CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3095|Reply: 24

[Tempatan] Update #15, Anwar dipanggil ke Bukit Aman esok (16 Oktober 2020, Jumaat). #18,An

[Copy link]
Post time 14-10-2020 11:31 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 16-10-2020 07:59 AM

Anwar Ibrahim dipanggil ke Bukit Aman esok

https://www.kosmo.com.my/2020/10 ... ke-bukit-aman-esok/

Oleh MALINDA ABDUL MALIK
14 Oktober 2020, 9:53 pm


Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka hadir ke ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok.

Satu sumber berkata, ketua pembangkang itu dipanggil untukmembantu siasatan berhubung penyebaran senarai nama 121 ahli parlimen menyokong pimpinannya dan menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Beliau diminta hadir pukul 3 petang untuk membolehkan Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman merekodkan keterangannya.

“Selain itu, setakat ini 74 laporan polis dibuat terhadap Anwar membabitkan Sekyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang mendakwa beliau melakukan pembohongan terhadap Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan  Anwar dijangka hadir ke Bukit Aman esok.

“Demikian saya difahamkan beliau dipanggil (esok),” ujarnya. – K! ONLINE

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-10-2020 11:41 PM | Show all posts
Anwar ke Bukit Aman esok?

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ke-bukit-aman-esok

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Oktober 2020 @ 9:34 PM

Raja Noraina Raja Rahim
[email protected]



Kuala Lumpur: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil memberi keterangan di Bukit Aman, esok.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, beliau diminta membantu siasatan berhubung beberapa laporan polis yang dibuat terhadapnya berkaitan dakwaan Ahli parlimen yang menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

"Saya difahamkan Anwar dipanggil ke Bukit Aman esok," katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan polis sudah memaklumkan kepada Anwar untuk hadir ke Bukit Aman, esok.

Presiden PKR itu dipanggil memberi keterangan pada 3 petang dan siasatan akan dilakukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Ia bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, polis menangguhkan mengambil keterangan beliau ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sebelum ini, Anwar diminta hadir ke Bukit Aman pada 11 pagi Isnin lalu, namun ditangguhkan selepas Setiausaha Sulit beliau memaklumkan hanya dapat hadir pada 9 pagi 13 Oktober.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2020 11:43 PM | Show all posts
Bukan besok panggil Anwar - Bukit Aman belum muktamad tarikh

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ke-bukit-aman-esok

Bernama

Diterbitkan Hari ini 11:18 pm
Dikemaskini Hari ini 11:20 pm



Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata pihaknya tidak mempunyai pengesahan tarikh baru untuk memanggil ketua pembangkang.

Polis Diraja Malaysia masih belum memuktamadkan tarikh untuk mengambil keterangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kes penyebaran senarai nama 121 Ahli Parlimen yang didakwa menyokong beliau untuk membentuk kerajaan baru.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata pihaknya tidak mempunyai pengesahan tarikh baru untuk memanggil Anwar.

“Bukan esok (Anwar) dipanggil,” katanya ringkas kepada Bernama.

Hari ini, tular di aplikasi WhatsApp bahawa Anwar dipanggil ke Bukit Aman pada 3 petang esok untuk memberi keterangan.

Sebelum ini, Bernama melaporkan janji temu Anwar dengan Bukit Aman yang dijadualkan pada 13 Okt lepas ditangguh ke satu tarikh lain yang akan dimaklumkan kemudian.

Semalam, Ahli Parlimen Port Dickson itu telah menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara bagi menyampaikan pernyataan yang beliau mempunyai majoriti di Parlimen untuk dilantik selaku Perdana Menteri Ke-9.

Pada 23 Sept lepas, Anwar dalam satu sidang media mendakwa beliau mendapat sokongan 'kukuh dan meyakinkan' daripada Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan baru.

- Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada nombor. Ada tarikh. Ada apa lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2020 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Muka dia betul2 mcm org tua nak mampos yg gatai. Geli aku
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2020 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutlah dia tak tunjuk apa2 name list pada Agung. Dah kena report polis rupanye...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2020 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 15-10-2020 12:13 AM
Muka dia betul2 mcm org tua nak mampos yg gatai. Geli aku

Muka bung tak geli ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2020 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 15-10-2020 12:13 AM
Muka dia betul2 mcm org tua nak mampos yg gatai. Geli aku

Kalau jadi perdana mentri pasti lebih nakal senyumannya. Ai pon segan menengok wajahnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2020 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 14-10-2020 11:51 PM
Ada nombor. Ada tarikh. Ada apa lagi?

Nama2 tetap tiada..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2020 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 15-10-2020 01:33 AM
Muka bung tak geli ke

si bung tu... Muka gatal pun kita masih boleh mengawalnya.  Tapi anwar ni... Dia sebat tak kira lelaki,  perempuan mahupun pondan
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2020 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
mrsLucky replied at 15-10-2020 01:37 AM
Kalau jadi perdana mentri pasti lebih nakal senyumannya. Ai pon segan menengok wajahnya

hahahaha..muka super gatai... Sejenis lelaki perasa all about him
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2020 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 15-10-2020 10:40 AM
si bung tu... Muka gatal pun kita masih boleh mengawalnya.  Tapi anwar ni... Dia sebat tak kira le ...

Ada bukti ke? Bukti xde pastu tk hbes cter psal sexual orientasi org tu. Bapak rasuah xpe aslkan jgn kaki sebat laki atau prempuan yg ceritanya pon masih samar2
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2020 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 15-10-2020 11:00 AM
Ada bukti ke? Bukti xde pastu tk hbes cter psal sexual orientasi org tu. Bapak rasuah xpe aslkan j ...

hahaha...pulak dah..habis tu bukti video dia main china doll pun korang tak terima..masuk penjara sbab liwat saiful pun korang tak boleh nak terima..

tak payah sembang ada bukti kalau ada bukti depan mata pun x boleh nak hadam
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2020 11:14 AM | Show all posts
mana boleh bakalan pm dipanggil ke bp
geng suci tak ada salah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2020 11:47 AM | Show all posts
Anwar dipanggil ke Bukit Aman esok

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -ke-bukit-aman-esok

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2020 @ 11:38 AM

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
[email protected]



Kuala Lumpur: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta hadir ke Bukit Aman esok bagi membantu siasatan berhubung penyebaran senarai nama 121 ahli parlimen menyokong pimpinannya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Anwar diminta hadir esok bagi membanti siasatan mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah.

"Setakat ini, 113 laporan dibuat terhadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyebaran senarai nama 121 ahli parlimen menyokong pimpinannya.

"Siasatan terhadap beliau diklasifikasikan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Huzir berkata, orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang kenyataan atau khabar angin yang boleh mencetuskan suasana tidak harmoni.

Sebelum ini, Anwar diminta hadir ke Bukit Aman, Isnin lalu, namun ditangguhkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-10-2020 11:53 AM | Show all posts
Anwar dipanggil ke Bukit Aman Jumaat ini

https://www.malaysiakini.com/news/546629

Diterbitkan Hari ini 11:28 am



Ketua pembangkang, Anwar Ibrahim dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman esok berhubung senarai ahli parlimen yang didakwa menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

Pengarah Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata, pihak polis setakat ini menerima sebanyak 113 laporan mengenai perkara itu.

"PDRM masih menjalankan siasatan lanjut berkenaan dakwaan yang tersebar luas di media massa ketika ini.

"Sehubungan itu, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diminta untuk hadir mmeberi keterangan pada 16 Pktober 2020 di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (UJST) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman," katanya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2020 07:03 PM | Show all posts
tak memasal pulak hadap je la bangnon oiiii hahahah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2020 03:59 PM | Show all posts
Anwar masuk Bukit Aman ikut pintu belakang

https://www.kosmo.com.my/2020/10 ... kut-pintu-belakang/

Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
16 Oktober 2020, 3:25 pm


Ibu Pejabat Polis Bukit Aman

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Bagaimanapun, difahamkan beliau tidak menggunakan laluan utama untuk memasuki Bukit Aman sebaliknya diarahkan pihak berkuasa untuk melalui pintu belakang.

Kosmo! semalam melaporkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, Anwar diminta menghadiri penyiasatan hari ini mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah.

Katanya, siasatan terhadap beliau diklasifikasikan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

“Sehingga kini, sebanyak 113 laporan diterima membabitkan kes tersebut dan kita masih menjalankan siasatan lanjut berkenaan dakwaan yang tersebar di media massa.

“Sehubungan itu, beliau (Anwar) diminta hadir untuk memberi keterangan esok (hari ini) di Pejabat Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman,” katanya. – K! ONLINE
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 16-10-2020 03:59 PM
Anwar masuk Bukit Aman ikut pintu belakang

https://www.kosmo.com.my/2020/10/16/anwar-masuk-bukit- ...

Benda yang dah dijangka
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 04:02 PM | Show all posts
masuk pintu belakang?? mmg ngam btol ngan dia  
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.054435 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list