CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5461|Reply: 46

[Tempatan] Banjir Di Kelantan Luar Biasa, Luar Jangkaan

[Copy link]
Post time 4-1-2017 12:33 AM | Show all posts |Read mode

PASIR MAS: Banjir yang berlaku di Kelantan terutama di Rantau Panjang adalah luar biasa dan tidak dijangkakan, kata Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Beliau berkata penilaian awal kerajaan pada 25 hingga 27 Dis lepas mendapati keadaan tidak begitu membimbangkan namun kini berubah sebaliknya.

"Ia berikutan hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lepas selain diburukkan dengan banjir yang melanda di Narathiwat, Thailand, ketika ini," katanya.

Mustapa bercakap kepada pemberita selepas melawat 110 mangsa daripada 47 keluarga di Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang di Kampung Tiang Chandi di sini, Selasa.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata kerajaan akan menambah kemudahan tandas bergerak di pusat-pusat pemindahan agar kesihatan mangsa banjir terjamin.

Mustapa menasihatkan orang ramai supaya tidak meletakkan kenderaan di tepi jalan terutama di kawasan Rantau Panjang untuk bermain air.

Katanya perbuatan tersebut hanya akan menyebabkan gangguan lalu lintas dan menjejaskan usaha menyelamatkan mangsa banjir.

Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 5,245 orang daripada 1,733 keluarga pada pukul 5 petang tadi berbanding 4,208 orang daripada 1,452 keluarga pada tengah hari tadi, dan ia melibatkan enam jajahan - Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli, Pasir Mas dan Pasir Puteh.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan Datuk Makhtar Mustapha dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan Azmi Osman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2017 12:44 AM | Show all posts
Bersama-samalah kita menggembleng tenaga untuk menghadapi dugaan banjir yang luar biasa ini.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 03:12 AM | Show all posts
Banjir: 30 Buah Sekolah Di Kelantan Ditutup Esok



KOTA BHARU, 2 Jan - Sebanyak 30 buah sekolah di Pasir Mas, Tanah Merah, Tumpat dan Kuala Krai akan ditutup esok susulan banjir yang masih belum surut.

Dalam satu kenyataan malam ini, Jabatan Pendidikan Kelantan berkata penutupan kesemua sekolah itu mengakibatkan 9,501 pelajar dan 958 guru serta kakitangan sekolah tidak dapat menghadiri hari ketiga sesi persekolahan 2017.

Sekolah di Pasir Mas yang ditutup adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Baru, SK Rahmat, SK Gual Tokdeh, SK Rantau Panjang, SK Lubok Stol, SK Sri Rantau Panjang 2, SK Kok Pauh, SK Sri Rantau Panjang 1.

Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Al Falah Siram, SABK Diniah Bongor, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khay Boon, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau Panjang, SMK Tiang Chandi, SMK Gual Tinggi, SK Kedai Tanjong, SK Bakong, SK Gual Sitok dan SMK Gual Periok.

Di Kuala Krai, sebanyak enam buah sekolah yang terlibat iaitu SK Pemberian, SK Bahagia, SK Ladang Taku, SK Pasir Kelang, SK Kuala Nal dan SABK Saadatul Qura.

Bagi Tanah Merah pula, sekolah yang ditutup adalah SMK Ladang Kerilla, SK Ladang Kerilla, SK Sokor, SK Kampung Panjang dan SK Tebing Tinggi manakala di Tumpat, hanya membabitkan SK Pulau Beluru.

Sumber: Bernama

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 03:15 AM | Show all posts


RANTAU PANJANG: Mangsa pemindahan banjir di daerah Pasir Mas dan Rantau Panjang bertambah kepada 2,473 orang membabitkan 1,004 keluarga.

Sebanyak 16 pusat pemindahan dibuka di daerah ini selepas paras air Sungai Golok meningkat kepada 10.35 meter yang melebihi paras bahaya, sehingga jam 11.30 pagi ini.

Mangsa orang kurang upaya (OKU), Norizan Zakaria, 41, ketika ditemui di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi, berkata tindakan pantas pihak bomba dapat membantu dia bersama adiknya berpindah.

"Saya bersama adik perempuan, Salmiah Din, 29, meminta bantuan jiran untuk menelefon bomba petang semalam kerana air sudah mula memasuki ke dalam rumah "Keadaan lebih menyukarkan saya kerana tidak mampu berjalan dan perlu diangkat untuk bergerak.

"Saya bersyukur kerana pihak bomba sampai dengan cepat menyelamatkan saya yang hanya tinggal bersama adik.

"Saya sempat mengemas sebelum rumah dinaiki air dan hanya membawa dokumen penting ke sini," katanya ketika ditemui BH di tempat pemindahan banjir SK Gual Tinggi yang menempatkan 594 mangsa.

Sementara itu, Jalaludin Ibrahim, 58, tidak menyangka air naik dengan cepat dan mengambil keputusan untuk berpindah ke pusat pemindahan malam tadi.

"Saya bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga dan membuat keputusan datang sendiri ke sini. Selain risau dengan air yang semakin naik, banyak haiwan berbisa seperti ular mula memasuki ke dalam rumah, " katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 03:17 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 03:20 AM | Show all posts




Pagi ini,Pemuda Amanah Kelantan dalam Misi Bantuan Banjir 2017,akan mula menyampaikan bantuan awal berupa Nasi Air Dingin yang ditempah khas dari Tumpat.

Sasaran bantuan sarapan pagi ini akan mula diagihkan di beberapa lokasi pusat penempatan mangsa banjir di kawasan Rantau Panjang.

Sebanyak 600 bungkus Nasi Air Dingin yang popular sebagai sarapan pagi oleh rakyat Kelantan ini disediakan oleh Pemuda Amanah Kelantan untuk mangsa banjir di Rantau Panjang.

Jutaan terima kasih kami ucapkan buat semua penyumbang,penderma,petugas dan sukarelawan yang bersama-sama kami dalam membantu menjayakan misi bantuan awal ini.

Pihak Pemuda Amanah Kelantan amat berbesar hati dan mengalu-alukan sebarang sumbangan dari kalian para penderma yang budiman untuk bersama meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa banjir di Kelantan ini.

Teruskan menyumbang,dan kami akan terus menyalurkan sumbangan anda kepada pihak yang lebih memerlukan.

Hulurkan Sumbangan,Ringankan Beban

Amanah,Progresif,Peduli

PEMUDA AMANAH KELANTAN
3/1/2017 6.30am

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2017 03:22 AM | Show all posts
Rantau Panjang





Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 03:24 AM | Show all posts

Rantau Panjang - YM Pengarah Yayasan Islam Kelantan meninjau perkembangan sekolah Maahad Muhammadi Rantau Panjang yang ditenggelami  banjir pada petang 2 Januari 2017.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2017 03:25 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 03:27 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 03:30 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 03:32 AM | Show all posts
KELANTAN
03/01/2017
Flood situation in National School (SK) Series Ketereh, kg buloh poh, ketereh this morning







Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 03:33 AM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 03:37 AM | Show all posts
3/1/2017
Selasa
1206 Hours

Pusat Rekreasi Air Terjun Jeram Pasu, Pasir Puteh, Kota Bharu, Kelantan






Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 03:38 AM | Show all posts
03/01/2017
Kelantan
Keadaan Banjir Di Rantau Panjang Ketika Ini.Berhati-Kepada Penduduk Terlibat.
Sumber
IRDKV2






Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 03:40 AM | Show all posts






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2017 03:41 AM | Show all posts






Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 03:43 AM | Show all posts
[INFO BANJIR KELANTAN]
3/1/2017
terkini jam 9:00pagi tadi di kg lubok stol rantau panjang kelantan. khabarnya air semakin naik dan arus deras.





Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 03:44 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2017 05:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Uwaaa sian negeri ak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.221812 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list