CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4229|Reply: 14

[Jenayah] Datuk, nenek sebelah bapa Zayn Rayyan ditahan polis

  [Copy link]
Post time 12-6-2024 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA: Datuk dan nenek sebelah bapa kepada kanak-kanak austime, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang ditemui mati dibunuh pada 6 Disember lalu, ditahan polis petang ini.





Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan pasangan terbabit ditahan bagi membantu siasatan pembunuhan Zayn Rayyan.

"Ya, datuk dan nenek, ditangkap dalam jam 2.30 petang hari ini. Mereka ditahan di Subang Bistari.

"Permohonan reman ke atas mereka akan dibuat di Mahkamah Petaling Jaya esok," katanya.

Difahamkan, kedua-duanya ditahan anggota D9 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Selangor.

Terdahulu, pasangan itu dilihat hadir di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya, ketika ibu kepada kanak-kanak malang itu dibawa menghadiri prosiding merekod keterangan di hadapan majistret.

Sementara itu, peguam kepada bapa Zayn Rayyan, Fahmi Abd Moin, ketika dihubungi mengesahkan berhubung tangkapan pasangan suami isteri terbabit enggan mengulas lanjut.

Terdahulu, media melaporkan nasib ibu bapa Zayn Rayyan yang direman bagi membantu siasatan kes bunuh anak terbabit akan diketahui esok, sama ada didakwa atau dibebaskan dengan jaminan polis.

Fahmi berkata, reman terhadap suami isteri itu tidak akan disambung lagi selepas direman selama 13 hari berakhir esok.

"Esok adalah hari terakhir (ibu bapa Zayn) direman, hari ke-13. Esok adalah keputusan, saya percaya kertas siasatan sudah sampai ke pihak Jabatan Peguam Negara (AGC).

"Mereka (AGC) akan akses dan teliti serta lihat dan membuat keputusan esok sama ada lepas dengan jaminan polis atau dituduh.

"Semua kena bersabar dan kita tunggu esok. Penekanan kami seperti rakyat Malaysia ingin nasib arwah (Zayn Rayyan) dibela dan diberi keadilan," katanya ketika ditemui media di lobi Kompleks Mahkamah Petaling Jaya hari ini.

Terdahulu, BH melaporkan pegawai penyiasat polis didakwa membawa ibu Zayn Rayyan Abdul Matiiin ke Mahkamah Majistret hari ini untuk memohon bagi mendapatkan pengakuan salah wanita itu berkaitan kes bunuh kanak-kanak autisme berkenaan.

Peguam bela ibu kanak-kanak itu, Mahmud Jumaat, dipetik berkata pihaknya membantah permohonan terbabit yang dibuat mengikut Seksyen 26(1) Akta Keterangan.

Beliau berkata, anak guam juga tidak membuat sebarang pengakuan dan perkara itu direkodkan Majistret Zhafran Rahim Hamzah.

Sementara itu, Mahmud Jumaat, senada dengan Fahmi bahawa pasangan terbabit sama ada didakwa atau dibebaskan dengan jaminan polis akan diketahui esok.

"Saya mohon orang ramai memberi kerjasama. Kita hormati proses siasatan dan esok kita boleh mendengar dan melihat pertuduhan dibuat serta hasil siasatan," katanya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2024 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak org hormati siasatan je.hormat undang2 ..x inform lawyers tu mende???
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik termasuk awal sini..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 07:51 PM From the mobile phone | Show all posts
boleh tak sambung kat sini je, thread lagi satu tu dah nak 500 pages, banyak nau
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
frust kan kalu confirm family arwah yg terlibat..tapi rasa lega juga sbb takde la nak risau ada psychopath berkeliaran..kan sebelum2 ni org dok speku ada pembunuh @ psychopath bersiri..ntah la, xtau camne nak describe perasaan iols tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 07:59 PM From the mobile phone | Show all posts
sedih betul tgok gambar Zayn kat atas tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2024 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok la ada bilik baru dah masuk episod baru.
Sakit kepala drp pagi tgk live tt utusan. Ptg cerita atuk nenek pula. Forum pun something jugak selow betul hari ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
I tggu apa komen netizen cari yg lain
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2024 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Berapa kali plot twist ni?
Berapa ramai yg terlibat agaknya?




Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2024 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 12-6-2024 07:54 PM
frust kan kalu confirm family arwah yg terlibat..tapi rasa lega juga sbb takde la nak risau ada psyc ...

tp sedih bg pihak ZR...dia ada mak ayah atuk nenek je...org yg dia percaya jgk komplot bunuh dia
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 01:17 AM | Show all posts
biarla polis buat siasatan... takde yg mustahil pun dlm dunia ni...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 01:23 AM | Show all posts

Mak nya mmg pembersih

Teringat iv acik lan kata jmp arwah zayn baju nya bersih tak ada kotor pon hmmm
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 05:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku mmg Ada pernah TER lintas di fikiran yg atok Ni mastermind ..sbb tengok Anak menantu jenis lembam semacam..xmungkin leh clean sgt Cara nak setelkan adik ZR...
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2024 06:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Skyline_84 replied at 12-6-2024 11:51 PM

Ohh dia balik jam 12pm, aku baca kat thread mana ada yg tanya dia balik bila
So dia abis sekolah jam 12pm tp biasanya mesti awal mak pak dh dtg amik.
Aku penah je nampak cikgu lepaskan budak2 pra sekolah ni awal 10 minit camtu tp ni biasanya time hari ada event kat sekolah mcm sambutan merdeka ke apa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-6-2024 11:06 PM GMT+8 , Processed in 0.073061 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list