CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2068|Reply: 1

Tunisia: Cahaya Islam mula mengerlip

[Copy link]
Post time 24-2-2015 12:11 PM | Show all posts |Read mode


Afrika Utara mempunyai denai sejarah yang panjang dan berliku, menjadi markas ketenteraan Islam dan penyusunan kekuatan infantri di zaman tokoh besar Islam iaitu Uqbah bin Nafik. Terpencar Islam di benua Afrika bahkan meluncur ke Eropah yang gelap, antara lain berpusat gerakan di Qairawan dengan mercu tanda agam yang masih kekal hingga sekarang.


Islam yang diwajahkan di bumi Tunisia bukan sahaja kerana para pemberani yang hebat menjulang senjata, namun juga wajah kesarjanaan yang terpamer melalui universiti tertua di dunia, Universiti Zaytuna yang terletak di Tunis.

Wilayah Afrika Utara telah mengalami penjajahan dan era pertembungan yang sengit pada abad ke 19 dan awal abad ke 20, antaranya Algeria, Morroco, Tunisia yang dijajah oleh Peranchis. Manakala Libya dijajah oleh Itali, namun semua negara umat Islam ini memberikan perlawanan yang sengit terhadap penjajah Barat.

Tunisia mendapat kemerdekaan daripada Peranchis, namun segala sistem nilai Barat tetap ditanam dengan subur terhadap negara itu terutama fahaman sekularisme ekstrem yang dipasak dalam benak rakyat.

Fahaman dan ideologi asing yang datang dari Barat seperti sosialis, liberal, sekular yang ekstrem mula merenggus kesucian dan kesempurnaan Islam. Fahaman sosialis dan sekular yang ekstrem pernah mengambil peranan yang utama di Tunisia, proses deislamisasi di negara itu hampir menyamai negara Turki pasca kejatuhan khilafah Islam.

Kegiatan Islam dipantau, remaja dibawah 18 tahun dilarang ke masjid, ladang-ladang anggur ditanam seluas mungkin untuk kegunaan industri arak.

Modus operandi yang digunakan untuk melenyapkan Islam oleh penjajah Peranchis (mulai menjajah 1881) dan juga regim sekular ekstrem negara itu hampir sama, antaranya melalui sistem pendidikan.

Tunisia mempunyai sistem pendidikan agama yang dikenali sebagai kuttab, dimana al Quran dan ilmu-ilmu Islam diajar kepada para santrinya. Paling penting institusi pendidikan tinggi Islam bermula di negara ini, iaitu Universiti Zaytuna yang berjasa melahirkan ulama yang hebat termasuk salah seorang Sheikul Azhar tersohor.

Peranchis sebagaimana British cuba untuk melemahkan pendidikan Islam dengan menyediakan pendidikan Barat atas nama pemodenan dan mobiliti sosial, madrasah ala moden diperkenalkan untuk mengalih perhatian umat Islam daripada sekolah agama yang sedia ada. Universiti zaytuna pula cuba untuk dikucilkan peranannya sebagai pusat mencetak ulama dan agamawan.

Selepas kemerdekaan Tunisia, anak didik penjajah telah mengambil peranan untuk menjauhkan ummat daripada ajaran Islam yang syumul. Di zaman regim Habeb Borguiba, amalan puasa di bulan Ramadhan cuba dihalang dengan alasan menyebabkan rakyat tidak produktif, juga percubaan untuk melesukan aktiviti masjid-masjid.

Lawatan Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Tunisia sebagaimana negara umat Islam yang lain juga mengalami kebangkitan Islam yang hebat dalam dekad 1980an. Antara tokoh pencerah dan ikon gerakan Islam ialah Sheikh Rashid Ghanoushi di mana gerakan Islam ini mendapat dokongan anak-anak muda peserta kebangkitan Islam.

Gerakan ini akhirnya diharamkan regim sehingga tiga ribu lebih anggotanya disumbat ke dalam penjara , Ghanousi berjaya melepaskan diri dan berjaya mendapat suaka politik. Beliau terus mengadakan hubungan dengan rakyat Tunisia dengan pancaran radio dari bumi Eropah. Tuan Guru Abdul Hadi mempunyai hubungan yang baik dengan tokoh ini dan sangat dihormati sebagai tokoh gerakan Islam cum ilmuan Islam.

Pasca kebangkitan rakyat Tunisia yang menyaksikan kembalinya An-Nahdhah dan Ghanousi ke persada politik Tunisia, keadaan politik negara itu sangat menarik dengan angin demokrasi yang baru memungkinkan idea-idea pembaharuan Ghanousi diterima anak muda dan kelompok kelas menengah. Ramai tokoh-tokoh an-Nahdhah yang pernah mendekam di penjara mendapat tempat dalam pilihanraya dan menduduki kerusi legislatif.

Suasana kondusif ini sekaligus juga menyemarakkan gerakan dakwah dengan pelbagai saluran termasuk keghairahan yang menggebu untuk menyemarakkan pendidikan Islam.

Tuan Guru dan rombongan PAS Terengganu tiba di Tunisia untuk mencari peluang pendidikan tinggi Islam untuk para pelajar Malaysia dan sekaligus sebagai tetamu parti an Nahdhah yang menjadi sebahagian kerajaan Tunisia hari ini.

Tuan Guru diberikan penghormatan berucap dalam beberapa program penting parti itu, juga sebagai penghormatan sebagai tangan kanan Sheikh Qardawy dalam Kesatuan Ulama Dunia Islam.

Sheikh Abdul Hadi Awang juga turut memukau pimpinan-pimpinan utama an Nahdhah dalam pengisian di pejabat utama parti itu, juga dalam satu himpunan retreat Ahli Parlimen an-Nahdhah yang diadakan berhampiran bandar Mehmed.

Naib Ketua Kesatuan Ulama dunia itu mengingatkan pimpinan an-Nahdhah tentang tanggungjawab politik dalam Islam, juga politik dakwah yang wajib menjadi nuansa gerakan Islam.

Rombongan Malaysia juga disertai oleh Ustaz Saiful Bahri, Muhyiddin Rashid, Shukrimun, Dr Alias Razak, Ustaz Dasuki Rani, Faiz Nawawi dan Dr Riduan Mohamad Nor. Ghanousi mengalukan harapan PAS yang memilih Tunisia sebagai tempat pendidikan tinggi dan juga berjanji untuk membantu memudahkan pelajar Malaysia bermukim ilmu di negara Afrika Utara itu. - HARAKAHDAILY 23/2/2015
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2024 10:23 AM | Show all posts
[AceHand SPECTaceLAR]

Tunisia merdeka bila...?


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Lawak & Santai


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-11-2024 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.112654 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list