CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1836|Reply: 1

Bagaimana harus tubuh wanita kelihatan?

[Copy link]
Post time 26-2-2015 06:53 AM | Show all posts |Read mode



oleh Mariam Mokhtar
[size=0.875]
[size=0.875]KOMEN: Mudah sahaja untuk menyembunyikan rasa tidak yakin seseorang; tetapi tindakan mendedahkan beberapa kebimbangan yang berakar umbi memerlukan keberanian, dan ada seorang yang berani mendedahkan dirinya, terutamanya menerusi pengakuan awam. Pensyarah dan Melayu celup, Ridhuan Tee Abdullah menulis dalam ruangan beliau bahawa tubuh badan wanita merangsang perogol. Dia menyebabkan kemarahan dengan menyalahkan wanita kerana mempunyai tubuh badan menarik, yang merangsang lelaki.
[size=0.875]Kata-kata Ridhuan adalah luar biasa. Adakah dia berasa tidak selesa dengan kehadiran wanita? Dia mempunyai kesukaran menahan nafsu seksualnya?
[size=0.875]Mungkin dia mempunyai isu-isu seks dan keliru tentang seksualitinya. Ada yang bertanya, "Adakah ibunya enggan menyusukannya, semasa dia bayi?"
[size=0.875]Setakat ini, maklum balas yang paling biasa terhadap kenyataan Ridhuan adalah simpati. Adakah dia dahulunya dibuli oleh rakan-rakan sekolahnya? Adakah dia diusik kerana cara berjalannya, atau percakapannya, gaya rambutnya atau cara dia berpakaian? Adakah dia lembut atau mempunyai suara yang tajam atau enggan bermain sukan? Adakah dia telah diabaikan? Adakah artikel kontroversinya, ditulis semata-mata bagi mencari perhatian?
[size=0.875]Apa pun alasannya, Ridhuan seolah-olah membesar dengan mentaliti "menyalahkan wanita". Beliau mengundang kritikan apabila beliau berkata bahawa wanita yang telah dirogol, walaupun mereka berusaha sehabis baik untuk menutup "aurat" dan berpakaian dengan sopan, telah ditakdirkan untuk dirogol.

[size=0.875]Jika Ridhuan telah diberi peluang, bagaimanakah dia akan "mencipta semula" tubuh badan wanita supaya ianya kurang menarik dan tidak merangsang nafsu?

[size=0.875]Pinggang yang ramping membuatkan Ridhuan berpeluh, atau menggunakan ungkapan Melayu, "stim". Dalam fikirannya, wanita perlu berbentuk seperti ular, sejuk, dan lurus, supaya lelaki tidak boleh memegang mereka, tetapi mereka boleh membelit lelaki.
[size=0.875]Apabila bayi perempuan dilahirkan, mereka perlu dimasukkan ke dalam buntil kain tidak berbentuk, seperti kehendak Ridhuan. Ini akan menjadikan mereka kelihatan kurang menggiurkan.

[size=0.875]Tapi, apa gunanya? Bantal-bantal silinder yang biasa digunakan di Asia, mungkin lebih berguna kepada Ridhuan, daripada seorang wanita.
[size=0.875]Mungkin Ridhuan lebih suka tubuh badan wanita yang menyerupai seorang lelaki. Ini akan mengundang kritikan jenis lain.

[size=0.875]Adakah seorang wanita tidak seharusnya mempunyai payudara? Bagaimanakah bayi akan disusukan? Bagaimana industri pornografi akan hidup jika wanita tidak mempunyai payudara? Bagaimana pula dengan industri coli? Apakah yang akan berlaku kepada industri pembuatan anak patung seks saiz manusia, 'Living Dolls'? Industri kimia Malaysia akan hancur.
[size=0.875]Adakah Ridhuan lebih gemarkan badan wanita tanpa bahagian "feminin", di bawah pusatnya? Bagaimana anak akan dihasilkan? Bukankah

Tuhan menyatakan bahawa lelaki dan wanita telah dicipta untuk membuat anak?
[size=0.875]Tanpa anggota badan feminin ini, bayi-bayi tabung uji yang dihasilkan di dalam makmal, sama seperti dalam filem-filem fiksyen sains, akan menjadi satu kebiasaan. Ridhuan yang bersifat narsisis akan dapat mengklon dirinya sendiri.
[size=0.875]Ridhuan mungkin mahu tubuh badan lelaki dan wanita kelihatan serupa. Ini pasti akan menghentikan lelaki daripada menganggap bahawa tubuh wanita adalah memikat dan merangsang nafsu.

[size=0.875]Terdapat banyak masalah-masalah lain; skandal-skandal kewangan sedang menggoncangkan Malaysia, '1MDB', jelajah negara liwat Shafee-dan-Khairy, kenaikan kos barangan rumah setiap hari, jenayah yang semakin meningkat, GST, Liwat II, pembunuhan Altantuya yang tidak dapat diselesaikan dan pelbagai lagi.

[size=0.875]Tiada sesiapa, selain dari orang-orang bodoh, harus memandang Ridhuan dengan serius. Dia hanyalah pak lawak yang membuatkan kita tertawa.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2024 10:28 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Kalau tuboh lelaki...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-10-2024 04:23 PM GMT+8 , Processed in 0.042288 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list