CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1734|Reply: 25

[Tempatan] Ikan belacak halal dimakan

[Copy link]
Post time 13-6-2022 05:24 PM | Show all posts |Read mode

Ikan belacak halal dimakan



Ikan belacak atau ikan tembakul.


  • Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR
  • 13 Jun 2022, 2:55 pm


PUTRAJAYA: Ikan belacak atau dikenali ikan tembakul halal dimakan kerana ia dalam kategori haiwan air.

Itu penjelasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) menerusi artikel Al-Kafi yang dikeluarkan hari ini yang menyatakan, ikan belacak mempunyai ciri-ciri haiwan air yang hanya boleh bertahan untuk bernafas dalam keadaan lembapan dan habitatnya kebiasaan di kawasan berair mahupun lembab.

Justeru, katanya, ikan belacak dihukumkan haiwan air berdasarkan garis panduan fiqh mazhab Syafie.

“Bahkan, keupayaan untuk bernafas hanya berlaku semasa ikan belacak lembap dan berfungsi apabila habitatnya sentiasa berada di kawasan yang berair.

“Ikan belacak adalah ikan afimbia (dua alam), habitatnya di muara pasang surut dengan bersembunyi di bawah rumput laut basah atau dalam kolam pasang surut.

“Ikan belacak agak aktif semasa di luar air, makan dan berinteraksi sesama sendiri malah, tabiat ikan belacak bergerak dengan berkesan di daratan dan juga di air,” katanya.

Katanya, penentuan kategori haiwan air adalah apabila haiwan tersebut tidak boleh hidup melainkan di dalam air.

Bagaimanapun, katanya, sekiranya haiwan tersebut dua alam yang habitatnya di air dan di darat, maka penentuannya melihat kepada kawasan yang lebih lama boleh hidup dan bertahan. – UTUSAN





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2022 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Katak menyeringai sinis.
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 06:14 PM | Show all posts
Kejap tak boleh kejap boleh
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 06:17 PM | Show all posts
buakn 2 alam ke ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr kecik ak di bg tau ikan ni haram.. Tau2 skang jd halal
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 06:51 PM | Show all posts
ikan ni sedap masak kunyit, tu jah ai nak komen
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-6-2022 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
asal usul pengharaman binatang dua alam ni di sebabkan pengharaman bunuh katak. tak tau la ulama masa dulu boleh babit kan katak dengan binatang dua alam lain. nabi tak cakap pon binatang dua alam haram,nabi cakap jangan bunuh katak je (nak makan kena bunuh ,jadi haram la makan)
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih jela...x lalu aku nk mkn dah rupa berudu dan katak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2022 07:39 PM | Show all posts
sbb ikan yg kat pasor tu dah mahal,.. maka dibolehkan makan ikan belacak?

meols kekecik salu le tuju ngan slipar ikan ni.. sian ikan belacak
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-6-2022 05:29 PM
Katak menyeringai sinis.

Kalau dihalakan pun nnt, aku idak ler nk makan..geli
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
angelofish replied at 13-6-2022 06:51 PM
asal usul pengharaman binatang dua alam ni di sebabkan pengharaman bunuh katak. tak tau la ulama mas ...

Ye ke?
First time dengar mcm ni..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Minyak ikan belacak tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 08:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Biawak dhob cicak ereb fadang fasir tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dubuk tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 10:12 PM | Show all posts
minyak belacak tegap padat mantap tersenyum sinis

Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 10:16 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2022 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Rahsia katil patah pacak langit tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 10:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan ikan ni mmg blh makan. dah cerita batu belah tu kan telur ikan tembakul yg depa makan kan? sejak bila diharamkan makan?
tp iols tak lalu tgk ikan ni mcm ada perasaan geli gitu
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2022 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Hukum hakam dalam Islam ini permainan ulamak je. Kejap harus, kejap haram, kejap halal.  Dan umat Islam berbunuhan pasal perbezaan pendapat,  perbezaan mazhab bagai. Lagi ramai ulamak dilahirkan melalui institusi pondok atau universiti........makin bertambah-tambah perbezaan pendapat dan umat Islam semakin berpecah belah.  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.521243 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list