View: 1204|Reply: 0
|
Pingat Hang Tuah - Pingat Keberanian untuk kanak-kanak -
[Copy link]
|
|
Pingat Hang Tuah dianugerahkan khas bagi mengenang jasa dan keberanian kanak-kanak.
Anugerah pertama pingat ini telah diberikan kepada Mohd Nor bin Osman yang berasal dari
Terengganu pada 22 Oktober 1960. Beliau telah menerima Pingat Hang Tuah daripada
D.Y.M. Yang DiPertuan Agong pertama dan mendapat gelaran Pahlawan Negara kerana keberaniannya
menyelamatkan dua orang kanak-kanak daripada mati lemas. Dalam kejadian pertama,
Mohd Nor telah menyelamatkan seorang budak lelaki berusia dua tahun yang hampir lemas
di Sungai Losong Feri, Kuala Terengganu. Dalam kejadian kedua, beliau telah menyelamatkan
seorang budak perempuan.
Pingat Hang Tuah ketiga telah dianugerahkan kepada Rusnah bt. Aksah yang berasal dari Pahang
kerana keberaniannya menyelamatkan seorang kanak-kanak cina berusia tiga tahun yang hampir
lemas di Sungai Semenyih, Selangor pada 24 Februari 1961. Beliau merupakan penerima
tunggal kanak-kanak perempuan untuk Pingat Hang Tuah ini. Penganugerahan Pingat Hang Tuah
yang dimulakan pada tahun 1960 atas daya usaha Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM)
telah diberhentikan pada tahun 1978. Kini anugerah kanak-kanak yang disediakan adalah Tokoh Kanak-Kanak
Kebangsaan yang di khaskan untuk kanak-kanak bawah umur 12 tahun yang cemerlang dalam bidang akademik.
Gambar di atas adalah Musa bin Zainuddin,
penerima anugerah 1976
**********************************************************************************************
sepatutnya --- anugerah ini patut diteruskan semula -- barulah ada motivasi dan
semangat pada diri kanak-kanak ni -- tak pentingkan diri sendiri dan banyak
nilai murni dan positif dapat diterapkan dengan adanya anugerah ni -
Tokoh kanak-kanak tu dalam bidang akademik sahaja -- bagaimana pula dengan
sahsiah mereka? sebab itu la patut diteruskan penganugerahan ini --
tambahan dengan zaman budak2 sekarang dok bergajet sana sini -- tak adanya
fikir tentang nak menolong orang lain -- sebok game ke hulu ke hilir
ada yang bagus yup -- tapi mmg ramai pangai budak2 ni yang masih kena ditarbiahkan -
who knows? ada penganugerahan mcm ni di masa akan datang -- insyaallah -
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|