PUTRAJAYA 26 Feb.- Kementerian Kewangan memberi jaminan bahawa proses pendaftaran dan tuntutan secara dalam talian untuk Skim Perlindungan Nasional B40 (mySalam) adalah lebih mudah.
Menterinya, Lim Guan Eng berkata, pendaftaran dan tuntutan bagi mereka yang layak untuk menerima manfaat skim berkenaan boleh dibuat mulai 1 Mac ini melalui laman web rasmi di www.mysalam.com.my.