CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7060|Reply: 48

Mimpi pelik yang ku alami (Sudah diatasi)

[Copy link]
Post time 15-1-2018 08:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by ChibiUsa at 16-1-2018 05:06 PM

Salam forummer,

Update terkini:
Alhamdulillah Ya Allah. Tidak sampai 24 jam, masalah saya sudah selesai. Semalam saya buat thread ini pada waktu maghrib, dan hari ini, pada waktu Asar masalah saya sudah berjaya diselesaikan.

Kepada semua forummer yang sudi beri nasihat, galakan dan berkongsi surah amalan, hanya Allah sahaja mampu membalas jasa kalian.
Dan kepada Hamba Allah yang telah mengubati saya, saya berdoa agar kelak urusan Tuan dan keluarga pula dipermudahkan.

Ceritanya begini,

Setelah dinasihati oleh forummmer, saya telah memberitahu suami. Dan kebetulan, suami ada seorang sahabat yang agak berilmu mengenai hal-hal ini. Setelah ditinjau, memang benar ada yang mengganggu. Bukan satu, tetapi lebih. Satu datang dari yang menumpang atau mengikut (saya tak tanya dari mana) dan kedua yang berada di dalam bilik di rumah sewa saya

Dan akhirnya, semua berjaya dipulihkan. Satu perbezaan yang ketara ialah, apabila saya masuk ke dalam bilik, lantai bilik saya terasa sejuk seperti bilik beraircond. Walhal, sebelum ini, apabila dipijak, saya boleh rasa bahang panas. Dan bilik juga terasa terang.

Tentang cara pengubatan beliau, saya kurang pasti. Saya malu untuk bertanya lanjut. Apa yang saya pasti, dari penceritaan suami sebelum-sebelum ini, beliau seorang yang agak tinggi ilmu agama tetapi tak kelihatan secara nyata (bukan berkopiah, berjanggut macam Tok Adi )..

Sekali lagi, terima kasih kepada semua yang sudi baca dan sudi komen.

Oh ya, jadikan pengajaran ya. Untuk perempuan, pastikan mandi dan tidur dalam keadaan yang sopan serta elakkan bersendirian (macam kes saya, PJJ dan bila mengandung kalau boleh asyik nak pakai yang ringkas2 saja. Itu silap saya).. dan jika ada terasa sedikit keanehan (percayakan instinct anda), sila ceritakan kepada suami atau orang yang boleh dipercayai.

Sekian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2018 08:50 PM | Show all posts
emmm..tak tahu nak komen apa
semoga tt dipermudahkan urusan
kadang2 mimpi ni mainan tidur tapi kalau tt dah bagi tahu pernah ada 'penyakit' masa mula2 kawin,
rasanya elok tt berubat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam tt, sy rasa baik tt check n buat rawatan islam.. takut ada yg menganggu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 08:59 PM | Show all posts
Ipo replied at 15-1-2018 08:50 PM
emmm..tak tahu nak komen apa
semoga tt dipermudahkan urusan
kadang2 mimpi ni mainan tidur tapi ka ...

terima kasih atas komennya. dalam hati nak berubat, tapi saya sangat malu. takut orang anggap ini benda remeh. tak tahu nak minta bantuan siapa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 09:00 PM | Show all posts
Oroi8887 replied at 15-1-2018 08:53 PM
Salam tt, sy rasa baik tt check n buat rawatan islam.. takut ada yg menganggu...

wsalam, keinginannya begitu. tapi saya takut. dan malu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 09:04 PM | Show all posts
saya baru teringat. mimpi dan "perasaan bersama" itu terjadi sejak usia kandungan 7 bulan. dan saya juga baru teringat, saya ada terdengar bunyi guli melantun pada tengah malam. sebelum ni, saya hanya baca dalam MPS je.

Bunyi guli tu, dua malam saya dengar.

kali kedua, lepas isya'. saya tertidur dan terjaga lebih kurang pukul 11. Automatik dalam hati, saya cakap, nasib malam ni dapat tidur, malam tadi tak dapat tidur gara-gara bunyi guli. Terus, time tu jugak, guli melantun, saya kira, ada tujuh kali. Saya cakap, malas nak layan, lebih baik tidur semula. Terus bunyi tu berhenti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2018 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
ChibiUsa replied at 15-1-2018 09:00 PM
wsalam, keinginannya begitu. tapi saya takut. dan malu

Tak yah takut or malu tt... Demi rumahtangga pegi la berubat. Lagipon tt ada sjarah sakit  tu kan. So baik check awal2 sblm lagi teruk.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 09:12 PM | Show all posts
Oroi8887 replied at 15-1-2018 09:05 PM
Tak yah takut or malu tt... Demi rumahtangga pegi la berubat. Lagipon tt ada sjarah sakit  tu kan. ...

Saya malu. Saya takde sesiapa. Saya rapat dengan mak. Masa saya sakit dulu, mak bawa berubat dengan kawan dia. Kalau boleh, saya tak nak susahkan mak lagi. Suami pula jauh. Saya tak nak suami risau. Dekat sini, saya duduk dengan housemate. Saya malu nak cerita dengan housemate sebab saya tak nak mereka tahu saya ada masalah dengan suami.

Nak pergi sendiri, saya takut dan saya risau jika saya tak mampu bayar kos tersebut.

Saya tulis di sini dengan harapan ada Hamba Allah yang mampu "membaca" masalah saya. Jika benar ini gangguan jin atau manusia, maka saya akan beritahu emak.

apapun, terima kasih @Oroi8887
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2018 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ChibiUsa replied at 15-1-2018 09:12 PM
Saya malu. Saya takde sesiapa. Saya rapat dengan mak. Masa saya sakit dulu, mak bawa berubat denga ...

Sama2 tt.. kesiannya awak..
Tt cuba la bncg dengan husband. Sy rasa prkara mcmni dia perlu tahu. Biar husband yg tolong.

Tak yah la cerita detail mimpi tu. Cuba ajak dia check sekali.. ni pndgn  sy je
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih dgr apa yang berlaku pada tt...
Puas sewaktu tidur tu mcm ada tak kena je tt..pegilah berubat..bkn semua tpt berubat mahal..ajak housemate. .jgn pegi sorg. ..cuma nak tanya satu...adakah mimpi puas tu sblm mengandung pernah berlaku?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 09:32 PM | Show all posts
Oroi8887 replied at 15-1-2018 09:17 PM
Sama2 tt.. kesiannya awak..
Tt cuba la bncg dengan husband. Sy rasa prkara mcmni dia perlu tahu. ...

lepas saya cerita pasal mimpi nampak lelaki mati tu (Subuh sebelum saya jadi menyampah dengan suami), suami cakap mungkin saya tidur tak basuh kaki, etc. Tentang guli pun saya cerita sebelumnya. Tapi suami cuba takut-takutkan saya (dengan nada berlawak)..Sebab itu, saya tak cerita tentang mimpi yang lain. Saya tak nak suami saya ketawakan saya lagi.
Tapi,,suami saya jenis pemikir. Mungkin luaran dia ketawakan saya, tapi dalaman, mungkin dia risaukan saya. Saya tak pasti. Yang pasti, ini dah lebih 24 jam saya tak mesej suami saya..nak mesej macam mana, tengok DP pun dah rasa "tak best"

Tentang mimpi saya dikurung lelaki, saya ada cerita pada dia. Dalam mimpi tu, lelaki tersebut seakan-akan memaksa saya untuk berkahwin dengannya. Otak saya fikir, saya ada suami, boleh ke saya kahwin lagi? Masa tu, saya pandang suami seakan-akan minta pertolongan sebab lelaki tersebut pegang muka saya dengan kuat. Tapi suami saya tak tolong saya. Akhirnya, saya terjaga. Sebelum terjaga, saya macam on the way nak jumpa orang bijak pandai untuk tanya hukum mengenai "perkahwinan" tersebut. Mimpi ini saya ada cerita pada suami. Dan suami jadi risau kalau ada lelaki yang cuba ambil saya daripada dia. Sebab, yang saya sakit tu pun, puncanya dari orang yang suka saya secara senyap-senyap


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 09:35 PM | Show all posts
Dollyzzzz replied at 15-1-2018 09:30 PM
Sedih dgr apa yang berlaku pada tt...
Puas sewaktu tidur tu mcm ada tak kena je tt..pegilah berubat ...

saya ni sambil taip pun saya sedih, padahal sebelum ni saya bukan jenis mudah nangis dan terasa. sebelum kahwin, tak mimpi macam tu. kita ni kan perempuan, jarang fikir benda-benda macam tu. kalau lelaki, saya rasa, tak pelik kalau mereka mimpi macam tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
nk ckp maybe sbb mengandung sbb tu bencikan laki tp bab rase puas tu mmg kne check balik knape...sy pn mimpi pelik2 jgk sejak mengandung ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 09:48 PM From the mobile phone | Show all posts
ChibiUsa replied at 15-1-2018 09:32 PM
lepas saya cerita pasal mimpi nampak lelaki mati tu (Subuh sebelum saya jadi menyampah dengan suam ...

Sy rasa tt kena cakap kat husband minta dia bg perhatian n serius. Ckp kat dia apa yg tt rasa skarang ni, mesti dia faham. Benda ni tak boleh buat main.

Klu tt dh rasa tak best tgk dp husbnd tu dah tak elok tu... nnt timbul benci n menyampah...

Minta dia bawa pegi berubat. Bkn semua tempat mahal. Cuba survey dulu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 09:52 PM | Show all posts
NurAlia14 replied at 15-1-2018 09:48 PM
nk ckp maybe sbb mengandung sbb tu bencikan laki tp bab rase puas tu mmg kne check balik knape...sy  ...

masa awal-awal mengandung tu, memang ada rasa sensitif terlebih dengan suami. tapi boleh handle, sebab perubahan hormone kan.. yang saya pelik, beberapa hari lepas, kami aman-aman je. bahagia. gembira bila jumpa. lepas mimpi kena kejar n puas tu, paginya terus jadi menyampah macam ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 09:53 PM | Show all posts
Oroi8887 replied at 15-1-2018 09:48 PM
Sy rasa tt kena cakap kat husband minta dia bg perhatian n serius. Ckp kat dia apa yg tt rasa skar ...

nanti saya cuba slow talk dengan dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2018 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
ChibiUsa replied at 15-1-2018 09:53 PM
nanti saya cuba slow talk dengan dia

Cuba la. Jgn tggu lama2 tt.. smoga dipermudahkan ya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 09:56 PM | Show all posts
Edited by ChibiUsa at 15-1-2018 09:57 PM

oh ya, bulan lepas, masa saya pergi melawat tempat kerja dia, dia tiba-tiba bagi saya minyak. minyak syifa'. katanya, sebelum ni, dekat sana (tempat kerja), dia tak pernah sembahyang jemaah subuh di Surau. Tapi, sebab malam sebelum tu, kami mesej sampai ke Subuh, jadi dia terus pergi surau dan jemaah. Tiba-tiba, ada pakcik lalu sebelah dia (lepas sembahyang) dan offer pada dia, minyak tu. Kebetulan. Terus dia beli dan bagi pada saya

bila pertama kali bau minyak tu, saya rasa berdebar-debar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2018 10:00 PM | Show all posts
Oroi8887 replied at 15-1-2018 09:54 PM
Cuba la. Jgn tggu lama2 tt.. smoga dipermudahkan ya....

i'Allah..Untuk sementara ni, saya nak cuba perbanyakkan amalan. Mungkin amalan saya kurang.. Terima kasih ya
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2018 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
sbbkn suami pn ade instinct tau if something wrong somewhere nk2 pjj n bini pregnant
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.047183 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list