CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4183|Reply: 7

Range Rover jualan global melebihi 380,000 unit

[Copy link]
Post time 3-7-2014 01:00 PM | Show all posts |Read mode
Range Rover Sport baharu

SEJAK pelancarannya pada 2005 dengan jualan global melebihi 380,000 unit setakat ini, model ini dijangka akan terus popular, termasuk di negara ini.

Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd, pengimport eksklusif kenderaan Jaguar dan Land Rover di Malaysia, telah melancarkan secara rasmi Range Rover Sport serba baharu, baru-baru ini.  





Pengarah Urusan Jaguar Land Rover Malaysia, Syed Mudzhar Syed Ali berkata, pelancaran Range Rover Sport serba baharu bermakna syarikat itu kini menawarkan portfolio lengkap produk Range Rover yang terkini di Malaysia.

“Range Rover Sport baharu memartabatkan kedudukan yang unik dalam segmennya. Ia menjadi asas kepada portfolio premium tiga model baharu antara model utama Range Rover dan juga Range Rover Evoque yang paling laris," katanya.

Diketengahkan sebagai Land Rover paling pantas, tangkas dan responsif, Range Rover Sport baharu dikatakan sebuah SUV sports mewah terunggul.

Melihat bahagian luarnya, ia lebih gagah dengan bahagian dalaman lebih mewah.

Dengan sudut skrin depan ‘lebih laju’, profil bergaris arus dan garis bumbung melandai, Range Rover Sport baharu dilihat lapan peratus lebih aerodinamik daripada model sebelumnya.

Hanya 62 mm lebih panjang daripada model sebelumnya, tetapi pada 4,850 mm, badannya lebih pendek daripada SUV tujuh tempat duduk dan kebanyakan sedan segmen E, memudahkan pengendalian dan pergerakan meletakkan kereta.

Bagaimanapun, dasar roda jauh lebih panjang, iaitu peningkatan ketara 178 mm, memberi ruang lebih luas dan capaian lebih baik bagi penumpang belakang.

Seperti kata Pengarah Rangkaian Kenderaan Range Rover, Nick Rogers, dari saat pertama anda menaikinya, ternyata Range Rover Sport kini telah ditambah baik dari segenap aspek.

"Dari penampilan luar sahaja, jelas begitu banyak berat yang kami buang dan ini telah mewujudkan sentuhan istimewa kereta dari segi dinamik pemanduan yang mengagumkan," katanya.  

Direka dan dibina di pusat pembangunan Land Rover di UK, Range Rover Sport baharu dikeluarkan di pusat pengilangan terkini di Solihull, United Kingdom dan dijual di 169 pasaran di seluruh dunia.


Dinamik pemanduan

Jentera disediakan dengan pilihan kerusi 5+2 ini mengguna pakai teknologi kenderaan ringan canggih dan pacuan kuasa baharu daripada Range Rover, untuk mengubah pengalaman memandu bagi pelanggan yang ingin memiliki SUV sport premium unggul.

Ia juga dipenuhi dengan teknologi pintar dan berkaitan untuk memastikan pemandu menikmati pengalaman memandu santai dan tanpa tekanan.

Range Rover Sport telah direka untuk menghasilkan dinamik pemanduan jalan raya, dengan pengendalian lebih terhubung dan tangkas yang disokong oleh pacuan dan penambahbaikan dari segi keselesaan perjalanan.  

Disokong oleh waranti lima tahun dan perkhidmatan percuma lima tahun, Range Rover Sport serba baharu menawarkan nilai luar biasa.

Jaguar Land Rover Malaysia menawarkan tiga model Range Rover Sport untuk pasaran Malaysia - 510PS 5.0-liter V8 Petrol Supercharged, 340PS 3.0-liter V6 Supercharged dan 292PS 3.0-liter SDV6 Diesel – dengan tahap kelengkapan berbeza.

Harga atas jalan raya (tidak termasuk insurans) bagi Range Rover Sport baharu 3.0 L SDV6 Diesel HSE bermula dari RM859,888; 3.0 L Supercharged Petrol HSE Dynamik bermula dari RM939,888, manakala 5.0 L Supercharged Petrol HSE Dynamik dari RM998,888.

Range Rover model baharu boleh dilihat dan dipandu uji di kemudahan Sime Darby Auto ConneXion 4S di Petaling Jaya dan Jalan Ipoh; dan di 4SSisma Autodi Glenmarie, Shah Alam.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2014 03:41 PM | Show all posts
Awak memang hansem! Gosh favorite car!
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2014 03:42 PM | Show all posts
kutip tacang skali. makaseh.
Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2014 01:12 AM | Show all posts
mahal nak mapoh
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 01:21 PM | Show all posts
fuhh! my dream car...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 10:55 PM | Show all posts
Baru jer gi showroom Range rover kat PJ semalam. Aku ditugaskan untuk gi tanya2 info2 berkaitan antara Range Rover Sport ngan Range Rover dan sampaikan maklumat yang aku dapat tu kat orang yang nak beli tu sebelum dia datang KL untuk beli kete. Kalo yang full specs 5.0 u dekat2 sama jer harga. Dalam 1M++. Kalo nak custom made takde discount, kalo main ambik jer yang ready stock ada discount dalam rm30k. Aku plak jadi confuse nak suggest mana satu untuk orang tu beli.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-8-2014 01:15 PM | Show all posts
Saya. Minat range rover, org kata sgt comfort
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2014 03:45 PM | Show all posts
Memang keluaran  Range Rover terbukti dari segi mutu dan perfomancenya.....
TEringin nak beli Range Rover Evoque.....tapi apakah dayaa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.048265 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list