|
|
Lama tak dengar berita mengenai pelakon Faye Kusairi dalam bidang seni. Pelakon yang pernah membintangi drama Setelah Cinta Itu Pergi kini nampaknya sedang aktif menjual produk kesihatan dalaman lelaki dan wanita nampaknya. Jual apa tu Faye?
Semalam, beliau memuat naik satu video memaparkan suami nya yang juga seorang pengarah dan penerbit drama, Azmi Hata sedang makan jamu. Rupa-rupanya kini Faye sedang aktif memasarkan jamu berunsurkan buah-buahan untuk menjaga kesihatan serta kecantikan luar & dalaman.
Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil juga mendedahkan suaminya juga mengamalkan jamu tersebut dan menurutnya lagi, lelaki juga boleh mengamalkan jamu beliau yang diberi nama aura kasih ini.
"Yes, suami juga amalkan pemakanan jamu yang diperbuat dari buah-buahan."
"Bukan calang2 buah ye..nop. bukan buah dada Tapi buah sunnah seperti buah kurma, buah delima, buah markisa, buah oren, cuka delima dan lain,"
"Lelaki pun bolehhhh.."
Faye yang sebelum ini pernah diboikot peminat kerana dikatakan mengganggu gugat perkahwinan suaminya yang terdahulu bersama Elly Mazlein kini bahagia bersama Azmi Hata dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. - CARI
|
|