Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin atau mesra disapa KJ telah mencuri tumpuan ramai apabila tampil dengan imej baru.
Menerusi satu perkongsian di TikTok, seorang pengguna yang menggunakan nama @paparazzimalaya berkongsi penampilan terbaharu KJ yang juga Ahli Parlimen Rembau ketika hadir merasmikan Majlis Penyerahan Projek Tebatan Banjir Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu, Kelantan.
Video berdurasi kurang 20 saat memaparkan KJ melawat kawasan hospital dengan mengenakan kemeja putih dan gaya rambut pendek telah mengundang pujian wargamaya.
Bukan sahaja memuji penampilan terbaru KJ yang disifatkan lebih kemas dan segak malah rata-rata wargamaya masih menyokong KJ untuk kekal sebagai Menteri walaupun KJ sendiri masih belum pasti akan bertanding di kerusi Parlimen mana pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.
Kredit foto : Utusan.com.my
Kredit foto : Utusan.com.my
Sekadar info, Khairy mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan kerusi Parlimen Rembau pada (PRU15) berikutan beliau telah diminta untuk memberikan laluan kepada Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan yang berhasrat untuk bertanding di kerusi berkenaan. - CARI
|