View: 3908|Reply: 30
|
[Tempatan]
Propa je, 'Jihad Inflasi' pun gagal juga
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 24-6-2024 03:46 PM
Kadar inflasi utama negara kini naik lagi ke paras 4.4 peratus pada bulan Julai dan ianya adalah peningkatan empat bulan berturut-turut.
Lebih parah lagi, apabila inflasi makanan mencapai paras tertinggi dalam sejarah iaitu 6.9 peratus sepertimana yang dilaporkan oleh MIDF Research.
Pengerusi Biro Pengguna, Pertanian dan Luar Bandar AMANAH Nasional, Faiz Fadzil berkata, harga barang makanan yang masih mahal menunjukkan pasukan khas Jihad Inflasi gagal dan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 31 Ogos kononnya pasukan khas tersebut berjaya menurunkan harga barang adalah cakap-cakap politik sahaja.
Kata beliau, keadaan ini membimbangkan kerana pakar-pakar ekonomi menjangkakan pertumbuhan ekonomi Malaysia akan lebih perlahan dalam tempoh Julai hingga Disember 2022.
Keadaan ini juga jelas nya, tidak akan banyak berubah pada tahun hadapan dan persoalan yang timbul ialah bagaimana rakyat mampu hadapi inflasi sekiranya ekonomi masih lembab.
“Sudah genap dua bulan, pasukan khas Jihad Inflasi yang ditubuhkan bawah pimpinan Tan Sri Annuar Musa ternyata gagal apabila kerajaan BN-Bersatu-Pas gagal menguruskan ekonomi dengan baik.
”Di manakah solusi atau pelan tindakan komprehensif untuk tangani inflasi oleh pasukan khas Jihad Inflasi atau pun mereka masih lagi nyenyak tidur.
“Ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir, inflasi makanan tidak pernah mencecah 6.9 peratus seperti sekarang. Malahan kadar paling tinggi pun adalah 2.6 peratus dan jauh lebih rendah dibandingkan dengan kadar sekarang,” ujar beliau.
Tambah Faiz, sepanjang pentadbiran PH kadar inflasi makanan yang direkodkan sebelum ini melebihi 2 peratus hanya untuk empat bulan sahaja dan kadar inflasi makanan paling rendah ketika zaman PH adalah 0.4 peratus.
Sehubungan itu tegas beliau, Annuar Musa harus menjelaskan apakah tindakan segera yang akan diperkenalkan memandangkan inflasi makanan berada pada tahap tertinggi dalam sejarah.
Tegasnya lagi, setelah dua bulan bermesyuarat, masih tidak ada apa jua langkah efektif yang diumumkan.
Oleh itu jelas Faiz, kerajaan digesa supaya meneliti dengan segera keperluan bantuan tunai khas atau pun ‘digital food voucher’ bagi membantu mengurangkan beban golongan B40 dan M40 yang dicadangkan sebelum ini bagi meringankan beban rakyat.
https://malaysiadateline.com/jihad-inflasi-pm-masih-tidur-lagikah-harga-barang-masih-mahal-inflasi-pula-terus-naik/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kau tu yg miskin |
|
|
|
|
|
|
|
yg selalu disebut harga minyak masak ja
kalau harga daging babi turun kira hasil jihad juga ka?
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
PH menang inflasi terus turun , ngituw?? |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak faham apsal anuar musa yg jd menteri leading jihad inflasi ni.. dia kan menteri KKMM..
patut ko bagi la menteri pertanian kem menteri hal ehwal pengguna ke jadi yg lead.... at least dia ada kuasa dekat bidang yg berkenaan dengan barang2 keperluan....
yg aku tengok jawatankuas jihad ni duk up asyik pasal minyak masak botol jer...orang tak tengok sangat la minyak masak botol ni, orang duk cari yg paket jer |
|
|
|
|
|
|
|
Adalah barang yang turun harga tapi x semua barang la, harap dapat turun harga semua barang |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by brego at 5-9-2022 09:07 AM
itu la pasal, propa jer lebih.
orang dalam menteri kabinet sendiri yang kempen jihad inflasi,
padahal puak2 ni la yang bikin polisi
boleh jer turun kalau nak,
meeting dalam menteri kabinet, turunkan harga.
tapi itu lah, gomen kena bayau subsidi utk maintain harga rendah.
itu yang diaorang tak mau
|
|
|
|
|
|
|
|
g jihad kat peniaga2 tamak tu la |
|
|
|
|
|
|
|
Baru ni dgr berita radio kata index harga makanan dunia dah turun tapi kat sini tak turun2 pun |
|
|
|
|
|
|
|
Turun on paper tapi market price Tak reflect ..ramai2 dok monitor harga minyak ngan ayam je.ayam tu dimonitor lebih kepada nk justify export. Yg penting bagi puak2 ni kalau ayam berlegar sekitar $10 sekilo pun Tak pe,harga masih stabil.ada pulak golongan peniaga suka harga ayam Naik alasan Naik harga jualan ..gitu lah. Open order dari umah pun sepinggan Mee goreng $7-$8 |
|
|
|
|
|
|
|
Voucher grabfood & foodpanda ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau begitu, bulan puasa dan Hari Raya tahun depan sambut ala kadar aje la.. Hari Raya takyah kuar rumah tanpa urusan penting.. |
|
|
|
|
|
|
|
renko replied at 5-9-2022 09:30 AM
g jihad kat peniaga2 tamak tu la
Tak boleh. Mereka aset negara. |
|
|
|
|
|
|
|
nanti kena cerca
kata berani dgn melayu n tak boleh tolong melayu kot
|
|
|
|
|
|
|
|
keris pun tak bawa macam mana nak berjihad melawan kapir
|
|
|
|
|
|
|
|
Throwback ciked..
Kahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Dah turun tak sis??
|
|
|
|
|
|
|
| |
|