CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4660|Reply: 0

Seni kustom ada peminat tersendiri (GAMBAR)

[Copy link]
Post time 11-11-2014 05:13 PM | Show all posts |Read mode


Bagai bergegar bumi Jogjakarta, Indonesia apabila dipenuhi oleh pemilik dan peminat motosikal kustom serta kereta vintaj dari Amerika seperti Chevrolet, Ford Mustang dan pelbagai lagi pada awal Oktober lalu.

Acara yang memasuki tahun ke-3 penganjuran ini menunjukkan peningkatan pengisian seperti penambahan acara serta pertandingan atau cabaran seperti cabaran Cole Foster serta Clevelend Cyclewerk Bike Build Off Kustomfest.

Namun tidak sahaja tertumpu pada seni pembikinan motosikal dan kereta kustom, turut terkandung dalam acara seperti pertandingan fotografi, lukisan tattoo, pertandingan seni airbrush, miniature, lukisan, skateboard, roller blade, bmx dan pelbagai jenis kesenian yang rata-rata dihasilkan oleh anak watan Indonesia.

Tahun ini, seramai 600 peminat seni kustom telah mengunjungi Kustomfest 2014 dari pelbagai kelab serta individu seperti Reaper MG, Kustomsix, Red Garage Malaysia, ArtCore, Violent Storm, Warpig, Eastern Bobber, Kelawar MC, Kelab Klasik dan Vintaj Johor Bahru, dan ramai lagi.

Acara yang berlangsung di Jogja Exibition Center (JEC) telah menerima 80,000 pengunjung dari serata dunia yang ingin menyaksikan penganjur, Retro Classic Cycles meraikan para pembikin kustom, peminat kustom serta peniaga barangan kustom dalam satu acara yang paling meriah seluruh Asia.

Menurut Pengarah Urusan Retro Classic Cycles Indonesia, Lulut Wahyudi beliau mahukan seluruh dunia serta kerajaan tempatan mengenali dan mengiktiraf dunia kustom yang sedang berkembang pesat di Indonesia sebagai salah satu budaya baru.

Beliau turut menambah, berharap agar dapat menjadikan dunia kustom ini sebagai tarikan utama pelancongan serta memberi penggemar seni satu kemudahan untuk mereka meluahkan perasaan mereka melalui medium seni.




Antara tarikan utama acara untuk tahun ini merupakan cabutan bertuah yang merupakan sebuah kereta “HOT ROD” yang diberi nama Cakil yang turut dimenangi oleh Amelia Agustina, 25, gadis tempatan yang merupakan seorang pelajar di Jogjakarta.

Pelbagai gerai jualan telah dilihat menjual pelbagai jenis barangan baru dan lama, yang turut menjadi tumpuan para pengunjung samada dari Malaysia mahupun tempatan.

Turut menyaksikan para tetamu jemputan khas seperti Cole Foster dari Salinas Boys, Roland Sands dari RSD, Yuichi Yoshizawa dari Custom Works Zon, Shige Suganuma dan Hiro “Wildman” Ishii dari Mooneyes inc, Makoto Watanabe dari Chopper Journal, Kaichiroh Kurosu dari Cherrys Company, Luke Ray dari Fuel Magazine, Geoff Baldwin dari Tank Moto dan Ultra VW.

Pastinya acara Kustomfest14 memberi seribu satu kenangan terindah buat mereka yang pertama kali mengunjungi acara ini selain daripada dapat mengunjungi lokasi pelancongan yang lain seperti Candi Borubodor, Pasar Malioboro dan Gunung Merapi.

Sehingga ketemu lagi ditahun hadapan dengan acara yang lebih meruntung jiwa terhadap seni yang teliti dan terperinci.














Sumber : http://www.bhauto.my/seni-kustom-ada-peminat-tersendiri/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.090834 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list