Oleh Nor Faizah Mohamed
[size=0.9em]Jam tepat 12 tengah malam. Suasana di sebuah pasar raya besar yang beroperasi hingga jam 1 pagi masih meriah de-ngan kebanjiran pengunjung yang mencari barangan atau sekadar merayau-rayau bagi menghabiskan masa. [size=0.9em]Di satu sudut pakaian dewasa, beberapa lelaki dan wanita leka mencari saiz helaian diingini. Tidak kurang pula keluarga kecil terdiri daripada bapa, ibu dan dua anak berusia lima hingga lapan tahun melihat paparan televisyen gergasi di bahagian elektronik.
Ada juga berlaku insiden si ibu dan bapa de-ngan selamba memilih barang pada saat si anak kecil meraung dalam troli.
Apabila ada banyak mata yang memandang, sekali lagi dengan selamba si ibu bapa mengatakan anak kecil mereka meraung kerana letih dan mula melayan mata untuk tidur.
[size=0.9em]Kebelakangan ini, semakin ramai ibu bapa tidak menghiraukan masa tidur anak-anak lalu tanpa rasa kasihan membawa si kecil keluar rumah walaupun mereka keletihan. [size=0.9em]
Ia situasi berbeza kira-kira 10 hingga 20 tahun lalu. Masih terngiang-ngiang pesanan nenek, bayi dan kanak-kanak tidak sepatutnya keluar rumah selepas waktu Maghrib, bimbang diserang selesema serta diganggu perkara tidak sepatutnya.
Ada rakan penulis yang sengaja membawa anak kecilnya ke pasar raya pada lewat malam. Alasannya memudahkan anak itu tidur kelak sejurus tiba di rumah kerana penat berjalan.
Ada juga yang memberi alasan tiada siapa yang dapat menjaga anaknya apabila dia perlu keluar membeli-belah pada waktu malam.
Persoalannya, perlukah keluar berbelanja pada waktu malam sedangkan ia boleh dilakukan ketika siang? Timbunan kerja pada waktu siang diletakkan sebagai alasan utama, justeru keluar pada waktu malam bersama si kecil mula menjadi tabiat keluarga.
Menurut Pakar Perunding Pediatrik dan Neonatologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr Anushree Narayanan, tabiat ibu bapa moden ini mula menjadi trend membimbang-kan.
“Tidur menjadi satu daripada tunjang utama untuk pembentukan otak kanak-kanak, sekali gus membantu mereka membesar dengan lebih cergas dan sihat.
“Ibu bapa zaman ini mula mengabaikan jadual tidur yang tetap terhadap anak-anak mereka yang sering dikaitkan dengan jadual tidak menentu ibu bapa terbabit.
“Majikan mula menetapkan masa kerja lebih panjang di pejabat menyebabkan ibu bapa ini kembali ke rumah pada waktu yang agak lewat.
“Ada pula ibu bapa moden yang masih terbawa-bawa tabiat keluar berhibur atau menghabiskan masa bersiar-siar pada waktu malam yang biasa dilakukan sebelum menimang cahaya mata.
“Tidak salah untuk keluar berhibur, bersiar-siar atau membeli-belah pada waktu malam, tapi mungkin tidak sepatutnya membawa sekali anak terutama bayi dan kanak-kanak kerana ia sepatutnya menjadi masa tidur mereka.
“Apabila situasi seperti ini berlaku, kanak-kanak itu mula mengalami perubahan jadual tidur menyebabkannya mudah terjejas terutama dari segi mental.
“Ibu bapa sepatutnya mengajar kanak-kanak menepati masa tidur mereka dengan menetapkan masa tertentu untuk melakukan aktiviti pada waktu malam,” katanya.
Dr Anushree turut menekankan perlunya pelan atau jadual tidur dibuat bagi memastikan kanak-kanak mempunyai masa tidur dan bangun yang konsisten setiap hari.
“Secara tradisionalnya, kanak-kanak diminta tidur pada jam 7 malam dan bangun 7 pagi keesokannya. Ia membolehkan kanak-kanak ini tidur selama 12 jam iaitu tempoh ideal bagi tumbesaran mereka.
“Namun kanak-kanak hari ini lebih cenderung tidur bersama ibu bapa mereka sekitar jam 11 malam, malah ada melepasi tempoh itu lalu menyebabkan anak kecil ini merengus pada waktu pagi.
“Jika kanak-kanak ini mempunyai pilihan, mereka pasti memilih terus bermain atau menonton televisyen tanpa henti.
“Ia trend yang benar-benar membimbangkan. Jika tabiat ini tidak dibendung, ia boleh membawa kepada masalah lebih besar apabila kanak-kanak terbabit mula bersekolah.
“Apabila kurang tidur pada malam sebelumnya, kanak-kanak ini cenderung mengantuk di dalam kelas hingga tidak mampu memberi tumpuan kepada pelajaran.
“Di sini pentingnya ibu bapa menjaga masa tidur anak-anak supaya mereka bukan saja dapat melalui proses tumbesaran de-ngan baik, malah tidur yang cukup dapat menajamkan minda, deria serta tumpuan kanak-kanak terbabit,” katanya.
Tabiat tidur yang sepatutnya ini boleh diubah namun ia memerlukan kesabaran, disiplin dan lebih utama konsistensi serta penjelasan mudah jika diajukan perta-nyaan oleh si anak.
“Mulakan ajar anak tabiat tidur yang baik seawal usia tiga bulan. Tetapkan rutin tidur yang sama setiap hari walaupun pada hujung minggu.
“Cekalkan diri dan konsisten dalam memastikan rutin ini berjalan lancar meskipun ibu bapa berdepan masalah harian.
“Selain itu, jadikan tempat tidur anak sebagai satu tempat yang menyeronok-kan dengan mengadakan aktiviti ringan seperti membaca dan sebagainya,” tambahnya.
Awasi permukaan tempat tidur anak
Sementara itu, Dr Anush-ree menjelaskan, 70 peratus bayi yang baru dilahirkan meninggal dunia secara mengejut antara 2005 hingga 2008 berikutan tidur di permukaan yang tidak sesuai dengan bayi terbabit.
Berdasarkan Jurnal Kesihatan Umum Amerika Syarikat, jumlah itu meningkat saban tahun kerana ibu bapa memilih untuk tidur bersama anak di atas katil mereka meskipun ada menyediakan katil khas untuk bayi.
“Permukaan tempat tidur untuk bayi perlu dititikberatkan. Selimut bayi dihasilkan daripada material khas yang tidak terlalu lembut bagi mengelakkan bayi lemas.
“Ia tabiat biasa bagi ibu bapa yang baru menimang cahaya mata untuk meletakkan si kecil di atas katil mereka. Bagaimanapun, tabiat ini berisiko menyebabkan kematian mengejut pada bayi.
“Pertama, selimut dan cadar katil dewasa terlalu lembut dan jika bayi memusingkan wajahnya ke arah selimut, tekanan pada fabrik itu akan melemaskan si bayi.
“Kedua, katil dewasa cenderung mempunyai banyak bantal dan aksesori lain yang juga berisiko me-nyebabkan bayi tercekik atau lemas.
“Apabila ibu bapa tidur bersama, sukar untuk mereka mengawasi posisi tidur si anak. Jika bayi ini berpusing dan wajahnya menekup ke bawah, bayi terbabit berdepan tiga kali risiko kematian mengejut berpunca daripada lemas.
“Sebaiknya, letakkan bayi pada tempat tidur yang dikhaskan dengan menggunakan tilam, bantal dan selimut yang menepati piawaian untuk bayi serta kanak-kanak,” katanya.
Bagaimanapun, katil bayi itu sebaiknya bebas daripada peralatan mainan kerana ia bukan saja berbahaya, malah me-nyukarkan pergerakan bayi ketika tidur. Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/24

|