CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 14339|Reply: 29

SMS BAGAN DATOH...

[Copy link]
Post time 15-5-2009 08:37 PM | Show all posts |Read mode
Adek aku baru dpt tawaran ke sekolah SMS Bagan Datoh....ada sapa2 yg penah pi sane tak??...

nak tau sket camner kwsn kat sana...(kalo bole tepekla gambo skali)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2009 09:02 PM | Show all posts
sekolah tu baru lg rasenye..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2009 09:07 PM | Show all posts

Reply #2 shahx's post

dah ada budak2 study ke kat situ...?
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 09:08 PM | Show all posts
Originally posted by jiman09 at 15-5-2009 21:07
dah ada budak2 study ke kat situ...?

aku rase adik ko tu first intake kot..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2009 09:10 PM | Show all posts

Reply #4 shahx's post

Uik ye ke....kalo camtu bagus la..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2009 09:13 PM | Show all posts
cuma bagan datoh tu kurang le membangun nye.. kalo nak ke town pegi le ke teluk intan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-5-2009 09:16 PM | Show all posts

Reply #6 shahx's post

jauh gak tuh....

aku dgr krjaan bagi berjute2 utk membangunkn tmpt tu...takkan takde pekan2 yg  dekat kot?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2009 09:23 PM | Show all posts
btol ke skola tu dkt ngan  laut?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2009 09:44 PM | Show all posts
ni aku tepek berita tahun lepas...

ARKIB : 14/03/2008
MRSM RM100j dibina di Bagan Datoh

Oleh: AZMI ABDUL MALEK

BAGAN DATOH 13 Mac - Kerajaan akan membina sebuah sekolah Menengah Sains dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bernilai kira-kira RM110 juta di Bagan Datoh bagi mempercepatkan proses pembangunan di situ sekali gus merobah corak sosio ekonomi penduduk tempatan.

Sekolah yang dianggarkan bernilai RM49.6 juta akan dibina di kawasan seluas 26.2 hektar dan MRSM bernilai RM60 juta pula di tapak seluas 20 hektar terletak kira-kira satu kilometer dari Pekan Bagan Datoh.

Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata, pembinaan sekolah itu dijangka siap sepenuhnya akhir tahun ini dan pengambilan kira-kira 1,000 pelajar bermula awal tahun depan.

Katanya, sekolah berkenaan turut dilengkapi dewan makan, asrama dan mini stadium moden selain beberapa bilik darjah.

"Majlis Amanah Rakyat (Mara) bersetuju membayar pampasan kepada pemilik estet Golden Hope Berhad," katanya di sini hari ini.

Ahmad Zahid berkata, kerajaan juga bercadang membina sekolah agama berasrama penuh di kawasan seluas 17.8 hektar tidak lama lagi.

Menurutnya, sekolah berasrama penuh sememangnya wajar dibina di Bagan Datoh kerana kawasan berkenaan pernah terkenal sebagai pusat pengajian pondok Islam terulung di negeri ini.

Beliau berkata, pembangunan sektor hartanah dan pelancongan juga akan berkembang pesat apabila penduduk di sekitar Bagan Datoh semakin padat suatu masa nanti.

Katanya, pemaju hartanah sudah pasti berpeluang membina banyak rumah untuk dijual apabila permintaan meningkat.

Menurutnya, kepadatan penduduk juga memberi peluang pasaran domestik lebih luas kepada penduduk tempatan untuk menjalankan perniagaan baru.

Beliau yakin pekan Bagan Datoh akan menjadi pusat ilmu dan destinasi pelancongan apabila kedua-dua sekolah berkenaan siap dibina sepenuhnya.

Beliau menambah, keluarga pelajar pasti akan memanfaatkan produk pelancongan yang terdapat di situ.

"Saya berharap penduduk tempatan bersedia menghadapi arus perubahan sosio-ekonomi yang akan berlaku dalam tempoh terdekat ini," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-5-2009 11:38 PM | Show all posts

Reply #9 shahx's post

thanks ....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2009 01:59 AM | Show all posts
owh.ada sekolah sains kat bagan datoh ye.
nampak sangat aku lama tak balik kampung.
tak tau pun.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 12:22 PM | Show all posts
dah siap ke sekolah tu, nampak sangat dah lama aku tak pi bagan datoh...
( macam ayat niji lak... )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-5-2009 08:20 PM | Show all posts
aku dgr gerai2 area bgn datoh tu tmpat org test santau... ...tol ker?
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 01:41 AM | Show all posts

Reply #13 jiman09's post

dgr dari mana?
l
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 08:41 AM | Show all posts
Originally posted by jiman09 at 15-5-2009 08:37 PM
Adek aku baru dpt tawaran ke sekolah SMS Bagan Datoh....ada sapa2 yg penah pi sane tak??...

nak tau sket camner kwsn kat sana...(kalo bole tepekla gambo skali)

TAHNIAH sebab jaga sekolah asrama penuh.. uhuks...

haku dok 2 taun kat shaner...   Urmm... meh nak bagi info sket..

Pekan kat BDatoh (BD) tue.. kul 7 ke atas kira mcm pekan "mati" dahla..   lain pulak ngan T.Intan.. Tapi kalo nak kedai makan waktu malam... Urmm... sepanjang nak masuk ke BD tue adala kedai makan yg mukak... Nak suggest 1 kedai tue.. tapi lupak lak nama apa jalan tue..

Kalo ada kenderaan sendiri memang best la.. Tapi kalo menapak dengan bas tue.. kenala nek teksi @ bas yg disediakan kat pekan.. Kalo ko owg jauh.. leh je nek bas Transnasional kat T.Intan ha..

Pasar malam setiap hari Sabtu... dan pasar pagi lak setiap hari Ahad..

Ttg kemudahan2 lain.. pejabat pos... kedai top up.. Kedai emas (emas murah kat pekan BD ...kedai apek tua tue.. dia baik owgnya..   )... kelas memandu... saloon gunting ambut india & amoi cina... Kedai runcit.... Kedai upah jahit baju...tempat mancing (leh je mancing kat Jeti BD tue.. )... bengkel motor & keta... juga market beli ikan pun dekat situ..   Kinik Kesihatan, balai polis & opis tok ngulu jugak tak jauh...

Kalo kata ada anak2 yg lom wat IC... gi je kat situ... ada pejabat pendaftaran ha kat situ...

Nak tau lebeh lanjut ttg BD?  Tunggu abe TUKANGKEBUN (TK) mashuk.. dia owg situ.. dia tau la manyak ttg neh..

[ Last edited by  BabeYSHa at 18-5-2009 08:42 ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2009 11:05 AM | Show all posts
ape pulak perancangan si zahid ka bagan datoh lepas jd menteri perahanan ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2009 04:57 PM | Show all posts

Reply #1 jiman09's post

baru balik BD semlm, x sempat ambik gambor sibuk org kawin kat SG LANCANG

gambor lama ada nnti teman masukkan

masa teman lalu balik Jumaat mlm 15 Mei, bebudak SMS BD tengah beratur pi makan

kat luar pagar ada sign tulis mengalu-alukan pelajar 1st intake
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 05:03 PM | Show all posts

Reply #15 BabeYSHa's post

ingat gak ko kat aku ye .... (kekasih lama ku )

fush Bgn Datoh hebat membangun la ni

gerai kat tepi jeti akan dirobohkan (jadi padang lapang untuk riadah), pindah kat tapak balai polis lama bersama didirikan dewan baru

kedai mara (ada bengkel kereta AMin tu) hampir siap, tapi peniaga mengeluh sebab kecik bebenor weh

Pejabat Mini TLDM aku lum dpt kesan kat mana tapak dia

MPTI udah letak pasu bunga besor2 kat sepanjang jeti & sistem peparitan telah dibina semula dihadapan kedai serta lampu jalan ala PutraJaya telah dipasang dari Selekoh ke pekan BD
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2009 11:27 PM | Show all posts
dah ada sekolah sains teluk intan buat apa ada sekolah sains bagan datoh pulak..dekat2 je..

-bekas pelajar sekolah sains teluk intan -
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2009 03:06 PM | Show all posts


SMS Bgn Datoh, sory gambor x cantik, cuaca jerebu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.526269 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list