View: 3125|Reply: 33
|
Sayang Bini Nama MIRA, DINA Punya Pasal
[Copy link]
|
|
Tindakan dua pemilik kenderaan pelbagai jenis (MPV) memasang nombor pendaftaran ‘fancy’ yang seakan-akan nama isteri masing-masing membawa padah apabila ditahan polis dalam sekatan jalan raya di Jalan Kuala Terengganu – Kuala Berang berhampiran Padang Midin di sini hari ini.
Kedua-dua MPV jenis Toyota Alphard itu masing-masing dikesan menggunakan nombor pendaftaran MIRA dan DINA yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Ismail Man berkata, kenderaan jenis Toyota Alpard pertama dengan nombor pendaftaran MIRA ditahan pada pukul 3.24 petang.
Beliau berkata, kenderaan kedua daripada jenis sama pula didapati memakai nombor pendaftaran DINA dalam sekatan jalan raya sama 10 minit kemudian.
“Kedua-dua pemilik kenderaan itu memberi alasan menggunakan nombor pendaftaran ‘fancy’ berkenaan untuk mendedikasikannya kepada isteri masing-masing.
“Mereka mendakwa teruja baharu memiliki MPV berkenaan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini,” katanya di sini hari ini.
Ismail berkata, alasan terbabit tidak boleh diterima dan kedua-dua MPV itu telah ditahan untuk tindakan lanjut.
Jelas beliau, pemasangan nombor pendaftaran ‘fancy’ terbabit boleh dianggap mahu memperdaya pihak berkuasa dan menyalahi Seksyen 108 (3)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Denda antara RM5,000 dan RM20,000 atau penjara antara setahun dan lima tahun atau kedua-dua boleh dikenakan jika sabit kesalahan.
“JSPT Terengganu ingin mengingatkan pengguna agar undang-undang jalan raya perlu dipatuhi walaupun kita ghairah menyambut bulan Syawal,” katanya.
Sumber: KOSMO! ONLINE |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Padam muka. Sita sampai raya haji terus
Jangan lupa para netizen boleh report no plet pancy kat jpj.
#dah tiba masa JPJ ikut standard negara jiran lain mcn Indon dan singpura |
|
|
|
|
|
|
|
Kohkoh lampu putih bila nak saman, silau mata  |
|
|
|
|
|
|
|
Siyes aaa denda 20k...???
Kalau siyes,takkan viva pun ada no plate aneh2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam dunia ni Singapura dan Malaysia ja setau aku yang pakai plate plastik. Nasib baiklah selet Singaporn tu perangai tak cukup sakai modify font sampai jadi MIRA DINA PENIS bagai.
Negara2 lain di dunia semua pakai officially issued metal plate tu. Nak buat fake pun susah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Peraturan untuk tidak menfancykan no. plate kenderaan telah lama ada, tapi pelanggarannya tetap berlaku. Kenapa? Peraturan bukan baru dn pemilik kenderaan bukan tak tau, lantas JPJ tak perlu warning lagi dah, saman terus je dn diberi arahan untuk tukar kpd plate yg standard dlm tempoh seminggu. Kalau tak saman lagi dn lagi. Pe susah sangat JPJ nak bertindak? |
|
|
|
|
|
|
|
Peraturan untuk tidak menfancykan no. plate kenderaan telah lama ada, tapi pelanggarannya tetap berlaku. Kenapa? Peraturan bukan baru dn pemilik kenderaan bukan tak tau, lantas JPJ tak perlu warning lagi dah, saman terus je dn diberi arahan untuk tukar kpd plate yg standard dlm tempoh seminggu. Kalau tak saman lagi dn lagi. Pe susah sangat JPJ nak bertindak? |
|
|
|
|
|
|
|
TAH 1 je patut no plate diorang ni |
|
|
|
|
|
|
|
So, MIRA Dan DINA tu plet sebenar dia apa?
Dulu Sahezi Sam (tak reti eja) buat plet MUMMY untuk mak dia kalau tak silap.. |
|
|
|
|
|
|
|
ramai sejenis ngok gini. konon habis bangga blk kg bwk kete beso plate pun kan main boh nama bini, ujung2 kene tahan
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nikaido at 4-5-2022 05:27 PM
imransulaiman replied at 4-5-2022 03:28 PM
So, MIRA Dan DINA tu plet sebenar dia apa?
Dulu Sahezi Sam (tak reti eja) buat plet MUMMY untuk mak ...
MIRA = M 1124
DINA = D 1174
PENIS = PEN 15
VAGINA = VAG 1174 |
|
|
|
|
|
|
|
dek, kalau ko nak dedicate sangat ke bini, ko kikis perkataan alpad kat bontot tu n tukar la nama bini ko… |
|
|
|
|
|
|
|
nikaido replied at 4-5-2022 05:24 PM
MIRA = M 1124
DINA = D 1174
Sempat lagi hg carut. Dasar mabuk ketupat hahahahhaa |
|
|
|
|
|
|
|
Macam ada huruf kena cover depan MIRA dan DINA tu... JAMIRA, MEDINA?
|
|
|
|
|
|
|
|
Dulu ada org mengamuk2 tak dapat deb 17-DEBIT. Berangan duit masuk ke kalau dpt num tu |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai masih ada lagi ke org buat plat mcm ni. Old feshiun betol |
|
|
|
|
|
|
|
teringat plak ingat rumah myra
menyampah tgk iklan tu |
|
|
|
|
|
|
|
matbad replied at 4-5-2022 09:30 PM
Sempat lagi hg carut. Dasar mabuk ketupat hahahahhaa
whattt!! perkataan yg aku guna tu sama dgn medical term bukannya carut |
|
|
|
|
|
|
|
orang baru merasa kaya jah sibuk nak fancy fancy plate ni..
orang betul kaya berduit bid number helok helok or nombor yang luck je..
bukan beli nombor 300 pastu buat jadi nama.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|