CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 7687|Reply: 27

Perkongsian Mengenai Gangguan

[Copy link]
Post time 20-4-2018 10:56 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum semua
Saya dah lama dok jenguk-jenguk forum MPS ni cuma tetiba hari ni rasa gatai tangan nak menulis. Nak kongsi cerita xpandai nak karang, jadi saya kongsi perkara-perkara berkaitan gangguan ja la no. Semua perkongsian saya berdasarkan pengalaman saya sendiri. Kalau ada salah silap saya minta maaf ya senior-senior.

Saya mulakan thread ni dengan perkaitan saka dan sihir. Sihir ni selalunya dia akan mengaktifkan saka yang dormant yang ada pada badan pesakit. Kadang-kadang pesakit x taw yang dia ada saka tup-tup bila kena gangguan baru dia taw kata dia ada saka. Saka ni aktif boleh jadi banyak sebab jugak. Antara alasan famous yg diberikan oleh saka ialah dia aktif sebab nak bantu pesakit tapi ni alasan yang ada udang di sebalik batu. Tapi saka xsemestinya datang daripada keturunan kita, jadi bila ada saka aka pendamping jangan terus blame kata mai dari keturunan. Kena check dulu sebab kadang-kadang kita yang ambik pendamping tanpa sedar atau pendamping tu yang suka rela berdamping dengan kita.

Ok nanti sambung balik. Kalau ada nak tanya boleh tanya. Nanti saya cari jawapan dekat Google hehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2018 11:02 AM | Show all posts
okay can proceed.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2018 11:13 AM | Show all posts

baik jap lagi saya sambung ya
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Proceed jer lar tt, xpyh men sekerat2
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2018 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Mane lg sambungan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2018 11:37 AM | Show all posts
Sambungan

Saka & Akses Kad

Boleh dikatakan kebanyakkan saka mempunyai akses kad untuk perkara yang berkaitan dengan rakan manusia dia sendiri. Akses kad untuk rumah, perusahaan, adik beradik dan sebagainya la.

Akses kad ni la yang menyebabkan kebanyakkan saka buat derk ja masuk ke rumah walaupon telah dipagar. Berbeza dengan sihir yang x mempunyai akses kad. Sihir kena pecahkan sendiri buat jalan baru boleh masuk tapi saka dont need to do that, just tunjuk id kad terus boleh masuk.

Cara Saka Dapatkan Akses Kad
Macam mana saka boleh ada akses kad ni kena tanya orang tu sendiri. Sama ada orang tu sendiri yang memberi akses kad kepada saka secara sedar atau tidak sedar atau tiba2 saka tu claim dia ada akses kad untuk family tu sendiri.

Nanti sambung balik...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2018 01:32 PM | Show all posts
mcm mn nak tau kita ni ada saka
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2018 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ha'ah.. Macam mana nak tau kita ada saka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2018 03:28 PM | Show all posts
pendamping suka ikut kat kita maksudnya?
kita tak tahu dia ikut kita lah ye... apa dia buat ye?
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 03:29 PM | Show all posts
mana sambungannya haa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2018 11:36 AM | Show all posts
SeriBunga replied at 27-4-2018 01:32 PM
mcm mn nak tau kita ni ada saka

maaf .baru ada kesempatan masuk forum balik

bagi mendapatkan betul-betul kepastian sama ada saka atau dampingan kena la pergi buat pemeriksaan aka scanning aka checking dekat perawat yang kita benar-benar yakin.

tapi kalau nak self diagnosis pon boleh jugak. antara tanda-tanda yang selalu ada bagi orang yang mengalami gangguan saka ialah mimpi. sama ada mimpi dapat pemberian daripada seseorang (dapat apa-apa ja la contoh:keris, kain buruk, tempayan and etc.) atau mimpi bayi, sama ada mimpi menyusu, mendukung, menjaga atau melahirkan. tapi mimpi tu kena la mimpi yang betul-betul kita ingat, mimpi yang seolah-olah real. kalau mimpi bila kita celik lupa balik tu mainan tido ja la tu   

antara tanda lain ialah sakit di sendi-sendi badan terutama lutut. kalau daripada segi emosi pulak cepat baran, suka tido, suka menyendiri, kurang kebersihan diri. tapi apapon jangan la percaya sangat dengan tanda-tanda tu. nak dapatkan kepastian kena jumpa perawat yang dipercayai lagi diyakini cewah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 01:43 PM | Show all posts
dalam banyak2 kes yg akak tengok, kes saka ni lah yg paling banyak sekali org pegi berubat kat darul syifa nun..sampai terjerit jerit..last time akak ke sana utk pegi 'tepuk' tu..akak perhatikan saka ni org ckp susah nak ubat..makan tahun.. bergantung pulak la dgn perawat tu, tahan tak tahan. Sbb dah dlm susur galur katanya.

masa kat sana pun akak nampak kat luar banyak 'benda' tu berkeliaran..hasil berubat ke atau jin tu keluar dari tuan punya badan sbb tau nak berubat ker..tak pastilah.. tapi kesian ada sorg budak pompuan ni berubat sbb kena buatan org..cengkung mukanya..ckp dgn akak pun menunduk jer..tak nak tengok mata..tak tau lah kenapa.

Sudahnya akak beli la air darul syifa tu buat minum dan mandi..pegi sana pun sambil berubat sambil memerhati jgk cara org mengubat mcm mana..lain perawat lain caranya..yg pasti matlamatnya tetap samalah yakni nak menghapuskan sihir dan menghancurkan permainan manusia bertopeng syaitan ni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-6-2018 03:13 PM | Show all posts
myakayina replied at 4-6-2018 01:43 PM
dalam banyak2 kes yg akak tengok, kes saka ni lah yg paling banyak sekali org pegi berubat kat darul ...

tahniah kerana mahu pergi berubat. bila kita ada usaha dan kemahuan Insyaallah akan dikurniakan kesembuhan. teruskan ya
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 04:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Berminat juga nak tau pasal pendamping. Kawan iolls boleh tgk entiti alam lain ni, katanya iolls ada pendamping. Taktau kutip dari mana. Tgh cakap ngn iolls pun dia cakap benda tu tgh usap muka iolls. Huish. Tapi tak boleh nak korek lebih lanjut sebab segan/tak reti/taktau nak tanya apa.

Tapi pernah la pergi berubat sekali, orang tu kata iolls takde pendamping. Sebabnya pendamping ni luaran, boleh datang dan pergi. So time perawat tu datang benda tu pergi. Tapi time berubat perawat tu ‘keluarkan’ 2 benda dari badan, satu keris yg ditanam di tempat peranakan, lagi satu mcm jambangan bunga kat jantung iolls. Yg jambangan bunga tu mcm ‘tapak’, kiranya kalau benda tu dtg dia akan bertenggek kat situ.

Iolls kebetulan mmg selalu senak kt kawasan jantung, pernah pergi checkup tp doktor kata tu muscle spasm je. Lepas buang tapak tu dah takde rasa senak dah.

Wallahualam.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2018 09:45 PM | Show all posts
pitera replied at 4-6-2018 04:24 PM
Berminat juga nak tau pasal pendamping. Kawan iolls boleh tgk entiti alam lain ni, katanya iolls ada ...

Eei seramnya 😰. P berubat kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 05:00 AM From the mobile phone | Show all posts
nizar2604 replied at 4-6-2018 09:45 PM
Eei seramnya 😰. P berubat kat mana?

Kat putrajaya, perawat tu duduk senawang. Kebetulan sebenarnya, pergi rumah cousin. Dia panggil perawat tu dtg rumah. So scan habis laki bini.

Paling best, dia kata tak nampak pendamping iolls. Tapi kesannya ada; kat jantung dan peranakan. Then laki iolls ada saka jugak, then benda tu terletak kat dalam badan. Pernah tgk cite grimm tak? Lebih kurang gitu la yg ada dlm badan laki iolls. Bila dah berada dlm badan, mmg susah nak keluar. Tak boleh menyinggah sesuka hati, datang dan pergi. Ini kawan iolls yg boleh nampak tu pun cakap benda sama.

Then dia pun buat benda sama kt laki iolls, ‘operate’ buang benda tu. mmg kelakar, kalo ingat balik mmg tak percaya. Tapi time dia buat tu, tak semena-mena laki iolls broke down in tears, menangis. Then badan dia tetiba macam nak terjatuh gitu.

Lepas tu ada tny laki, apsal nangis tadi. Dia cakap taktau, tetiba je. Dia cakap tak boleh explain ape dia rasa. Kalo ingat balik pun dia lupa, seb baik iolls ade amek video untuk pembuktian. Hihi.

Tapi perawat tu ada pesan, kalau saka/pendamping ni even kita buang pun, dia boleh datang balik. Sebab dia jaga kita, bila kita sedih sangat atau marah sangat, benda tu akan jadi terpanggil utk datang ‘rescue’ kita.

Setakat ni taktau la ada lagi tak benda tu, tapi sakit kat jantung iolls mmg dah takde. Tapi laki iolls masih jgk ada tanda-tandanya. Kawan yg boleh nampak tu pun iolls dah gaduh ngan dia, so tak boleh nak tanya hihi.

Tapi tu la, berminat juga nak tau lebih lanjut pasal saka-pendamping ni. Ke sama dgn qarin. Macamana benda tu boleh ada. Sebab benda ni sedikit sebanyak mmg ganggu relationship kita dgn orang lain; husband-wife, kawan-kawan tempat kerja, boss. So kalau boleh mmg taknak la benda tu ada kan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-6-2018 03:54 PM | Show all posts
pitera replied at 5-6-2018 05:00 AM
Kat putrajaya, perawat tu duduk senawang. Kebetulan sebenarnya, pergi rumah cousin. Dia panggil pe ...

saya tertarik bila puan kata suami puan tiba tiba sedih semasa proses buang/putuskan saka

sebenarnya individu yang mempunyai pendamping atau saka tidak dapat kawal perasaan sedih apabila ingin dipisahkan dengan dampingan atau saka diri dia. konsep dia macam kita akan kehilangan seseorang yang kita rapat. selalunya kita akan rasa sayu dan sedih macam nak berpisah lama dengan orang yg kita kenal (ya lah dah dok lama bersarang dalam badan). tapi pendapat saya la, rasa sedih dan sayu tu adalah rasa yang dampingan kita rasa yang diterjemahkan melalui badan kita

lagi satu orang yang ada dampingan dan saka ni badannya kuat berangin. mudah sangat angin badan. tapi tu simptom ja la. kalau dah x jaga makan memang angin jugak badan

saya nasihatkan bagi apa-apa penyakit pon lebih baik dapatkan pemeriksaan doktor dulu kemudian kalau nak cuba, barulah dapatkan rawatan alternatif sebab sekurang-kurangnya kita tahu situasi sebenar badan kita dari sudut klinikal. kang kita syak bukan-bukan alih2 penyakit fizikal hehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2018 04:04 PM | Show all posts
lagendahidup replied at 5-6-2018 03:54 PM
saya tertarik bila puan kata suami puan tiba tiba sedih semasa proses buang/putuskan saka

seben ...

bab badan berangin tu, suami bukan jenis mudah berangin, tapi mudah naik angin hihi.

kalau pendamping yang tetiba datang tu macamana pulak? sama atau berbeza dengan qarin?
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2018 01:07 PM | Show all posts
lagendahidup replied at 5-6-2018 03:54 PM
saya tertarik bila puan kata suami puan tiba tiba sedih semasa proses buang/putuskan saka

seben ...

cakap pasal sedih2 masa berubat ni kan...sy pun ade kisah

3-4 tahun lepas, sy penah pegi rukyah/scan dgn sorg perawat ni sebab rase tak tenteram jer hati yg tak ketahuan

tak pasti istilahnya apa...rukyah ke scan, sebab pakcik tu baca ayat2 quran/zikir sambil pegang ubun2 & tapak tangan (berlapik)
mase dia tengah baca2 tu, dia pulak yg berjujuran air mata sampai habis baca

sedangkan sy, rasa kosong sekosong2 nya....tapi pakcik tu tak beritahu details kenapa dia pulak yg tetibe menangis


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2018 09:49 AM | Show all posts
pitera replied at 5-6-2018 04:04 PM
bab badan berangin tu, suami bukan jenis mudah berangin, tapi mudah naik angin hihi.

kalau pend ...

berbeza tu tak sama . pendamping yang tiba-tiba datang ni selalunya makhluk yang minat pada kita .setiap insan ada aura dia yang tersendiri .makhluk ghaib kebanyakan boleh nampak aura ni dan tu yang menyebabkan diaorang tertarik tu .tu yang asyik follow kita tu .inilah yang kadang-kadang dikatakan gangguan jin asyik. ala secret admirer gitu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.068326 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list