CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5309|Reply: 21

JIMAT dan SENang kira ~ apa pendapat anda?

[Copy link]
Post time 24-3-2008 04:00 PM | Show all posts |Read mode
Kerajaan Malaysia mengumumkan pengenalan Mekanisme Penggenapan kepada 5 sen terdekat untuk semua pembayaran yang dibuat di kaunter pembayaran berkuat kuasa sepenuhnya pada 1 April 2008.
Mekanisme Penggenapan ini diterima pakai untuk jumlah keseluruhan bil dan bukan bagi setiap unit barangan. Dalam pelaksanaan Mekanisme Penggenapan ini, jumlah keseluruhan bil, yang berakhir dengan 1, 2, 6 dan 7 sen akan diturunkan kepada 5 sen yang terdekat, manakala 3, 4, 8 dan 9 sen akan dinaikkan kepada 5 sen yang terdekat.
Pelaksanaan Mekanisme Penggenapan ini memberikan faedah kepada peniaga dan pelanggan. Para peniaga akan dapat mengurangkan kos pengendalian manakala bagi para pelanggan, pembayaran akan dapat dibuat dengan lebih cepat dan lebih mudah.
Jadual di bawah menggambarkan bagaimana Mekanisme Penggenapan dilaksanakan:
Bil berakhir dengan senPenggenapan kepada 5 sen terdekatJumlah Keseluruhan Bil
Jumlah keseluruhan bil sebelum penggenapan (RM)Jumlah keseluruhan bil selepas penggenapan (RM)
1,2Turun82.01
82.02
82.00
3,4Naik82.03
82.04
82.05
6,7Turun82.06
82.07
82.05
8,9Naik82.08
82.09
82.10
Garis Panduan Mekanisme Penggenapan
  • Jumlah keseluruhan bil (termasuk barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai) yang berakhir dengan 1, 2, 6 dan 7 sen akan diturunkan kepada 5 sen terdekat dan 3, 4, 8 dan 9 sen dinaikkan kepada 5 sen terdekat.
  • Mekanisme Penggenapan ini diterima pakai untuk semua pembayaran yang dibuat di kaunter tanpa mengira jenis pembayaran sama ada tunai atau bukan tunai. Mekanisme ini tidak diterima pakai bagi pembayaran secara dalam talian.
  • Jadual Mekanisme Penggenapan hendaklah dipamerkan di kaunter pembayaran bagi memastikan pengguna dimaklumkan cara penggenapan dilakukan.
  • Resit perlu menunjukkan jumlah keseluruhan bil sebelum dan selepas penggenapan dilakukan.
  • Duit syiling 1 sen masih sah diperlakukan.
MaklumatMaklumat lanjut boleh didapati di laman web Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP)( [url=]www.kpdnhep.gov.my[/url]) dan laman web Bank Negara Malaysia (www.bnm.gov.my) atau melalui telefon di talian 1-800-886-800 (KPDNHEP) atau 1-300-88-5465 (Bank Negara Malaysia).
Atau melalui emel di [email protected].

[ Last edited by  laislabonita at 24-3-2008 04:02 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-3-2008 04:08 PM | Show all posts
err.. awat nampak tak cantik lak post aku kat atas.. masa preview post ok je.. ke aku yg tak reti adjust?

apa2 pun. topik ni dah ada ke..? sori ya kalau dah ada.. tadi dah check macam takde.. ataupun kalau mod rasa sesuai utk merge dgn topik baki 1 sen pun its ok..

ao. apa pemdapat kawan2 tentang isu ni? sblm ni isunye pekedai tak pulangkan baki 1 sen.. kekadang masalah di pihak pengguna sendiri yg suka2 buang duit 1 sen tu.. jadi pembaziran cenggitu je.. maka terpaksala kut wat mekanisma penggenapan..

kat JUSCO Bandar Sunway dorg dah stat dah Rounding Adjustment ni.. tapi kat JUSCO dan kedai lain macam belum stat lagi, tunggu 1 april kut..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2008 04:09 PM | Show all posts
apa2 pun korg leh refer sini..

http://www.kpdnhep.gov.my/index?pub=penngenapan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2008 04:10 PM | Show all posts
dikatakan kat situ duit 1 sen masih leh guna.. so maksudnye kalau ada hujung 5 sen tu leh la kite guna 5 keping 1 sen kut.. bukan apa, takut tak guna la plak duit 1 sen yg ada kat rumah ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 04:31 PM | Show all posts
Duit 1 Sen nih satu2nya duit yg kos untuk membuatnya lebih mahal dari nilainya sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2008 04:31 PM | Show all posts
Sokong! :pompom:

Paling lemah klu total ada sen-sen ni apa tau, masa g drive thru..

"Ok Encik, sume skali RM17.32."

Aduh mmg teraba2 kt tempat duit syiling semata-mata nk cari 2 sen. Sbb otak pk klu bg 40sen kang mesti ada balance 8sen..Leceh btul ar..
So bile dia buat mcm ni bgus la..
Apa2 pn, KPDNHEP aku tgk, da mula buat ads dorg kt media, bagus. So sekarang tunggu & lihat perlaksanaannya 1 April nanti..

[ Last edited by  camaro at 24-3-2008 04:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2008 09:28 PM | Show all posts
aku sokongan langkah kerajaan pasal mende ni...

memudahkan kedua2 pihak, Konsumer dan pekedai...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2008 09:29 PM | Show all posts

Reply #1 laislabonita's post

awat nampak berterabur ???

biasalah bonita...masa preview nampak lawa...bila submit kuar cam hampeh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2008 01:13 AM | Show all posts
saya sokong! jimat mase dan tenage...
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2008 11:18 AM | Show all posts
yg turun tu sokong le...
klu yg naik tu cane? klu tetiap bln bil sume 3,4,8,9 sen cane?
bg org yg berduit setakat satu sen tu mmg xde makna nye..
bg org yg kategori miskin cam aku ni..
satu sen tu bernilai gak.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-4-2008 07:25 AM | Show all posts
hadoi, tensen betul aku.. apa2 implementation pun mesti ada problem gak..

aku hangin gak smlm.. igtkan dah implement Rounding Adjustment ni so no hal lah masalah berkaitan xde duit 1 sen or etc etc.. tapi smlm kat Jusco Bukit Tinggi.. supposely balance aku RM2.25 tapi bagi Rm2.20 je.. aku tanye balik cashier tu, habis ke duit 5 sen.. die cakap habis.. dah la cashier tu satu hal, kalau agak2 nak bagi terkurang tu cakap la kat customer, ni main senyap je.. bukan la aku berkira, tapi its all about ethics.. last2 masalah berkaitan "wang 1 sen tidak dipulangkan" kini menjadi masalah "wang 5 sen tidak dipulangkan"..
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 10:18 AM | Show all posts
dalam pada sokong2 tu, aku terkena sekali,...
mende tu aku beli sebelum ni ...
belum lg 1 april... aku beli harga mender tu 3.68... terus dia naikkan jd 3.70..
mmg laaaa...tp nak genapkan tu start 1 april... tp dia dah siap naikkan awal2...
siotttt jer!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2008 10:19 AM | Show all posts
time ni la diaorang nak amik kesempatan...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2008 10:56 AM | Show all posts
Pandangan peribadi...
Kdg ia juga menguntungkn tp dlm masa yg sama merugikan.
Kenapa pula kita harus membayar lebih semata2 utk bundarkn jumlah??? :@ :@  :@
Selama ni pun pengguna sering kerugian bila baki dlm sen tdk dipulangkan
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2008 10:57 AM | Show all posts
Sape menteri perdagangan skg ni ??? :@
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2008 10:02 AM | Show all posts

Reply #14 ummy11's post

pada aku implementation mende ni lebih kepada kebaikan ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-4-2008 03:26 PM | Show all posts
rugi la sen sen dlm purse aku ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-4-2008 08:57 PM | Show all posts

Reply #12 nzhass79's post

Anis pun terkena mcm ni...pada 26 mac ari tu, pi beli barang2 dapur kat C4...so total semua ialah RM299.18, rounding adjustmet 0.02 jadi jumlah semua jadi RM299.20..oleh kerana masa tu bayor guna cc, tak perasan sangat, dah dia bagi resit, tengok kat resit tu ada tulis rounding adjusment sebanyak 0.02sen...bebel gak dan anis siap cakap, kan ke start menda2 ni pada 1 April, la ni baru 26Mac..pekerja kat kaunter tu cakap, arahan pihak atasan C4...mangkuk betuiii...cepat jer benda2 mcm ni, entah apa2.

pada anis, sistem nii nampak menyenangkan, yerlah tak yah berbaris panjang kan tapi ianya tetap menguntungkan peniaga..kena lak yang 3,4 & 8,9..sengeh lerr peniaga tu...kalau kena 1000 pelanggan mcm tu, lagi lerr sengih sampai ke tinga deme tu..Sepatutnya kerajaan ambil lah pendekatan yang lebih menguntungkan dan senang kira iaitu hapuskan jer rege2 yang sen sen tu..genapkan..kalau dulu 1.99 jadikan 1.95 (ala, peniaga dah untung banyak, tak der ler deme tu rugi banding pengguna ni yang selalu kena bayor lebih..) tak yah buat rege sen-sen..

setakat hari ini, anis punya bil semua beri keuntungan kat penjual...belum merasa lagi yang beri keuntungan kat pihak anis..hehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2008 06:24 PM | Show all posts
aku tadi baru je terkena penangan rounding ni...
dengan confident hulur rm10.20 bayar bil air aku yg cajnya rm10.22
sekali minah kaunter pejabat pos tesco penang ni tanya mana lagi 2 sen?

awat POS Malaysia tak mau ikut rounding mechanism nih? :@
awat c4 bol;eh implement terlebih awal?

woi menteri! tidor ka?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-5-2008 01:17 PM | Show all posts
BTW, duit 1 sen tetap masih boleh digunakan kan? so, kalau yg hujung ada 5 sen tu, aku bagi 5 keping 1 sen supposely boleh la kan?

sbb x silap aku macam ramai igt yg duit 1 sen dah tak laku, means dah takleh guna..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-12-2024 01:52 PM GMT+8 , Processed in 0.097174 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list