|
|
Post Last Edit by ifanonline at 14-10-2010 15:27
Andartu juga wujud apabila poligami diboikot. Bukan menjadi rahsia sikap wanita yang seboleh-bolehnya tidak mahu berkongsi kasih. Sekalipun poligami dibenarkan dalam Islam, namun semanis-manis madu, ia tetap pahit bagi wanita. Bagaimanapun, di dalam keadaan yang tertentu, seharusnya pihak isteri tidak terlalu memusuhi malah memboikot poligami. Apabila diyakini suami mampu berlaku adil di dalam masalah pemberian nafkah kepada isteri, maka suami perlu diberikan lampu hijau untuk beristeri lagi. Benar, bercakap tidak semudah melaksanakannya. Hanya yang bergelar isteri sahaja yang tahu betapa peritnya jiwa yang terpaksa bermadu, namun andainya ia dilakukan demi untuk menyelamatkan jiwa serta maruah gadis lain yang bergelar andartu sekaligus mengelakkannya dari terjebak di dalam lembah kehancuran, adakah ia tidak berbaloi?
Andartu juga wujud apabila terdapat golongan muslimat yang langsung tidak mengambil sebarang langkah untuk mencari jodoh mereka sendiri. Benar, baik bagi muslimat jika menyerahkan soal jodoh mereka kepada keluarga sahaja. Namun, hakikat yang berlaku pada zaman sekarang tidak lagi demikian. Percampuran yang boleh dikatakan tidak dapat dielakkan secara seratus peratus di antara lelaki dan wanita yang berlaku sejak dari sekolah rendah lagi memberikan peluang secara tidak langsung untuk mereka sendiri mencari jodoh sesama sendiri. Dari konteks mahasiswa, siapakah yang dapat menafikan bahawa pergaulan di sebalik tabir sekalipun tidak di jadikan batu loncatan untuk mencari jodoh? Siapakah yang dapat menafikan kebersamaan di dalam menganjurkan program kadangkala bertukar menjadi jalinan cinta dan berakhir di jinjang pelamin? Namun, langkah pertama biasanya bermula dari pihak lelaki. Kenapa tidak, andainya pihak perempuan memulakan langkah, maka akan kedengaranlah suara-suara sumbang yang meberikan label “Perigi mencari timba”.
poligami di tentang habis-habisan oleh wanita, andartu dan andalusia...apa pandangan forumer lelaki sekalian?
|
|