CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7721|Reply: 21

Terminal 1, Terminal 2

[Copy link]
Post time 3-9-2009 10:32 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 3-9-2009 10:35

Kaji semua pemindahan bas ekspres ke Terminal 2

SEREMBAN 2 Sept. - Peniaga di Terminal Satu buntu kerana bakal kehilangan pelanggan. Pengusaha syarikat bas ekspres juga begitu. Orang awam pula merungut tidak puas hati.

Nyata arahan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) supaya semua syarikat bas ekspres memindahkan lokasi ke Terminal Dua, kira-kira satu kilometer dari Terminal Satu bulan ini memeningkan kepala semua pihak orang awam, peniaga dan pengusaha bas.

Malahan hari ini kerajaan negeri juga secara terbuka menyatakan tidak bersetuju, jika semua bas ekspres dipindahkan ke Terminal Dua dan tindakan itu tidak menggambarkan kepentingan orang awam didahulukan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau telah mengarahkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mat Ali Hassan berunding di peringkat pegawai bersama LPKP serta merta supaya mempertimbangkan kepentingan orang awam sebelum membuat sebarang keputusan muktamad.

''Kerajaan negeri melihat perpindahan operasi bas ekspres diTerminal Dua akan hanya menyukarkan orang awam selain menjejaskan masa hadapan peniaga di Terminal Satu," kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Mohamad berkata, walaupun begitu kerajaan negeri masih berlembut dengan membenarkan syarikat bas ekspres ke pantai Timur dan Utara beroperasi di Terminal Dua ketika ini.

''Kerajaan telah menyediakan rangkaian hubungan yang baik di antara Stesen Keretapi Seremban ke Terminal Satu melalui laluan beratap dan terowong pejalan kaki.

''Saya tidak boleh membayangkan, bagaimana kalau semua bas ekspres berpindah ke Terminal Dua, orang awam yang tiba dengan keretapi atau komuter mengheret beg mereka ke Terminal Dua sejauh hampir satu kilometer itu.

''Kemudian apabila penumpang turun ke Terminal Dua, terpaksa pula mengheret beg mereka ke Terminal Satu untuk mendapatkan bas henti-henti. Ini menyusahkan orang awam," tegas Mohamad.

Beliau juga menjelaskan jika bas ekspres Seremban-Kuala Lumpu yang sekarang beroperasi di Terminal Satu berpindah ke Terminal Dua, implikasi buruk akan berlaku dan sudah tentulah ia akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pengguna dan orang awam.

''Saya berharap LPKP berunding semula dengan kerajaan negeri. Inibukan soal seronok pindah ke tempat baru. Ini soal kepentingan orang awam. Buat apa berpindah jika menimbulkan banyak masalah kemudian hari.

''Orang akan mula benci dengan sikap kerajaan dan menyalahkan kerajaan kerana membuat keputusan tanpa meneliti kepentingan orang awam. Kita telah kaji dan bertemu dengan pengguna, peniaga dan pengusaha syarikat bas, mereka lebih selesa di Terminal Satu sekarang ini," tegas beliau.

Ditanya apakah ada arahan berpindah oleh LPKP, Mohamad berkata ia telah dibuat secara lisan dan bertulis kepada semua pengusaha syarikat bas ekspres ketika ini.

''Selepas di kaji, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) telah menulis surat kepada LPKP dan menyatakan keputusan itu tidak praktikal. Sebab itulah kita mahu ia dibincangkan semula secara serius serta merta," kata Mohamad.

Kata beliau, jangan nanti 'untungnya secupak, tetapi ruginya segantang' kerana sikap membelakangkan kepentingan orang awam dalam membuat sebarang keputusan.

LPKP merupakan agensi yang bertanggungjawab terhadap pemberian lesen, lokasi operasi, tempat menurunkan penumpang serta laluan bas,manakala pihak berkuasa tempatan mengizinkan pembinaan struktur bangunan untuk dijadikan stesen bas.

Dalam hal ini, LPKP sebelum ini telah meluluskan Terminal Satu disini dijadikan lokasi hentian dan menurunkan penumpang bagi semua jenis perkhidmatan bas dan mereka juga hari ini mempunyai kuasa mengarahkan bas ekspres berpindah ke Terminal Dua dengan alasan kesesakan berlaku di lokasi sedia ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2009 10:41 AM | Show all posts
abih tu terminal 2 tu nak digunakan tuk apa? takkan jadi white elephant kut
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 10:42 AM | Show all posts
tp aku lagi suke shoping kat terminal 1
nostalgia beb!
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 10:57 AM | Show all posts
Tu la jadi eh kalau tak donga koba... kot la nak bosa ah terminal 1 tu.. agak-agak la tompek eh.. kot la kolam bosa yang selalu makan orang tu dibuek terminal baghu pun orang takdo la maghah cam skang.. sobab tompek tu takdo la jauh bona.. 1km tu ingat dokek ko? Kalau oghang somput dah gol dah sotongah jalan.

Senteng bona mikir..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2009 11:16 AM | Show all posts
nampak sangat aku dah lama tak p semban


aku masih blur2 lagi, tak dapat bayang
terowong laaa
jalan nak p terminal dua la

hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 12:01 PM | Show all posts
dah baca tapi mcm tak der lak..

kat mana letaknya Terminal 2 nih..

dah berkurun tak menyinggah Seremban nih..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 3-9-2009 12:18 PM | Show all posts
Terowong elak bahaya

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI



Abd. Halim Abd. Latif (dua dari kiri) meninjau terowong pejalan kaki yang menghubungkan stesen KTMB Seremban dengan stesen bas Terminal One Seremban, semalam.

--------------------------------------------------------------------------------



SEREMBAN 21 Julai - Selesa dan selamat. Itu yang digambarkan oleh pejalan kaki dengan adanya kemudahan terowong pejalan kaki yang menghubungkan stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Terminal One yang disediakan Majlis Perbandaran Seremban (MPS).

Manakan tidak, sebelum ini pejalan kaki terpaksa menyabung nyawa untuk menyeberang jalan sibuk yang bukan sahaja mengundang risiko kemalangan, malah menyebabkan kesesakan jalan raya yang ketara apabila waktu puncak dan hujung minggu.

Yang Dipertua MPS, Datuk Abd. Halim Abd. Latif berkata, kemudahan yang disediakan oleh MPS bukan sahaja dikategorikan selamat, malah keselesaan pejalan kaki yang merentasi terowong berkenaan turut diambil kira.

Tambahnya, terowong pejalan kaki bawah tanah sepanjang 30.5 meter dan lebar 4.6 meter itu yang dibina dengan kos RM3.3 juta, juga dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) serta mesra orang kurang upaya (OKU).

''Kita mengambil kira aspek keselamatan orang ramai kerana sebelum ini, pejalan kaki terpaksa melintas jalan semata-mata untuk berulang-alik dari stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Terminal One serta di tempat lain.

''Pada masa yang sama, pembinaan terowong bawah tanah ini dapat membantu mengurangkan kes kemalangan dan kesesakan lalu lintas yang seringkali berlaku terutamanya pada waktu puncak dan hujung minggu.

''Kita berharap agar kemudahan yang ada dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh orang ramai,'' katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Abd. Halim menambah, terowong pejalan kaki yang pertama di Negeri Sembilan, mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi dengan tujuh CCTV, kebanyakannya dipasang di bahagian terowong manakala yang lain di lokasi-lokasi yang strategik.

Tambahnya, CCTV berkenaan akan terus dihubungkan dengan bilik kawalan polis berdekatan yang beroperasi 24 jam dan dipantau di bilik kawalan oleh dua anggota polis setiap masa.

"Buat masa ni, kesemua CCTV itu hanya disambungkan ke bilik kawalan yang dijaga oleh dua anggota polis setiap masa dan kita menjangkakan pada masa depan MPS bercadang untuk menyambung CCTV itu terus ke Ibu Pejabat Polis Daerah.

"Jadi orang ramai tidak perlu khuatir atau bimbang mengenai keselamatan mereka memandangkan pergerakan setiap orang yang keluar masuk terowong tersebut akan sentiasa dipantau.

''Dengan kawalan sedemikian, penjenayah kes ragut dan pihak yang tidak bertanggung jawab melalui vandalisme akan dapat dikesan oleh anggota-anggota polis yang bertugas," ujar Halim.

Namun pada masa yang sama, MPS tidak menolak kemungkinan akan mengenakan tindakan kompaun kepada pejalan kaki yang enggan menggunakan kemudahan yang disediakan.

Abd. Halim menambah tindakan itu perlu bagi memastikan keselamatan orang ramai terjamin selain untuk mengelakkan pembinaan terowong tidak sia-sia.
rizalhakim está en línea ahora           Reply With Quote
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 01:05 PM | Show all posts
dah lamo x naik bas sks ni.....maghin ado gak 2-3 kali layan bas Cekap Ekspres
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2009 01:14 PM | Show all posts
aku setuju dengan artikel tuan tanah...nak naik bus dari seremban ke melaka punya la payah!

Pernah sekali,beli tiket di terminal 1,orang kat kaunter tu ,jerit2"cepat,cepat sapa nak ke melaka,bas nak jalan"..aku punya la kelam kabut,bas yang nak jalannye terletakdi terminal 2,
nak tunggu shuttle bas xde masa tu,last2 aku terpaksa naik teksi,rugi rm4.

Memang kelam kabut,sebab kene beli tiket di terminal 1,naik bas terminal 2,kalau dekat xpela jugak,ni jauuh kut!!!!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 06:33 PM | Show all posts
nk pegi terminal 2 tu kena lalu kat atas bukit yg menegak dpn Terminal 1 tu..sebolah sekolah apo tah..
pastu nnt jumpo jln berliku-liku, ada jirat cina..
dpn dket sebolah kanan,anda akan jumpo la terminal 2..
tompek eh agak menyeramkan..
dongar citor, ada org kena bunuh kat situ..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 08:29 PM | Show all posts
nk pegi terminal 2 tu kena lalu kat atas bukit yg menegak dpn Terminal 1 tu..sebolah sekolah apo tah..
pastu nnt jumpo jln berliku-liku, ada jirat cina..
dpn dket sebolah kanan,anda akan jumpo la te ...
Asdira Post at 4-9-2009 18:33



kalo tak silap jalan belakang tu menghalo keluar ko taman AST nun...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 09:39 AM | Show all posts
minggu lps sy nk blik taman telawi..skali tggu bas kt terminal 2 dkt 2 jam..bila dpt bas,driver bas tu kate,watpe la tggu kt terminal 2 ni,menyusahkan..driver tu kate lenkali tggu bas dia kt KM Plaza jer..mmg xbest langsung terminal 2 ni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 11:01 AM | Show all posts
Post Last Edit by ina_1195 at 8-9-2009 11:03

[quote][/quote]

Nak tau kat Bandar Seremban ada tak hotel yang best selain daripada Royal Adelphi & Allson Klana ? last year masa raya stay kat Hotel Seri Malaysia tapi tak berapa best lah.... Ada sape2 blh bantu ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 10:51 PM | Show all posts
Kenapa dulu tak pikir pasal problem nie sblm nak wat terminal 2...? Abis tuh takkan la plak nak biar jek Terminal 2 jadik gajah putih. Jauh tuh nak jalan dari Terminal 1 ker Terminal 2. Mmgla 1 km tp siap kena daki bukit lagi. Pastu kena lalu tepi jirat cina lagi. Huh..dugaan betul.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-9-2009 09:58 AM | Show all posts
13# ina_1195

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=414359&highlight=hotel
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 02:56 AM | Show all posts
kalo tak silap jalan belakang tu menghalo keluar ko taman AST nun...
cmf_bonas Post at 4-9-2009 08:29 PM



a'ah terus dpn lagi,kuar kat tmn AST..
bijak..bijak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2009 08:27 AM | Show all posts
ala...ade je bus shuttle pree dari t2 ke t1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2009 09:15 AM | Show all posts
metal,
kat mana nak tunggu bas tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 10:03 AM | Show all posts
bus shuttle tue ada kat sebelah stesen teksi.sekarang nie bukan saja bus ekspres dah kena pindah sana malah semua bus milik cityliner pun dah pindah sana.ikut kata org terminal 2 tue bukan projek kerajaan negeri tapi milik satu tauke cina.pasal area tue dah bukak dekat setahun tapi tak berapa laku maka dia buat rancangan pemindahan bus2 dengan bantuan tauke2 bas lain(kenkawan dia kot).sekarang cityliner dah jalan dulu.

kepada yg naik bas,harap bersabar.kalau tak larat jalan kaki,tunggu je laaa bas shuttle tue.kok payah bona naik teksi.

kalau ikut perancangan mat hassan dulu,dio nak buat perkhidmatan beca kat bandar seremban macam melaka.korang yg masih menganggur boleh laaa start buat latihan kayuh basikal

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2009 06:26 PM | Show all posts
Nak buat perkhidmatan beca plak ker..? Seremban nie bukannyer banyak tempat tourist attraction macam kat Melaka. Pusing-pusing pon kat tempat tuh gak. Dari naik teksi baik naik bas jek. Lagi cepat. Naik beca tuh kalau nak tengok2 pemandangan ket sekeliling. Pemandangan menda..? Asap kereta banyakla. Nanti kesian kat pakcik-pakcik beca takder customer. Idea nak wat perkhidmatan beca kat Seremban agak tak praktikal. Kesimpulannyer aku tak setuju..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.501028 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list