|
P. Ramlee musical for Tiara
KUALA LUMPUR: Tiara Jacquelina is not one to rest on her laurels. Just after the highly acclaimed Puteri Gunung Ledang: The Musical swept the prizes at the 5th Annual BOH Cameronian Arts Awards, she is all set to begin work on her next theatre production. The musical, to be presented by Enfiniti Productions in collaboration with Istana Budaya is titled My Name is Remy: The Lives, The Loves And The Inspiration, which pays tribute to Tan Sri P. Ramlee. [table=252][tr][td] [/td][/tr][tr][td]Next production: Tiara Jacquelina smiling as she introduces her next musical project titled 慚y Name is Remy: The Lives, The Loves And The Inspiration |
|
|
|
|
|
|
|
knape perlu berbahase inggeris |
|
|
|
|
|
|
|
calon yg aku harapkan kalau ada filem autobiografi pasal p.ramlee
p.ramlee - musly amir (p.ramlee masa muda) atau afdlin (masa around late 30 to early 40)
saloma - tiara, ziana atau safura yaakub
AR.TOmpel - adlin atau abang dia Amran Tompel
kasim masdor - rahim kidol / lan zailan(pelaon spektra)
ahmad C - soffi jikan
nordin ahmad - rosyam nor
latifah omar - umie aida <--pernah bercinta
che mah (ibu p.ramlee) - wan maimunah
norizan (2nd wife) - nasha aziz
junaidah (1st wife) - sheila rusly
osman gumanti (hero lama yg pernah bertumbuk dgn dia) - aaron aziz
mariani - ziana/shariza mahmud
jamil sulong - faizal hussein
rosnani jamil - rita rudaini
phani majumdar - ramasundram
datuk l krishnan -
siput sarawak (1st love)
sarimah - fasha sandha
zulkifili (suami sarimah) - ako mustapa
mat sentul - saiful apek
normadiah - azlina aziz
saadiah - adik ogy (fazlina ahmad daud)
ahmad daud -
ahmad nisfu - piee
aziz sattar - lotter
ahmad mahmud - hasnul rahmat
raja hamidah - kak engku |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 makhluk's post
pndi ko match kan erk....artis lame ngan artis baru gitu..
tp tu la...mmg ade reflection erk..??!! |
|
|
|
|
|
|
|
aku rase die mesti import mamat uk tu lagi jd p.ramlee |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by makhluk at 21-5-2007 12:04 AM
calon yg aku harapkan kalau ada filem autobiografi pasal p.ramlee
p.ramlee - musly amir (p.ramlee masa muda) atau afdlin (masa around late 30 to early 40)
saloma - tiara, ziana atau safura ya ...
ada diantara nama2 di atas mmg sesuai dgn wataknya... |
|
|
|
|
|
|
|
Teater Muzikal My Name Is Remy 憈ribute |
|
|
|
|
|
|
|
MAKCIK KEMBAN NI TAK ABIH2 DGN TEATER. BUAT PILEM TAK LAKU. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 jin_lampu's post
anyway dier patut jadik Saloma .. leh save budget sikit + promosikan diri ..
apepun :pompom: Tiara ..!! |
|
|
|
|
|
|
|
mak dah cop nak pegang watak SITI TANJONG PERAK ... bole?? |
|
|
|
|
|
|
|
Siti Nurhaliza bintangi teater Remy...Kisah P.Ramlee
01-08-2007 11:26:25 PM
oleh WAHIDA ASRANI
PETALING JAYA: Setelah 12 tahun bergelar anak seni, penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza akhirnya buat pertama kali melangkah ke bidang lakonan pula apabila beliau menerima 'lamaran' Enfiniti Productions untuk membintangi teater muzikal Remy...Kisah P.Ramlee.
Perkara tersebut telah diumumkan oleh Penerbit Eksekutif teater muzikal tersebut Datin Seri Tiara Jacquelina di Borneo Rainforest Cafe, di sini, malam ini pada satu sidang media pengumuman barisan pelakon teater muzikal yang akan dipentaskan di Istana Budaya bermula 19 Oktober hingga 3 November depan.
Siti bakal memegang watak Azizah, seorang wanita yang amat dipujai oleh P.Ramlee, yang akan dilakonkan oleh Sean Ghazi, manakala watak Saloma pula akan didukung oleh penyanyi terkenal Liza Hanim.
Turut menjayakan teater yang memaparkan perjalanan hidup, cinta serta inspirasi Seniman Agung, Tan Sri P Ramlee ini ialah Melissa Saila (watak Junaidah, isteri pertama P.Ramlee), Chedd Yusuf (Sukardi, rakan baik P.Ramlee) dan kumpulan Infinatez (paparazzi).
Manakala watak Noorizan yang merupakan isteri kedua Seniman Agung itu masih belum diisi oleh mana-mana pelakon.
"Saya ingin ucapkan terima kasih kepada Enfiniti, terutamanya Tiara kerana beri peluang kepada saya untuk pegang watak Azizah.
"Pementasan teater adalah satu benda baru buat saya dan apa yang saya harapkan agar dapat beri yang terbaik kepada produksi ini," ujar Siti menerusi video conference yang disiarkan di sidang media tersebut.
Siti tidak dapat menghadirkan diri ke majlis tersebut kerana memenuhi undangan persembahan lain.
Dalam pada itu, menurut Tiara, pihaknya amat berbesar hati kerana Siti bersetuju untuk membintangi teater muzikal tersebut.
"Semua pelakon yang terpilih untuk teater ini datang ke sesi ujibakat terlebih dahulu, dan Siti juga tidak terkecuali. Tetapi, memang susah untuk mendapatkan Siti, sebab dia pun tidak pernah berlakon sebarang filem atau teater.
"Siti baru saja memberi persetujuan hari ini. Walaupun wataknya tidak sebanyak Saloma, tetapi dia apa yang saya boleh katakan setiap karektor yang ada di dalam teater ini mempunyai kekuatan tersendiri," kata Tiara.
Remy...Kisah P.Ramlee adalah teater muzikal kedua Enfiniti Productions setelah Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM).
Teater muzikal terbaru ini masih membariskan tenaga kerja yang sama di dalam PGLM seperti Zahim Al-Bakri (pengarah bersama), Adlin Aman Ramlie (pengarah), Dick Lee (komposer), Pat Ibrahim (pereka tari) dan Raja Malek (pereka produksi). |
|
|
|
|
|
|
|
Berlakon teather lagi mencabar dari filem.....
Harap Siti mampu....
Serbu Istana Budaya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tak suka la Sean Ghazi pegang watak P. Ramlee
|
|
|
|
|
|
|
|
Enfiniti buka kaunter jualan tiket P Ramlee The Musical
Oleh Rozdan Mazalan
BANGGA: Tiara gembira peminat mahu menempah tiket lebih awal.
MUNGKIN disebabkan latar ceritanya yang berkisar kepada sejarah dan kehidupan Seniman Agung Allahyarham Tan Sri Ramlee menyebabkan judul teater muzikal My Name Is Remy ditukar kepada tajuk yang lebih sesuai dan menarik iaitu P Ramlee The Musical.
Ini adalah pertukaran judul yang ketiga kerana sebelum itu teater muzikal ini hanya menggunakan perkataan Remy saja.
Penggunaan judul P Ramlee...The Musical juga bersesuaian dengan 憈agline抧ya iaitu mengenai perjalanan hidup (the Life), Percintaan (The Love) dan Inspirasi (The Inspiration) atau P Ramlee...The Musical - The Life, The Love & The Inspiration.
Penerbit Eksekutifnya, Datin Seri Tiara Jacquelina berkata, beliau membuat keputusan menukar judul itu kerana berasa nama P Ramlee lebih dikenali, bukan saja di Malaysia tetapi seluruh Nusantara.
"Apabila sebut Remy saja orang sudah tahu yang cerita itu akan menggambarkan P Ramlee, namun pertukaran ini bukan atas alasan lain. Bagaimanapun, penggunaan nama Remy masih dikekalkan di dalam teater sebagai watak utama, |
|
|
|
|
|
|
|
dgr citer tiket dh abis???betul ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 HARRIER28's post
yes, sume tiket telah habis dijual
[quote]揥alaupun sebelum pementasan pertama ini membuka tirainya, saya bersyukur kerana kesemua 20,400 keping tiket untuk pementasan sehingga 3 November nanti sudah habis dijual. Ini cukup menggembirakan saya dan ternyata ini satu khabar gembira buat industri seni tanah air khususnya dalam penerbitan teater muzikal tempatan, |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 HARRIER28's post
propa jek.. nak lakukan.. try jela contact mesti ade tiket lgk. |
|
|
|
|
|
|
|
dah sold out la.... nasib baik dah boooking awal
http://ticket2u.biz/
[ Last edited by badiuz at 22-10-2007 09:23 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Usah harapkan magis seperti dalam Puteri Gunung Ledang Oleh Zul Husni Abdul Hamid
Kupasan hidup P Ramlee yang panjang sekadar dicuit dalam masa tiga jam belum sempat dijamah 1,000 kepuasan
USAH bandingkan P Ramlee The Musical dengan Puteri GunungLedang The Musical (PGLM) yang ditonton hampir 60,000 penontonsepanjang dua musim pementasannya, tahun lalu. Paksi pergerakankedua-dua teater ini berbeza meskipun menunjangi genre muzikal danberkongsi tenaga produksi sama.
Justeru, jangan menggantung harapan terlalu tinggi untukmelihat magis yang sama kembali dalam pementasan itu. Ini kerana PRamlee The Musical cuba mengutarakan riwayat hidup Seniman Agung,Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang panjang namun dipadatkan dalampementasan hampir tiga jam.
Maka kupasan perjalanan hidup seniman luar biasaitu juga insan yang pernah dicintai dan menjadi inspirasi kepadakejayaan Allahyarham sekadar dicuit sedikit, tanpa sempat dijamahsepuasnya. Realiti ini berlaku kepada watak Azizah yang menyaksikankemunculan sulung penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dipentas lakonan.
Jujurnya kehadiran watak Azizah langsung tidak memberikanimpak, malah jika peranan itu ditiadakan juga tidak mencacatkanperjalanan cerita itu andai sejarah awal pembabitan P Ramlee di duniaseni dipadamkan penulis skrip.
Barangkali kerana ia lakonan pertama, Siti dilihat masih dalamproses untuk 'meresapkan' nyawa Azizah dalam lakonannya hingga sesekalidia seperti sedang membuat persembahan nyanyian.'
Dibukameyakinkan mengimbas detik akhir P Ramlee (lakonan Sean Ghazi) danSaloma (Liza Hanim) berbicara sebelum maut datang menjemputnya,perjalanan babak pertama pementasan itu bergerak agak perlahan.
Perjalanan ceritanya sedikit mendatar, biarpun ditemanibeberapa lagu menarik seperti Mulanya Cinta (nyanyian Siti) dan JanjiYang Hilang (nyanyian Atilia membawakan watak Junaidah) namun ia belummampu menyentuh jiwa.
Watak Junaidah yang sering dihantui rasa cemburu danterpinggir dengan populariti P Ramlee juga tidak dikembangkan denganbaik menyebabkan lakonan Atilia tenggelam dan tiada klimaks.
Lakonan Sean juga tidak konsisten, momentum persembahannyatenggelam timbul. Mungkin pelakon berpengalaman itu belum dapatmencipta keserasian memandangkan Siti dan Atilia masih terlalu mentahdalam dunia pementasan.
Peralihanwatak daripada Junaidah kepada Norizan direalisasikan pelakonberwibawa, Melissa Saila dengan berkesan. Jika tidak kerana kehebatanlakonannya terutama ketika babak pertengkarannya dengan P Ramlee,perjalanan muzikal ini agak hambar.
Tidak keterlaluan jika dikatakan watak Norizan yang saratdengan pergolakan dalam dirinya ketika mencari erti kebahagiaan di hatilelaki yang dicintainya menjadi tunjang kekuatan kepada P Ramlee TheMusical.
Luahan marah yang meluap kerana diabaikan P Ramlee yangmengejar nama sebagai seniman dilampiaskan anak seniwati Mariani inidengan penuh tenaga.
Getar kemarahan itu dapat dirasai ketika babak Norizanmembawakan lagu Sudah Tidak Bermakna, meskipun mutu nyanyian Melissatidak sehebat Siti mahu pun Liza Hanim.
Sedari awal kemunculannya lagi, biarpun hanya suara yanglantang berkumandang sebelum sesi pementasan berhenti rehat, Melissasudah berjaya membuat tetamu meremang menanti lakonannya.
Sebagai Saloma, Liza berjaya menterjemahkan watak SeniwatiNegara itu dengan berjaya sekali. Lenggok tubuhnya, gaya percakapannyamalah nyanyiannya yang merdu membuktikan Adlin dan Zahim Albakri yangbertindak sebagai pengarah bersama tidak salah memilih pelakon ituuntuk memegang watak utama itu.
Dia tidak cuba menjadi Saloma, sebaliknya interpretasi yangdisampaikan penyanyi bersuara lunak itu berjaya menyentuh hatipenonton.
Barangkali dari segi koreografi P Ramlee The Musical kurangberkesan berbanding PGLM, namun dari segi rekaan set dan props pujianwajar diberikan Raja Maliq yang berjaya membangkitkan emosi untukmengheret penonton untuk sama merentasi era yang dilalui Seniman Agungitu.
Sehingga akhir pementasan, masih ada pertanyaan ke manahilangnya loghat Pulau Pinang yang dituturkan P Ramlee kerana ialangsung tidak kedengaran sepanjang lebih dua jam pementasan?
Tiara lega tiket Remy laris
NAFAS lega dihela Penerbit Eksekutif teater muzikal, P RamleeThe Musical... The Life, The Loves & The Inspiration, Datin SeriTiara Jacquelina apabila tiket untuk pementasan selama tiga mingguhabis ditempah sebaik persembahan pertama bermula, Khamis lalu.
Gugur segala resah dan pada malam pembukaan, debaran selamatiga setengah bulan menanti detik pementasan teater muzikal keduaterbitan Enfiniti Productions Sdn Bhd beransur hilang sebaik tiraipersembahan diselak.
Di wajah Tiara tergaris riak kepuasan, malah baginya kesemuapelakon yang terbabit memberikan persembahan mengagumkan walaupunpementasan sulung berdepan beberapa masalah teknikal yang sememangnyadiduga.
"Saya gembira kerana semuanya bermula dengan baik. Berdepanmasalah teknikal adalah sesuatu yang biasa apatah lagi pada malampertama pementasan. Namun, saya bersyukur kerana segala-galanyaberjalan seperti yang dirancang.
"Apa yang mengagumkan kesemua pelakon memberikan persembahanyang luar biasa, lebih daripada apa yang saya pernah visualkan," kataTiara, jelas puas meskipun sesi latihan pementasan itu berjalan singkatsekitar tiga bulan.
Di sebalik berita gembira itu, Tiara dilimpahi perasaan terujadan akuinya, andai ada lamaran untuk pementasan semula pada musim akandatang, pastinya tawaran itu tidak akan dilepaskan.
Namun Tiara akur, jadual siri persembahan di pentas eksklusifitu begitu padat dan kerana itu, dia sanggup memperjudikan nasibmuzikal berkenaan untuk dipentaskan kurang seminggu umat Islam meraikan1 Syawal.
"Hanya ini satu-satunya slot kosong dan panjang untuk diisi.Mahu atau tidak saya memberanikan diri untuk mengisi kekosongan itu danjujurnya, saya sendiri tidak menyangka P Ramlee The Musical jugamendapat sambutan hebat," katanya.
Ditanya mengenai kemungkinan P Ramlee The Musical dibayangikejayaan PGLM yang mencetus fenomena baru kepada pementasan teatertempatan, Tiara berkata, perbandingan tidak sewajarnya ada keranakedua-dua teater itu bergerak atas paksi berbeza.
Persamaan hanya pada tenaga di balik tabir tetapi dari segicabaran, P Ramlee The Musical menuntut kekuatan yang luar biasa keranakeperluan produksinya yang lebih besar dan menguji.
Juga sebagai kesinambungan kepada promosi awal yang ternyataberjaya membuka mata peminat teater muzikal, Enfiniti bakal menerbitkansebuah mini album yang memuatkan rakaman beberapa lagu yangdipersembahkan dalam pementasan itu.
"Mini album itu akan dipasarkan dalam masa terdekat ini,memuatkan beberapa single terpilih yang dinyanyikan pelakon utama dalampementasan ini," kata Tiara yang mendapatkan khidmat maestro muzikIndonesia, Erwin Gutawa sebagai pengarah muzik.
|
|
|
|
|
|
|
|
P. Ramlee & Saloma (Sean Ghazi & Liza Hanim)
[ Last edited by Lailawati at 22-10-2007 09:48 AM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|