yg bercerai, klu pisahkan ayah/ibu  dgn anak². Kasih sayang bukan boleh dijual beli. Klu sayang anak² biarkn mereka bina hubungan dgn bekas masing², lainlah klu bekas suami atau isteri sendiri yg tidak mahu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
pujanggacinta replied at 16-5-2023 07:44 AM
zmn dah berubah
dah x mcm dulu2 kenduri tahlil jer seminggu

Depa ada je buat kenduri tahlil tu kat masjid. Belah depa buat 3 hari, pastu belah keluarga arwah tu plak sambung hari² seterusnya.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 11:08 AM | Show all posts
lawa2 & hensem2 anak2 Ridzuan & Didie.... dorang pun family bonding nampak sngt kuat... anak2 yg  baik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2023 11:16 AM | Show all posts
pujanggacinta replied at 15-5-2023 11:44 PM
zmn dah berubah
dah x mcm dulu2 kenduri tahlil jer seminggu

Zaman skang tahlil 3 hari buat kat masjid je. Skang dah ramai diajar utk tidak terlalu meratap pemergian orang yg tersayang. Yg hidup kena terus hidup.

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
pujanggacinta replied at 16-5-2023 07:44 AM
zmn dah berubah
dah x mcm dulu2 kenduri tahlil jer seminggu

Tahlil tu diaorg dah buat dah aritu. Maybe dah tempah awal utk besday ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Arwah anak Dd dgn arwah RH ni pun meninggal bulan 5.
Arwah ni meninggal 4/5 arwah anaknya meninggal 5/5

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2023 12:52 PM | Show all posts
asfaz replied at 16-5-2023 12:46 PM
Arwah anak Dd dgn arwah RH ni pun meninggal bulan 5.
Arwah ni meninggal 4/5 arwah anaknya meninggal ...

umur berapa masa anak dia meninggal tu
rsnya lelaki kan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.052721 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list