View: 2734|Reply: 45
|
Main Campak Dari Tingkat Atas, Asal Flat Je Penuh Dengan Sampah!
[Copy link]
|
|
Pasir Gudang: Flat dalam sampah. Begitulah keadaan Blok 23, flat SEDC di Taman Air Biru di sini, yang dipenuhi sampah, kotor dan tidak terurus, sejak dua tahun lalu.
Seorang penduduk, Suriani Omar, 46, berkata, permasalahan timbul apabila tiada pihak yang mengurus soal penyelenggaraan flat berkenaan yang berusia lebih 20 tahun.
Menurutnya, sikap tidak bertanggungjawab segelintir penghuni flat juga memburukkan keadaan.
Foto: Harian Metro
Katanya, ia berikutan penghuni termasuk warga tempatan mahupun asing gemar membuang sampah dari tingkat atas ke kawasan belakang flat.
"Baru-baru ini, kami ada menganjurkan aktiviti gotong-royong, bagaimanapun hanya beberapa keluarga yang memberi sambutan sebaliknya penghuni lain langsung tidak mahu mengambil tahu dan sanggup berkurung dalam rumah.
"Sejak dua tahun lalu, kami tiada ketua blok bagi mengurus soal penyelenggaraan hingga ia mengakibatkan keadaan flat berkenaan semakin buruk termasuk dipenuhi sampah.
"Kami juga pernah bercadang supaya setiap isi rumah di setiap unit flat menyumbang sejumlah wang bagi mengindahkan flat, namun penghuni tidak memberi sambutan dengan alasan mereka bukan pemilik rumah," katanya yang menghuni di flat berkenaan sejak 16 tahun lalu.
Sementara itu, Hassan Abdullah, 40, berkata, pada setiap malam, keluarganya juga dikejutkan bunyi penduduk membuang sampah dari tingkat atas.
Menurutnya, walaupun terdapat kemudahan tong sampah namun penghuni mengambil jalan mudah berkenaan.
"Kebanyakan penghuni di sini adalah penyewa dan ia flat persendirian, kami difahamkan unit flat sukar dijual kerana dalam keadaan serba kekurangan.
"Keseluruhannya terdapat 31 pintu di sini dan hampir kesemuanya berpenghuni, bagaimana hanya tangga sebelah kanan boleh digunakan kerana tangga kiri dalam keadaan buruk.
"Kami berharap pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan sesuai sebelum ia mengundang masalah serius termasuk menjejaskan kesihatan penghuni.
"Sebelum ini pernah berlaku kes denggi kerana longkang tersumbat dengan sampah selain semak di belakang flat menjadi kawasan biawak membuat hingga ia membimbangkan ," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permas, Baharudin Mohamed Taib berkata, pihaknya menerima makluman berkaitan keadaan flat berkenaan apabila ia tular di Facebook.
Beliau berkata, di kawasan Pasir Gudang mahupun Megah Ria, pihaknya mendapati beberapa flat dalam keadaan sama.
"Selain PBT, kami juga akan menyalurkan maklumat kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi. -CARI
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Apa itu "kawasan biawak membuat?" |
|
|
|
|
|
|
|
Flat macam ni bila jual dengan JMB pun takde, macam2 surat kena buat. Lagi2 loan PBB. Tapi kotor nya lah tempat tinggal pun. Duk sama kena lah bersatu hato gotong royong |
|
|
|
|
|
|
|
Dok flat memang la camni. Dari dulu lagi. Klo dok flat tinggi boleh tengok orang terjun bunuh diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Selamanya macam ni. Flat memang umpama tempat pembuangan sampah. Penduduk pun level sampah sarap. Yihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Xnk kotor jgn duduk flat. Tp pelik betul kenapa org pengotor = flat, flat = pengotor. Susah nk jumpa flat yg bersih. Apartment yg high density pon boleh tahan teruknya lebih2 lg lif |
|
|
|
|
|
|
|
tipikal flat kat msia..kalo kat singapore flat plg kotor pun sama level dgn kondo plg bersih kat Msia |
|
|
|
|
|
|
|
sekarang mcm dah ade, pasal JKKK rukun tetangga bersatu.. kalau mcm ni punya populasi kebersihan sentiasa jadi tanggungjawab sama2
|
|
|
|
|
|
|
|
org yg duduk flat ni mmg kerja 24hrs takde ms lgsg ke duduk kat rumah sampai keadaan dikelilingi sampah pun tak sedar?
logiknya kalau sampah bertimbun berbau kite akan merempan. ni mcm org2 sana x sempat nak cakna dek kerana busy mencari pitih. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols duduk flat memang gini. Meh iols senaraikan perangai gampang penduduk flat.
- kumpul air kencing lepas tu buang dekat bawah (penagih dadah yg menumpang luar rumah orang.
- buang kari dekat bawah (bangla)
- kencing dalam lif (india mabuk)
- penduduk buat bodoh bila penagih bawak sabit kulu kelo sambil mengamuk (penagih tu bukan penduduk tetap & tak berumah
- speaker surau kuat sungguh! Walaupun utk bacaan solat & ceramah (ajk masjid semuanya tua & rumah jauh dari surau)
- Buang sampah campak dari bawah (tempatan & perasit warga asing)
Apapun, kalau nak jumpa penduduk flat yg pembersih, memang jarang. Kalau dah pembersih, memang bersih sungguh contohnya keluarga iols... |
|
|
|
|
|
|
|
haku duduk flat da hampir 8 taun ???? n taun lepas ade pihak tukar bumbung baru n cat color baru, n flat haku ade ajk semua tiptop la cuma ade la bape jiran byk songeh n cekadak ragamnyer... n kontraktor yg repair semua nie bgtau la Kat s/u flat haku dlm2 byk flat Kat negeri nie n daerah nie setakat nie flat haku tinggal nie bersih la semua lorong kalo nk masuk ke rumah kalo Kat flat lain die bgtau x lalu n pelik peel ragam2 org nie...
n skang haku duduk Tingkat atas umah flat haku 3 Tingkat je lorong umah haku ok la nk kata bersih sampai berkilat tu idok lerr tp tu la ade la jiran sederet nie tereperuk je dlm umah badan gundu krpam lorong depan umah nyer cer la sapu ke kan bersih ke nie idok..n dlm group wassup ajk dlm flat haku nie ade 6@7 org jiran mmg peel cm ape tah...setakat nie ok la kws flat haku |
|
|
|
|
|
|
|
Aku prnh duk flat dulu2 zaman muda..rmh bawah sekali..tetiap hari ahad cina rmh paling atas basuh rumah ke haper, mencurah2 air kat awning aku...tak tahan aku sewa rmh teres lps tu. |
|
|
|
|
|
|
|
x kisah la kau penyewa ke pemilik ke...support je la usaha2 nak mencantikkan kwsn tu |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada rezeki lebih,pindah jer lah cari rumah yang elok siit dikkk |
|
|
|
|
|
|
|
iols pernah duduk flat dulu bertahun2. memang rupa haunted building uols. dengan dinding bangunan tak bertukar cat, kusam, malam2 pulak koridor, tangga gelap. Jiran india kat bawah plak suka gaduh memekak2. Ghetto plak rasa time tu.
Tapi la ni dah lama la pindah dari situ.
Few years back, saja nak lalu situ tengok macam mana keadaan. Kat sebelah bangunan tu dah ada kebun komuniti. wahhh curlassss |
|
|
|
|
|
|
|
Iolls rajin ke flat Keramat AU3 tu. Semenjak cat baru ni, nampak segar sikit. Nampak toleransi tu makin kuat mungkin sedar diri kot penduduk situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
acikhan replied at 26-4-2022 02:00 PM
haku duduk flat da hampir 8 taun ???? n taun lepas ade pihak tukar bumbung baru n cat color baru, n ...
Mgkin sbb x ramai sgt. Since 3 tgkat. Yg 3@4 tgkat ok lg rasanya. Tp yg pakai lif nauzubillah dia punya pengotoq. Lalu tgga wajib bau hancing. |
|
|
|
|
|
|
|
Sbb tu le aku dlm rancangan, dh tua2 nnti cari tanah ke ( future ntah ada tanah lg ke x ), x pun klu berani rumah kg yg usang2 tu beli. Selalu umah kg usang2 ni, keturunan dia dh ada umah sendiri ke/ migrate ke. Tp sanggup ke nk duduk umah usang tu, selalu diprovok ada 'makhluk lain' duduk. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FOTHER-MUCKER at 26-4-2022 05:32 AM
Silap pengtakbir maka lahirlah ummah yang bodoh dan pengotor.
Apa apa hal yang lebih di utamakan dari kecil iatu seawal 3 tahun adalah menotop aurat maka lahirlah ummah bodoh dan pengotor. |
|
|
|
|
|
|
|
pentadbir la.. bukan pentakbir... bahasa Melayu pun gagal ada hati nak sibuk nak komen...
tak perlu edit.. aku dah screenshot...
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkahkah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|