CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 503|Reply: 1

[Kedah] ‘Adik tak berlumba, hormatilah arwah’

[Copy link]
Post time 19-9-2022 10:58 AM | Show all posts |Read mode

MOHAMAD NAJEB menunjukkan gambar adiknya ketika ditemui di Unit Forensik HSAH, Sungai Petani semalam.



SUNGAI PETANI – Keluarga pelajar berusia 15 tahun yang maut kemalangan di Kilometer 102.2, Lebuh Raya Utara-Selatan semalam meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu kerana ia mengguris hati keluarga mereka.

Abang sulung mangsa, Mohamad Najeb Hakim Roslan, 23, berkata, kejadian yang menimpa adiknya itu berlaku semasa remaja itu dalam perjalanan menghantar seorang kawannya di Kepala Batas, Pulau Pinang.

“Ketika kejadian, motosikal EX5 adik kehabisan minyak dan sedang ditunda sebuah motosikal milik rakannya.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian sebuah motosikal lain didakwa telah melanggar EX5 dinaiki adik menyebabkannya hilang kawalan dan merempuh motosikal ditunggang rakannya yang lain,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini semalam.


KEADAAN salah sebuah motosikal yang terbabit dalam kemalangan membabitkan tujuh individu di Kilometer 102.2 Lebuh Raya Utara Selatan semalam.

Kata Mohamad Najeb, dia mendapat tahu kejadian itu daripada salah seorang rakan adiknya yang sedang mendapat rawatan di HSAH akibat cedera dalam kejadian itu.

Jelasnya, adiknya sebelum keluar daripada rumah mereka di Kampung Kota Bukit pukul 1 pagi tadi telah meminta kebenaran ibu dan bapanya selain dia juga maklum mengenai lokasi adiknya itu.

“Dia menunggang motosikal EX5 dibeli bapa untuk memudahkannya berulang alik ke sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeneri berdekatan rumah kami,” katanya.

Menurut Mohamad Najeb, mereka sekeluarga kesal me­ngenai persepsi buruk yang diperkatakan orang ramai berhubung kemalangan ­berkenaan.

“Saya berharap orang ramai menghentikan penyebaran be­rita tidak benar yang membabitkan adik saya di laman media sosial kerana ia boleh mengguris perasaan kami sekeluarga,” katanya yang bekerja sebagai operator sebuah kilang di Gurun.

Kosmo! melaporkan, seorang pelajar tingkatan tiga dan pemuda berusia 22 tahun maut selepas motosikal dinaiki mereka berlanggar sesama sendiri dalam kemalangan di Ki­lometer 102.2, ­Lebuh Raya Utara-Selatan di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.35 pagi itu, mangsa yang maut berusia 15 dan 22 tahun akibat kecederaan parah di bahagian kepala, manakala lima lain cedera dan dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/09 ... a-hormatilah-arwah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2022 11:56 AM | Show all posts
bagus mak bapak beliau..
belum ada lesen pun dah dibagi motor..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5255 Replies : 21
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 177044 Replies : 4058
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 21869 Replies : 121
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7092 Replies : 81
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39764 Replies : 244
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14548 Replies : 98
Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis
YgBenarDatuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan di
Views : 3602 Replies : 14
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73033 Replies : 2947
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 45439 Replies : 309
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2467 Replies : 14

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.479900 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list