|
IG TMJ
Umum sedia maklum Tunku Mahkota Johor(TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sangat meminati kereta-kereta sport mewah dan boleh dikatakan, baginda antara pengumpul koleksi kereta berjenama tersohor dunia.
Baru-baru ini, TMJ menerusi Instastory baginda memperlihatkan koleksi kereta mewah jenama dari Bugatti Chiron Super Sport yang sangat memukau jiwa.
IG TMJ
Difahamkan, keluaran Chiron Super Sport milik baginda merupakan edisi pertama dalam 500 berdasarkan gambar plat yang dikongsikan di Instagram Story.
Bugatti Chiron Super Sport milik TMJ ini dilihat direka eksklusif untuk baginda, dengan pemilihan rona biru yang mewakili negeri Johor Darul Ta’zim sebagai tema warna dalaman kereta seperti di bahagian tepi pintu, tempat duduk kulit, stereng, gear, enjin dan sayap belakang kereta.
IG TMJ
Menerusi tinjauan di laman sesawang Bugatti, kereta keluaran Chiron Super Sport memiliki kuasa pecutan sepantas kereta lumba mencecah 440 kilometer sejam.
Bukan itu saja, kereta sport mewah ini juga menggunakan enjin jenis W1600 bersama empat turbo cas berkuasa tinggi.
Kereta Bugatti Chiron Super Sport milik TMJ ini bukan saja estetikanya sangat menawan dan bercitarasa tinggi, malah membuatkan sesiapa yang memandang turut terpersona dengan kereta eksklusif ini!
Sumber: Murai
|
|