CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26062|Reply: 100

Goodbye

 Close [Copy link]
Post time 17-3-2005 07:35 PM | Show all posts |Read mode
~one~ {First Love???}

(Dear Diary - Britney Spears)
``__Dear diary, today I saw a boy
And I wondered if he noticed me, he took my breath away
Dear diary, I can't get him off my mind
And it scares me 'cause I've never felt this way__``

Segalanya bermula 5 tahun yang lalu, ketika aku masih lagi menuntut di sekolah menengah dalam tingkatan satu. Suasana hari pertama persekolahan memang begitu menyeronokkan, apatah lagi berada di sekolah yang sangat di idamkan, SEKOLAH MENENGAH. Ku tersenyum sendirian. Ku rasakan diriku sudah dewasa, tidak akan di panggil 'budak' lagi oleh keluargaku. :lol
Inilah juga kali pertama aku bersekolah bersama rakan berbangsa cina. Di sekolah rendahku dulu, memang payah untuk mendapat rakan sekelas yang berbangsa cina. Entah mengapa, ketika itu kurasakan sekolah baru ini SANGAT istimewa kerana terdapat berbilang kaum bersekolah di situ. Bila ku teringat kembali perasaan ku itu, aku ketawa sendirian kerana memanglah kebanyakan sekolah menengah sebegitu.
Loceng berbunyi menandakan perhimpunan rasmi akan di adakan 10 minit lagi. Aku berasa begitu teruja untuk memulakan azam baru di sekolah, iaitu belajar rajin-rajin. (Ahh....azam yang selalu sekali disebut para pelajar namun jarang sekali terlaksana) Jam menunjukkan tepat 7:20 pagi. Cuaca pagi kelihatan begitu tenang sekali, maklumlah sekolah luar bandar. Namun, ketenangan pagi itu telah di rosakkan oleh satu suara. "Adik..." ku terdengar suara seorang lelaki. Mataku memandang sekeliling, dan terhenti apabila melihat sekumpulan pelajar yang ku rasakan senior sekolah ini di koridor taman sains sekolah. Pada mulanya, aku tidak ambil peduli akan mereka. "sombong adik kat abang ye?" kata salah seorang daripada mereka, kemudian mereka menuju ke arahku. Tanpa menoleh ke arah mereka, aku melangkah laju menuju ke tapak perhimpunan, namun seorang dari kumpulan tersebut menghalangku. "Woi, apa kacau-kacau orang ni hah? Tepi lah!" teriak ku. "Amboi, garangnya adik!" kata si botak, mungkin ketua kumpulan yang kurasakan kumpulan samseng ini. "Tunggulah kejap, abang-abang nak berkenalan je...kan geng?" mereka semua ketawa. Ku lihat sekeliling, namun tidak ada seorang pun yang berada di sini. "Boleh tahu nama adik?" tanya si botak lagi, dengan lemah-lembut yang membuatkan aku berasa menyampah dengan kelakuan mereka. Aku mendiamkan diri. Aku mencuba untuk melarikan diri namun tanganku di pegang oleh si botak itu. "Oi botak, lepaslah!" sindirku. "Apa kau panggil aku??!! Nanti aku...." ~~~ belum sempat si botak itu melafazkan kata-katanya, dia terjatuh kerana di langgar oleh seseorang. "Sorry abang!" kata pelajar cina tersebut yang memakai topi berwarna merah. Si botak kelihatan marah, dan berkata "kau buta ke apek? nak cari gaduh ke?" - "sorrylah, saya tak perasan abang ada di sini." kata pelajar cina itu, fasih berbahasa melayu. "sorry naik lori lah!" ujar si botak sambil menumbuk perut pelajar cina tersebut. Pelajar itu jatuh tersungkur. Riak muka pelajar cina itu berubah menjadi marah. "kenapa awak tumbuk saya, hah? ok, nak cari gaduh, mari!" kata pelajar cina itu sambil meghulurkan penumbuknya ke arah muka si botak. Si botak mengelak namun penumbuk kedua pelajar cina tersebut telah dapat menjatuhkan si botak. Dalam keadaan kelam-kabut itu, aku bertindak melarikan diri, lalu memberitahu seorang cikgu india yang kebetulan lalu di koridor tersebut. Kami bergegas ke tempat tadi, mereka masih lagi bergaduh. :gado:
"Stop!stop!" jerit cikgu lelaki tersebut. Riak muka si botak dan gengnya berubah. "err, cikgu..." -- "oh, kamu berlima lagi! tak serik-serik cari pasal dengan orang ya? mari ikut saya ke bilik pengetua, SEKARANG!" --- Baru kutahu, cikgu india tersebut ialah cikgu disiplin. Mereka berlima, kumpulan samseng tersebut mengikuti cikgu tersebut namun sempat lagi memandang ke arah aku dan pelajar cina tersebut dengan renungan yang ku tahu maksudnya... ["nanti kamu berdua!"]. nf: Aku pun membalas, [":nana:']
Aku menoleh ke arah pelajar cina itu dan berterima kasih kepadanya. Dia memandang ku, dan baru dapat ku lihat wajahnya yang ku kira "CUTE". :love: Well, SO cute. Namun ku di balas dengan ,"jangan perasan, saya bukan hendak menolong awak," katanya selamba, sambil membetulkan topi di kepalanya dan berjalan laju menuju ke arah tapak perhimpunan. ["ceh, tak sangka dia cakap camtu. muka je cute, hati pulak....eeii] kata hatiku, geram akan pelajar cina tersebut. Aku meluru ke arah pelajar cina itu lalu sengaja melanggar bahunya, kemudian terus berlalu pergi. Aku tersenyum. Dalam hatiku berkata lagi, ["baru je aku mula nak suka dia sebab dia jadi hero, dah jadi macam ni."] Tapi, kenapa aku rasa macam ada sedikit perasaan suka kepadanya? :stp:

>> CASSIOPEIA : - FIRST LOVE??? NO WAY! <<

~two~ {Fate?}

(Nice To Meet You Anyway - Gavin Degraw)
"__I don't mean to be so strange
But my life just took a change
'Cause I just found someone special
And that's really something special
If you knew me
Nice to meet you anyway__"

Selepas perhimpunan rasmi berakhir, seorang guru lelaki membuat pengumuman. "ara pelajar tingkatan satu, sila beri perhatian. Anda semua di minta pergi ke dewan terbuka untuk mengetahui kedudukan kelas anda. Senarai nama anda dan kelas anda tercatat pada papan kenyataan. Jika nama anda tidak tersenarai, sila berjumpa dengan guru yang berada
di sana. Sekian, terima kasih." Tanpa membuang masa, aku berjalan terus ke dewan terbuka. Keadaan di dewan terbuka riuh-rendah. Aku hanya mendiamkan diri. Aku mencari namaku pada senarai kelas. 1A....tiada......1B.....tiada.....1C.....tiada....1D...JUGA tiada....akhir sekali 1E.....TIADA! Aku mencari dengan lebih teliti. Ya, memang tiada. Kebetulan, aku terlihat guru lelaki yang membuat pengumuman tadi di hadapanku. Aku meluru ke arahnya. "Cikgu, nama saya tiada dalam senarai...." - "Awak dah check betul-betul tak?" tanya guru itu. "Dah cikgu. Memang tak ada," ujarku. "Baiklah. Tunggu sekejap," jawab guru itu lalu berjalan menuju ke bilik guru.
__4 minit berlalu__ ["ish, mana cikgu nih. Orang lain dah masuk kelas dah."] fikirku.
"Ah, mintak maaf. Cikgu cari borang ni tadi, tu pasal lambat," kata guru itu yang secara tiba-tiba di belakangku tanpa kusedari. "Eh, tak apalah cikgu. Saya tak kisah," balasku sambil tersenyum. "Hmm....awak dalam kelas 1A. Di hujung blok F," ujar guru itu sambil menunjukkan blok F kepadaku. "Masuklah cepat. Dah lambat dah nih," tambahnya lagi. "Baiklah cikgu. Terima kasih," -- "Sama-sama" jawabnya ringkas.
Aku bergegas ke kelasku. Perasaan ku bercampur-baur. Aku rasa takut, tapi dalam masa yang sama, gembira yang aku akan dapat mengenali kawan baru. Sebaik sahaja aku menjejakkan kaki di dalam kelas, semua mata terpaku ke arahku. "Err...minta maaf. Saya terlewat, ada hal tadi," kataku kepada semua orang dikelasku. "Masuklah, cikgu baru nak mula," kata guru perempuan yang tersenyum manis itu kepadaku. Aku melihat sekeliling.....[alamak, tak ada tempat duduk dah lah...] fikirku. Kemudian, mataku terpandang pada seorang pelajar lelaki berbangsa cina yang duduk seorang diri di tepi pintu belakang kelas. ["Ah! Budak cina tu!"] :kataku dalam hatiku. Aku dapat mengenalinya dengan begitu cepat sekali. Pelajar lelaki cina itu merenungku seakan cuba untuk mengingatiku. "Hmm.......awak duduk di sana ya? Itu sahaja tempat kosong yang ada," ujar guru itu yang bertudung biru itu. "Sana dengan budak tu??" kataku hampir menjerit. Semua pelajar di dalam kelas memandangku dengan penuh rasa hairan. "eh....haha....tempat kat tepi memang saya paling suka..hehe..." kataku pantas sambil tersenyum dan menuju ke tempat dudukku. :lol :jeling:  ["adui...apa aku merepek nih? Buat malu je"] kata hatiku. Guruku kelihatan hairan melihat tingkah lakuku.

>> CASSIOPEIA : - Fate? Maybe........ :hmm: <<

BERSAMBUNG........

==========
need komen. lagipun, ni first time nak buat citer panjang2. :bodek:
err..satu lagi, asalnye citer ni cassio buat in english, so that's why some of it dalam english. :bgrin:

[ Last edited by cassiopeia at 3-9-2005 03:04 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2005 10:48 PM | Show all posts
wah...pelbagai bangsa cerita nih...

teruskan usaha menulis...

:pompom::pompom::pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-3-2005 11:18 PM | Show all posts
Originally posted by sweetgal at 17-3-2005 10:48 PM:
wah...pelbagai bangsa cerita nih...

teruskan usaha menulis...

:pompom::pompom::pompom:


heheh...biasa le...MALAYSIA. :lol
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2005 10:45 AM | Show all posts
teruskan usaha cassio..meriah gitu..berbilang bangsa..mesti paklah suka hee..hee gurau aje..
anyway..tingat plak zaman sekolah menengah dulu bila baca cite u ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-3-2005 02:26 PM | Show all posts
cassio edit sikit cite tuh.
pasnih, cassio try siapkan part 2 plak. :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 2-4-2005 01:48 PM | Show all posts
byk part cassio..tak nak buat movie ke?...semacam je part 1 part2 pasnie part 3 plak
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-4-2005 06:09 PM | Show all posts
Originally posted by lonso at 2-4-2005 01:48 PM:
byk part cassio..tak nak buat movie ke?...semacam je part 1 part2 pasnie part 3 plak


nape..takleh ke lonso? :lol
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2005 10:51 PM | Show all posts
aik..takde sambungan lagi ke citer nih. isyk..ingat dah lama tak masuk dah ada sambungan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2005 05:01 PM | Show all posts
best citer nih...
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2005 05:06 PM | Show all posts
cepat2 larr sambung
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2005 03:59 PM | Show all posts
ermm....hello guys...

actually, cassio dah siapkan citer nih, but hari tu com rosak...habis sumer yg cassio save (termasuk citer ni) HILANG!!!   :agr:

so...cassio nak buat semula coz zaheera asyik mintak je...hehe..but anyway, thanks zaheera...coz suke citer nih... :hug:

tungguuuuu.........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2005 04:00 PM | Show all posts
Originally posted by sweetgal at 7-4-2005 10:51 PM:
aik..takde sambungan lagi ke citer nih. isyk..ingat dah lama tak masuk dah ada sambungan...


sory2...nak buat la nih....akan disiapkan secepat mungkin... :tq:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2005 04:01 PM | Show all posts
Originally posted by LittLeBriDe at 11-4-2005 05:01 PM:
best citer nih...


best ke? thanks.....    :tq:
Reply

Use magic Report

Mr.Forensics This user has been deleted
Post time 3-7-2005 05:06 PM | Show all posts

cerita nih nampak macam soap opera versi malaysia gitu.

teruskan usaha!:pompom:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2005 09:47 PM | Show all posts
Originally posted by Mr.Forensics at 3-7-2005 05:06 PM:

cerita nih nampak macam soap opera versi malaysia gitu.

teruskan usaha!:pompom:


thanks.... :tq:
cassio akan siapkan cepat....  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2005 02:57 AM | Show all posts
part 2 dah siap~
sorry eera, lambat sgt buat...busyla....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2005 10:35 AM | Show all posts
besh... besh... besh... :pompom: :pompom: :pompom:
sambung arr lagi citer nih.... :clap:
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2005 01:10 AM | Show all posts
bestlah cerita ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2005 06:21 PM | Show all posts
thanks Atomic_Omnikid dan cicikwani   

Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2005 10:53 PM | Show all posts
aaaaaaaa
mane ni?
nk bace
tgh syiok2 bace...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-11-2024 07:20 PM GMT+8 , Processed in 0.098816 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list