View: 4426|Reply: 25
|
Kecoh Budak 12 Tahun Lari Dari Asrama, Tengah-Tengah Malam Jalan Seorang Diri Di Tepi Lebuh Raya
[Copy link]
|
|
Seorang penunggang motosikal yang menemui seorang budak lelaki berusia 12 tahun, dipercayai 'lari' dari sebuah asrama.
Menerusi video yang tular, pemuda itu mendakwa dia menemui kanak-kanak berkenaan berjalan seorang diri di tepi lebuh raya dekat Gombak, Selangor.
"Bahayanya ya Allah, lari asrama pukul 10 malam jalan kaki kat lebuhraya Sri Gombak. Budak umur 12 tahun.
"Harap lepas ni cikgu lebih berjaga-jaga, takut jadi lagi kes macam ni," tulisnya menerusi satu perkongsian video.
Foto: mStar
Mendekati kanak-kanak itu yang berwajah masam, dia memaklumkan bahawa budak terbabit mendakwa dirinya tidak suka tinggal di asrama.
Ditanya sama ada dia dibuli di asrama sehingga dia bertindak melarikan diri, kanak-kanak itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang respons.
Namun kanak-kanak berkenaan menjawab ketika ditanya mengenai lokasi rumahnya.
"Rawang ni jauh kalau nak jalan kaki. Kalau kena langgar tadi macam mana? Nasib baik abang jumpa," menurut pemuda berkenaan.
Foto: mStar
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok sejak Ahad malam, pemuda berkenaan membuat keputusan untuk membawa kanak-kanak berkenaan ke balai polis untuk tindakan lanjut.
"Akhir sekali aku bawa pergi balai sebab aku tak tahu rumah (kanak-kanak) tu kat mana. Kita takut lain jadi, bawa pergi balai," ujarnya lagi menerusi video yang menunjukkan budak itu dibawa ke Balai Polis Prima Sri Gombak di Batu Caves, Selangor.
Adik saya itu tidak kena buli. Dia baru balik dari cuti puasa, seminggu di rumah.
ABANG
Video yang tular itu bagaimanapun telah dipadamkan pada pagi Isnin, dipercayai atas permintaan ahli keluarga kanak-kanak tersebut.
Menerusi video yang baru dimuat naik pemuda tersebut, dia menegaskan bahawa kanak-kanak itu tidak dibuli atau dikenakan sebarang tindakan di asrama yang menyebabkannya melarikan diri.
Perbualan antara pemuda tersebut dengan individu yang dipercayai abang kepada kanak-kanak itu.
Dalam video sama, dia turut berkongsi tangkap layar mesej yang dipercayai daripada abang kepada kanak-kanak itu.
"Adik saya itu tidak kena buli. Dia baru balik dari cuti puasa, seminggu di rumah.
"Jadi, bila tiba-tiba dia balik asrama, dia jadi lain," menurut mesej itu bagi menjelaskan salah faham susulan video yang tular.
Abang kanak-kanak itu turut memaklumkan adiknya dalam keadaan baik.
"Untuk (nak kata) buli ke apa, memang tiada. Terima kasih juga selamatkan adik saya," katanya lagi.
Sementara itu, jurucakap Balai Polis Prima Sri Gombak ketika dihubungi mStar pada pagi Isnin mengesahkan kanak-kanak lelaki itu telah dibawa ke balai polis berkenaan, pada Ahad malam.
Menurut jurucakap itu lagi, kanak-kanak berkenaan dalam keadaan baik dan telah kembali ke pangkuan keluarganya dengan selamat. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
asrama tahfiz ke apa? kekadang mak pak ni ikut rasa dia je nak hantar anak masuk asrama sana sini..kekonon nak suruh anak tarik masuk syurga...hujung2 anak memberontak lah, kena buli lah, kena kongkek lah.... mak pak sedap duk umah buat anak lain lagi... yihh! |
|
|
|
|
|
|
|
bagi laaaa anak tu duduk rumahhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur la dia bwk pegi balai polis
Betul dh tindakan
Psl sekolah asrama
Tak hantar anak masuk asrama org tya plk
Kenapa tak hantar je masuk asrama
Elok begitu begini
Pdhal ada bdk mmg tak nak duduk asrama
Anak2 kwn aku ada sorang
Tak nak masuk asrama wlu pun cemerlang
Keluar asrama balik sekolah biasa
Jadi top student kat sekolah |
|
|
|
|
|
|
|
yg ada kt gombak tepi highway ni smk sg pusu je la…lps tol karak pun nampak asrama kiri tu.
Kdg bdk mmg xsuka dok asrama jgn la paksa, dok rumah pun kalau rajin bijak menjadi je |
|
|
|
|
|
|
|
kalao anak taknak duk situ jgn la paksa, hantar masuk sekolah harian biasa tak boleh ke |
|
|
|
|
|
|
|
Harap betullah tiada apa-apa berlaku. Asrama pun sekarang ini bukan boleh percaya sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
tahfiz ni byk pantang larang nk mkn apa supaya terang hati nak menghafaz..
adik ni belum sedia lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
namr: kalao anak taknak duk situ jgn ...
Setuju.... |
|
|
|
|
|
|
|
kecik2 dah hantar asrama, dah besar nanti anak2 tak selesa dgn adik beradik mak bapak jgn komplen pulak ye. ramai kat kl ni yg tak balik kampung langsung psl adik beradik jenis tukar nama geran tanah awal2 masa org tua dah tak berapa ingat tak brp sihat. |
|
|
|
|
|
|
|
walaupun x dibuli dgn teruk, i syak something happened kat asrama tu. sbb sgt terdesak dah budak tu sampai lari ke highway malam2. bukan budak kecik tp dah 12 tahun. like my nephew, dia yg beria nk duk asrama. sampai kat sana, ada yg duk perli2 ja bukan pukul atau apa. terus x nak duk situ sbb hari2 kena perli. so bila tanya mmg dia ckp x dibuli. bg budak lelaki verbal abuse is not bullying. so menda2 mcm ni biasa jd kat asrama ye. harap family budak ni jgn senang2 nk conclude takde kejadian buli yg berlaku. kene siasat habih2. |
|
|
|
|
|
|
|
Kecik sgt nk dok asramaaa
Idokla klu ank aku
Kat rumah pon kita boleh ajar berdikari..
Buat jadual... |
|
|
|
|
|
|
|
Akk dah meracun fikiran anak jgn nak dok asrama..gi sekolah biasa jer..senang nak pantau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian anak kena paksa dok asrama
I x suka asrama so mmg xkan bg anak dok asrama
Sekolah je dekat2 umah , senang hati i anak depan mata
Tggu besar skit masuk kolej ke uni ke barula belajar dok asrama kalau perlu , kalau boleh dok luar lagi bagus , sewa je umah kt luar xyah nk dok asrama bagai
Konfem kena buli la budak yg lari ni
Mana nya family nya nk ngaku sbb nk paksa gk budak tu stay asrama |
|
|
|
|
|
|
|
rogayahtop replied at 28-3-2023 03:48 AM
kecik2 dah hantar asrama, dah besar nanti anak2 tak selesa dgn adik beradik mak bapak jgn komplen pu ...
Betul byk kes cmni
Kena plak dia sorang je yg dr kecik dihalau paksa dok asrama , beradik lain sedap dok umah
Dh besar dilayan pulak mcm org asing sbb dikata tak membesar pun kat kg kt umah tu , yelah dr kecik dh merantau
Geran tanah semua mmg konfem lah bertukar nama dh kt beradik lain yg kononnya setia jaga rentua di kg
Padahal parasit biawak melingkar berlakon baik je sekor2 smbil kikis hrta rentua yg dah kabur otak dibrainwash biawak2 |
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 27-3-2023 03:18 PM
asrama tahfiz ke apa? kekadang mak pak ni ikut rasa dia je nak hantar anak masuk asrama sana sini..k ...
Biasanya sek tahfiz la yg amik budak2 sblm 12 tahun ni.
Ntahla nak cakap cemana, iols kagum gak mak pak ni bleh kuatkan hati lepaskan anak seawal ni.
Bg iols buat masa ni biarlah kita besarkan anak2 dgn tgn sendiri dulu. Takmo harapkan warden asrama yg bela depa.
Tp memasing jela kot yg tahu apa terbaik buat anak2 dorang. |
|
|
|
|
|
|
|
clarizsa replied at 28-3-2023 06:28 AM
Betul byk kes cmni
Kena plak dia sorang je yg dr kecik dihalau paksa dok asrama , beradik lain sed ...
Kecian betui yg kena anggap mcm org luar.. harap2 mental dia kuat..
Hat ongtua kena brainwash ni mcm citer Lord of the Rings pulakk.. hat raja kena pukau dgn org kanan dia sampai mata kabur.. |
|
|
|
|
|
|
|
subcon tanggungjawab parent kepada orang lain
sound harsh tapi itu lah reality for some
Ada juga sebab taknak kalah bragging
"anak aku pun ada yang pi asrama", ermm..
Anak kalau READY, tak apa silakan
tapi jangan paksa
Kaka pernah lihat banyak kes dimana budak2 dipaksa
ada yang siap main pisau, cakap nak bunuh diri
ada yang berani tulis surat ke parent, luah isi hati
ada yang jadi murung
ada yang jadi rebel
ada jadi pembuli |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by bulalof at 28-3-2023 07:15 AM
ini bukan lagi zaman 80an dan 90an bila anak2 dipaksa masuk asrama untuk kelihatan pandai & berguna oleh ibu bapa. Hakikatnya anak2 sendiri tak mahu.
sebaiknya tanya anak tu dulu. biarlah mereka yg nak masuk asrama tu dgn senang hati & rela hati. keluarga tak perlu paksa kalau anak sendiri tak mahu. lupakan acuan kita membesar dulu kerana keadaan semasa skrg dah tak sama. |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg betul lah asrama melahirkan verbal bully sampai terbawak sebati alam pekerjaan dan rumahtangga |
|
|
|
|
|
|
| |
|