View: 2160|Reply: 26
|
15 Juta Pekerja Kecewa Kementerian Cepat Sangat Mengalah Dengan Tekanan Majikan
[Copy link]
|
|
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC), Datuk Mohamed Shafie Bp Mammal berkata, keputusan saat-saat akhir kerajaan itu ternyata mengejutkan banyak pihak terutamanya pekerja.
“UNI-MLC berpandangan bahawa penangguhan itu secara langsung telah menafikan hak dan kepentingan lebih 15 juta pekerja di negara ini, sama ada mereka yang terangkum di bawah Perjanjian Kolektif ataupun sebaliknya.
“Keputusan itu sekali gus mencetuskan kekecewaan yang amat mendalam dalam kalangan para pekerja. Kementerian juga tidak memberi justifikasi yang konkrit apabila membuat keputusan untuk menangguhkan pindaan Akta Kerja 1955,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Kementerian Sumber Manusia mengumumkan bahawa pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan) 2022 yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 September ini akan ditangguh pada 1 Januari 2023.
Menterinya, Datuk Seri M. Saravanan dilaporkan berkata, pihaknya sudah menjalankan sesi perbincangan dengan pemegang taruh daripada semua pemain industri termasuk dewan perniagaan dan sebagainya sebelum membuat keputusan tersebut.
Mengulas lanjut, Mohamed Shafie berkata, apabila kerajaan mengambil langkah untuk meminda Akta Kerja 1955, UNI-MLC gembira kerana kementerian mengadakan sesi libat urus dan kemudian ia dibawa ke Parlimen untuk diluluskan.
“Malangnya, apabila pelaksanaannya hendak ditangguhkan, tiada libat urus antara Kementerian Sumber Manusia dan kesatuan sekerja-kesatuan sekerja skali gua keputusan yang diumumkan oleh Menteri Sumber Manusia itu sangat memeranjatkan.
“Timbul persoalan apakah kementerian tidak membuat perancangan yang teliti dan rapi dalam soal pelaksanaan peruntukan-peruntukan baharu. Jika tidak bersedia jangan buat pengumuman hendak melaksanakan dan sekarang tiba-tiba membuat pusingan ‘U’. Pekerja terkeliru dan terkejut,” katanya.
Selain itu katanya, keputusan menangguhkan pelaksanaan peruntukan-peruntukan baharu yang bakal membawa kelebihan dan manfaat kepada pekerja telah menjejaskan harapan tinggi yang diletakkan oleh pergerakan pekerja seperti UNI-MLC.
Dalam pada itu katanya, UNI-MLC juga berpandangan kerajaan tidak wajar tunduk kepada tekanan majikan, kerana tindakan berkenaan telah menafikan dan mengabaikan kepentingan pekerja yang inginkan pembaharuan dalam kebajikan mereka.
“Kementerian tidak seharusnya dengan cepat mengalah kepada tekanan majikan. Kami meminta agar kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Sumber Manusia mengkaji semula keputusan menunda pelaksanaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022).
“UNI-MLC mahu peruntukan baharu yang hendak dibawa menerusi pindaan Akta Kerja dilaksanakan dengan segera mengikut tarikh awal yang telah diumumkan sebelum ini, iaitu 1 September 2022,” katanya.
Sumber: UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
akta kerja 40 jam tu postpone ke |
|
|
|
|
|
|
|
Dah agak dah mula2 je pung pang pung pang lepas tu mulalah krik krik krik |
|
|
|
|
|
|
|
apabila kerajaan 'ber tag team' dgn kapitalis. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah boleh agak dahhh… mmg kat Malaysia ni tenaga kerja mmg selalu kena pijak jer. Majikan jer yg selalu di utamakan waima alasan yg depa kasi kadang2 bodohpiang tetap diguna pakai ???? |
|
|
|
|
|
|
|
Banyak bosses kat malaysia ni acah2 tunjuk imej progressive tapi sebenarnya masih kat takuk lama. Contohnya boss aku, cakap je konon2 dalam team boleh tegur openly jika nampak ada benda yg tak betul. Tapi bila aku tegur dia distribution kerja x adil dalam team, dia cakap "at the end of the day, it's up to me". Suruh aku cancel cuti sebab nak settlekan kerja team lain yg dia agree nak ambik. Bila mintak replacement dia boleh balas "masa pkp lan dah duduk rumah lama". Tu belum lagi dia hari2 ceramah pasal rezeki halal sebab aku ulang alik gi pantry, dia tidor masa meeting xde pulak dia fikir halal haram |
|
|
|
|
|
|
|
gigahertz: akta kerja 40 jam tu postpone ...
Ya nampaknya |
|
|
|
|
|
|
|
Macamana tu, keje reduce to 40 jam adalah penindasan. 15 juta blue collars keje berapa jam |
|
|
|
|
|
|
|
Sembang je lebih. Harapan palsu |
|
|
|
|
|
|
|
40 jam keje kira 8-5 kan? Tapi company boleh pilih untuk 8-6 dengan justification sejam break time kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
well... ini taktik nk nyedapkan hati 15j pekerja.... konon2 jaga hak pekerja...
tak mustahil 1 jan 2023 nnt akta ini dibatalkan... |
|
|
|
|
|
|
|
spankee_fili replied at 29-8-2022 07:11 AM
40 jam keje kira 8-5 kan? Tapi company boleh pilih untuk 8-6 dengan justification sejam break time k ...
8-5 tu dah 9jam including break. So 8-5 dah ckup 40 jam |
|
|
|
|
|
|
|
Sarabangang dah dapat "sumbangan" Dari majikan kapitalis ler tu |
|
|
|
|
|
|
|
eii kejinya... dia tido xpe.. uols ulang alik pantry x bole iye.. bukan uols pi hilang kan diri.. stil bole track maa
iols pun ade bos yg ungkit hal halal haram... i was like.. hurm... bila masa iols buat bende haram.. ape je deols nak sume dpt.. nak kata iols mengulor.. pi mana lah.. masa mco.. kul 8 dah terpacak depan pc.. call bertalu2.. ni dah fully masuk office.. before 8 iols terpacak kat opis.. even start keje kul 8.30.. .. nak ckp iols pk rezeki halal utk anak2.. mintak promotion .. is not the time.. hokay.. skali masuk org baru collegue iols.. panggg lagi tinggi dari iols.. iols still kene spoon feed.. 3 bulan iols ajar.. then iols stop.. then theyols ckp i x professional... kata iols yg bermasalah.. sampai xde communication... siap ugut nak report kat HR segala bagai... siap meeting berminit hokay... i was like.. ok.. nak nak aku bercakp.. i will make sure iols ckp.. im demotivated giller weh... ko kata bos besar tau org bwh buat apo.. abih dah ko yg x report iols wat keje apo.. ko yg sekat iols ... iols cari bos lagi 1.. korang kata iols x respect korang... kos besar pun 2x 5.. kata org lower level ni buat manicure pedicure kat rumah masa mco... tanpe lower level ni la lahh sape yg setup system.. shoot out email.. set segala mala meeting and online event.. nak bagi increment kedekut gille...bonus pun yg 11 tahun baru nak wujud.. tapi ko spend utk bende lain lavishly... staff x buta hokay..
iols bukan x cari alternative.. dah mcm2 iols cuba dah... pernah attend interview.. depa ckp overqualified pulok.. ni dah online exam.. skali nasib x menyebelahi iols... mcm2 obstacle dah... mcm its a hint utk iols slow down... jgn lawan dah.. follow the flow.. and only God will show the right path dah.. tawakal ilallah...
|
|
|
|
|
|
|
|
cash la.. sapa suh tak discuss dgn stake holders dulu.. menonong je announce..
kohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
bosses +1, kulikutip 0
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by supernaturalee at 29-8-2022 08:55 AM
bald by choice or alopecia
bahana bkk 2 thread sekali gus
salah park
patutla bila tgk balik atas dh kenapa psl pekerja plk dh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|