CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 859|Reply: 0

[Lain-Lain] Belum puas berkarya

[Copy link]
Post time 14-4-2023 10:12 AM | Show all posts |Read mode
Belum puas berkarya


ANTARA babak dalam Durjana Pujaan.

MENJADI pengarah telefilem yang dilakonkan pengarah dan pelakon hebat seperti Sabri Yunus adalah cabaran buat Wan Afzam Wan Daud, 47, ketika mengarah telefilem berjudul Durjana Pujaan.

Wan Afzam berkata, membina watak kepada pelakon yang handal adalah satu cabaran buatnya kerana bimbang watak diberikan tidak bersesuaian.

"Sebelum penggambaran saya fikir bagaimana untuk berganding dengan orang yang lebih hebat daripada saya yang hanya pengarah biasa jika hendak dibezakan dengan Sabri.

Selain Sabri, telefilem terbitan Unit Drama TV RTM itu turut menampilkan lakonan Zahiril Adzim, Azhan Rani, Hanna Aqeela, Kazar, Amerul Affendi, Balkisyh Semundur Khan, Ammar Titan dan pelakon kanak-kanak, Haziq Bukit Selambau.

Telefilem yang akan ditayangkan pada 22 April ini jam 9 malam itu menjalani penggambaran di beberapa lokasi sekitar Pulau Pinang selama 12 hari bermula 20 Februari hingga 3 Mac lalu.

Wan Afzam berkata, pemilihan pelakon-pelakon yang kebanyakannya bernama besar adalah berdasarkan pembentangan idea bersama pasukan terbabit di RTM.

"Sebanyak 95 peratus hasil cadangan dipersetujui pihak pengurusan dan rezeki saya jadual pelakon tepat dengan tarikh diberikan,

"Mereka adalah pelakon hebat yang sudah lama menempah nama. Saya bersyukur dan yakin dapat mengeluarkan karya terbaik," katanya.

Wan Afzam berkata, istimewanya telefilem ini kerana ia dihasil berdasarkan isu kehidupan yang sering berlaku sekarang.


WAN AFZAM mahu hasilkan lebih banyak karya terbaik.

Durjana Pujaan mengisahkan dua beradik, Kadir lakonan Zahiril dan Tahir (Sabri Yunus) yang berusaha memperbaiki hubungan kehidupan di bandar yang tiada warna dan menyesakkan.

Ditanya mengenai kepuasan menghasilkan karya, Wan Afzam berkata, dia masih belum puas menghasilkan karyanya dalam bidang diminati ini.

"Apabila pengurusan minta hasilkan sesuatu, saya akan mencari hala tuju penceritaan secepat yang saya boleh. Kalau boleh saya nak mengangkat sisi-sisi kecil kisah kehidupan untuk dikeluarkan, saya tak berani ambil sisi-sisi besar.

"Apa yang saya maksudnya adalah seperti isu perebutan harta selepas kematian ibu bapa yang memberi inspirasi kepada saya untuk menghasilkan cerita," katanya.



Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/2023/04/956721/belum-puas-berkarya


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 44226 Replies : 610
"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Tong Sampah Amerika ~ Hah Tepokk!
borne"Fantastic!" - Pelabuhan Kelang Jadi Ton
Views : 260 Replies : 1
PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHAN HUBUNGAN PERIBADI DAN TUNTUTAN WANG PERTUNANGAN
Skyline_84PEMBUNUHAN KEJAM, DISEBABKAN PERSELISIHA
Views : 3941 Replies : 7
Memang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk macamni ke?
akido_kidoMemang servis HOSPITAL PUTRAJAYA teruk m
Views : 21233 Replies : 11
BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
ultra78BERSATU pecat Hamzah Zainuddin
Views : 15212 Replies : 7
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 366912 Replies : 3564
Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit tahunan
admin6Azam tahun baru 2026 dan bonus kredit ta
Views : 39294 Replies : 88
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 58322 Replies : 1101
Siapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong Ni Boleh Masuk Sini
beggSiapa Sakit Mata Tengok Pondok2 Kosong N
Views : 35868 Replies : 27
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 77209 Replies : 512

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-2-2026 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.048206 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list